ADSENSE

Selasa, 10 Januari 2017

Soto Makassar

Petang tadi timbul kerajinan menyediakan Soto Makassar untuk hidangan keluarga. Cerita tentang Soto Makassar ini, sebenarnya Amie teringin untuk merasai sendiri rasa tersebut di tempat asalnya! In shaa Allah, ada rezeki dan umur panjang mudah-mudahan tiba waktunya untuk ke Sulawesi Selatan (angan-angan dulu) untuk menikmati makanan tradisional Makassar di sana. He he hee... khabarnya Soto Makassar @ Coto Makassar menjadi salah satu menu dalam penerbangan domestik Garuda Indonesia!
Dah puas makan Soto Makassar @ Coto Makassar di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau, dan pernah beberapa kali masak di dapur sendiri, kali ini sekali lagi Amie nak cuba masak lagi hasil 'rasa-rasa' yang pernah Amie rasa itu! Coto Makassar di Lahad Datu rasanya begitu, di Kampung Paris dan Sandakan pula begitu dan di Tawau pun begitu! Ha ha haa... begitu begini pulak ye! Masing-masing memberikan rasa yang tersendiri dan kalau nak puas makan memang kenalah buat sendiri!

 Tak cukup semangkuk!
Tambah lagi semangkuk!
Maaf! Aksesori tak lengkap!

Maaf, gambar tak berapa nak bergaya sebab sewaktu didihkan kuah, Encik Suami asyik tanya, dah boleh makan ke belum? Bila boleh makan? Aroma yang terbit dari kuah yang sedang mendidih memang begitu menggamit selera! Jom kalau sanggup terus dengar Amie berceloteh di bawah ni. Kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:
800 gram perut lembu
200 gram limpa lembu
200 gram peparu lembu
2 batang serai - diketuk
3 cm halia - diketuk
sedikit garam /perasa pilihan
3 liter air basuhan beras yang ketiga

Cara:
1. Rebus perut, limpa dan peparu menggunakan air biasa sehingga mendidih.
2. Buangkan air rebusan dan bilas bahan rebusan.
3. Masukkan bahan rebusan ke dalam periuk dan tambahkan air basuhan beras, serai, halia dan garam / perasa pilihan. 
4. Rebus dengan menggunakan api perlahan sehingga kesemua bahan empuk.

Kalau tak suka perut, dan organ dalaman,  boleh gunakan daging yang digemari. Pengunaan bahan tidak terhad, boleh gunakan urat, gantikan dengan daging ayam dan sebagainya. Amie saja jew bubuh sedikit garam, jangan banyak-banyak tau! Itu untuk rasa saja. 

Rebus pelan-pelan jew. Kalau nak gunakan pressure cooker pun boleh, tapi Amie lebih suka masak slow-slow begini. Tak mahu paksa bahan rebusan tu masak dengan segera....hiks!

Bila bahan rebusan dah empuk, keluarkan dari periuk. Air rebusan tu jangan pulak dibuang! Jangan lupa potong-potong perut dan kawan-kawannya tu. Takkan nak ratah besar gedabak begitu kan... ahaks! 
Air rebusan tadi...biarkan terus mendidih dengan api perlahan ya.....
Sementara itu kita sediakan bahan tumisan pulak seperti di bawah ini.

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan putih
4 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris -hiris
2 cm lengkuas
2 cm halia
1 sudu kecil lada putih

3 sudu besar minyak - yang ini jangan dikisar!

 Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar hingga pecah minyak.  
Ingat tu, tumis sampai pecah minyak supaya semua bahan masak sempurna sebab kita nak masukkan dalam air rebusan yang sedang mendidih perlahan-lahan tu!
2. Dah disebut di atas tu... masukkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi air rebusan tadi. 
Jangan lupa bahan pemekat dan penyedap serta pelengkap untuk kuah! Haa.. kerja belum siap lagi tau. Carilah kacang tanah goreng barang secawan! Kalau rajin, buang kulitnya. kalau tak rajin kisar jew dengan kulitnya sekali. Yang di bawah ni Amie sempat buang kulit tapi separuh jew... tu pasal warnanya pun perang-perang gitu!


Kisar halus tapi kalau nak yang tak berapa halus pun boleh jew.
Lepas tu terus tuang dalam periuk air rebusan yang sudah diisi dengan bahan tumisan tadi. Kacau rata dan jangan terus matikan api dapur! Masaklah lagi seketika sehingga semua bahan ebati dan kuah agak mula pekat sedikit. Pekat sedikit jew tau bukannya pekat banyak macam kuah sambal kacang tuh!

Walaupun kuah coto ini mendidih perlahan, kurenih dengan penuh kesabaran tapi baunya yang lazat itu berjaya menyeret kaki Encik Suami untuk jenguk ke dapur berulang kali! Bila dah kena 'ganggu' dengan pertanyaan 'bila boleh makan', teruslah hilang fokus nak tangkap gambar....hiks!
Oh! Yaaa... jangan lupa bubuh garam atau perasa pilihan kegemaran masing-masing!

 Tangkaplah mana yang sempat....ngeeee!

Pelengkap hidangan:
Jangan lupa bawang goreng.
Jangan lupa daun sup...dihiris-hiris. Tak ada daun bawanglah pulak!
Limau kasturi atau limau nipis! Tak sempat nak petik limau nipis kat pokok! Ambil saja limau kasturi yang kecik-kecik dalam peti sejuk!
Untuk rasa yang lebih enak, mesti ada sambal cili padi yang pedas! Ni ceritanya tak sempat nak buat sambal, main taram saja kisar cili padi, bubuh kicap cap kipas udang yang lemak manis tu dan kemudian perahkan air limau nipis.... rupanya ada sebiji limau nipis tergolek dekat celah-celah bawang putih!

 Haaa... beginilah lebih kurangnya hidangan Coto Makassar tu.
Tak semestinya makan dengan nasi himpit, ketupat, lontong atau buras. 
Boleh makan dengan mee hoon seperti dalam mangkuk Encik Suami di bawah ni!

Ramai juga yang suka makan dengan nasi putih!
Tapi Amie tetap pilih nasi himpit atau buras atau lontong!
Sebab....
Amie suka!


Dalam kamus Wikipedia, selain soto atau coto, ia juga dikenali dengan nama stroto! Dalam Kamus Dewan kita pula kata, soto ialah sejenis makanan seperti sup yang dicampur dengan daging ayam bersama nasi himpit (mi, taugeh dan lain-lain). Apa pun sebenarnya soto ni memang pelbagai!

3 ulasan:

Phong Hong berkata...

Waduh! Terliur PH tengok Amie punya Soto Makassar. Tak pernah makan tapi sure sedap ni.

Norasikin berkata...

Kacau kan en suami tu. Orang sibuk nak masak, pas tu nak hidang cantik-cantik utk ambik gambo, dia sibuk nak makan.

ce8d632a-647c-11e3-94d3-000bcdcb2996 berkata...

BOYCOTT AMERICAN WOMEN!

www.BoycottBitches.com

I am an American man, and I have decided to boycott American women. In a nutshell, American women are the most likely to cheat on you, to divorce you, to get fat, to steal half of your money in the divorce courts, don't know how to cook or clean, don't want to have children, etc. Therefore, what intelligent man would want to get involved with American women?

American women are generally immature, selfish, extremely arrogant and self-centered, mentally unstable, irresponsible, and highly unchaste. The behavior of most American women is utterly disgusting, to say the least.

This blog is my attempt to explain why I feel American women are inferior to foreign women (non-American women), and why American men should boycott American women, and date/marry only foreign (non-American) women.