Ikan Bakar, Sambal Tempoyak Ulam Mangga & Sup Campur

4:51 PTG

Hari ini cuti peristiwa. Kelmarin bertungkus-lumus di padang menjayakan aktiviti sukantara. Kulit pun dah rentung dipanggang oleh cahaya matahari laut! Jadi, sempena cuti peristiwa ni berlulurlah muka dengan tepung ubi hihihiiikksss!
Target hari ini, nak siapkan hidangan tengahari sebelum Encik Suami pulang dari solat Jumaat. In shaa Allah. Bolehlah terus buka tudung saji dan makan tengahari bersama sebelum sambung balik ke tempat kerja.

Hidangan nasi bersama lauk-pauk kampung ikut citarasa tukang masak hari ini.... hari Jumaat nan mulia, penghulu segala hari. Moga mendapat keberkatan daripada-Nya.

Masakan hari ini bermula dengan sebiji labu air...

Labu air inilah yang memberi ilham untuk masak sup campur-campur. Sup yang Amie masak ni sup yang mempunyai rasa yang ringan, tanpa rempah kecuali lada putih. Tak mahu bubuh ada putih pun tak apa. Sup campur-campur ni bila direnih dengan sempurna, mampu menghasilkan aroma yang menyelerakan selain rasanya yang manis dari pelbagai bahan. Renih pelan-pelan ye...sebab akan menghasilkan rasa yang seimbang dan sempurna!
Resepinya seperti di bawah ini:
250 gram labu air - potong ikut suka - Amie potong besar dan tak buang kulit - tapi sebelim dipotong cuci dulu bersih-bersih
2 biji kentang - belah 3
1 biji lobak merah - hiris tebal dan bulat
3 kuntum cendawan kering shiitake - bilas dan rendam hingga lembut / kembang
bahagian sukuan peha ayam  - potong saiz kecil
1 labu bawang besar - belah 4
3 ulas bawang putih - ketuk
3 cm halia - hiris
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
2 liter air
garam / perasa pilihan - Amie gunakan MAGGI Cukup Rasa

Ikut sukalah nak potong macamana. Tak semestinya macam Amie buat tu.Kadang-kadang kentang tu Amie biarkan bulat-bulat sebab sup ni nak renih lama, jadi kentang tak hancur.


Kalau nak bau lebih harum dalam masakan, cuci dahulu cendawan shiitake kering dan kemudian rendam. Air rendaman tu jangan dibuang. Boleh campur dalam sup.

Mana-mana bahagian ayam boleh digunakan, tak semestinya bahagian peha. Boleh gunakan bahagian dada, sayap, kaki, leher dan lain-lain. Tulang ayam saja pun boleh.

Tak sabar nak mula memasak sebab dah terbayang dan terhidu aroma sup yang semerbak memenuhi dapur!

Inilah bahan yang Amie gunakan. Lada putih tu gunakan sikit saja. Kalau nak rasa asli, tak payah bubuh. Kalau anak-anak sukakan sup, memang sesuailah sediakan begini, tanpa lada putih yang boleh tambah rasa pedas!

Cendawan kering shiitake tu eloklah dibelah atau digunting jadi dua sebab dah kembang. Tak nak belah atau potong pun tak jadi kesalahan.

Dah siapa sedia semua bahan, teruslah jerang air dalam periuk. Amie gunakan 2 liter air. Masukkan semua bahan dan tunggu sehingga mendidih. Masak dengan api kuat.

Pada masa inilah, aroma dari pelbagai bahan yang dicampur tu mula semerbak memenuhi dapur! Jangan lupa perlahankan api dapur.


Tutup periuk.
Biarkan sup masak dengan cara renih perlahan-lahan. Sebelum terlupa nak bagi tahu, Amie renih sup ni lebih kurang satu jam.
Pada ketika ini, Amie pun menyelinap keluar sebentar, nak tengok apa yang ada di luar rumah yang boleh digandingkan menjadi lauk hidangan tengahari.

Banyak juga buah mangga udang di belakang dapur kami. Petik jew sebijik. Belum terfikir nak buat apa! Bawa masuk dapur jew dulu...
Oh! Nasi belum dimasak!
Wokeh... cuci beras dulu. Bukan susah pun. Kita kan masak guna rice cooker.
Alamak! Bunyi hon kereta!
Firdaus dah balik sekolah!
Tinggalkan dulu dapur.... lari ke ruang tamu cari kunci pagar! Kena sambut 'tuan besar' balik.

Sambil melayan Firdaus, sambil pula bersihkan ikan pelaling nan tiga ekor tu! Rasanya nak panggang atau bakar saja ikan ni.
Walaupun mudah nak bakar ikan ni tapi Amie turunkan jugalah resepinya di sini. Senang nak buat rujukan pada masa akan datang, terutama buat anak-anak sendiri dan muda remaja yang baru berjinak-jinak dengan dapur. Resepi ini ikut citarasa Amie.


Bahan-bahan:
3 ekor ikan pelaling - bersihkan dan toskan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak

Bahan tumbuk :
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil lada putih

Cara:
1. Gaul semua bahan di atas dan kemudian lumurkan pada ikan. Lebihannya masukkan dalam perut ikan.
Ikan ni Amie tak kelar. Kalau nak kelar lagi cantik. 

2. Panaskan kuali. Kalau nak panggang dalam oven, panaskanlah oven. Kalau nak bakar atas bara, bakarlah arang.
3. Letakkan ikan di atas pemanggang.

4. Ketika memanggang tu, barulah Amie bubuh sedikit minyak. Nak bubuh minyak ketika memerap pun boleh.
5. Kata orang kalau nak tahu ikan dah masak ke belum, kena tengok matanya! Kalau matanya dah putih terkeluar macam kat atas tu, maknanya dah masaklah ikan tu. Jangan lupa terbalikkan ikan ye. Ikan pelaling ni tak perlu panggang lama-lama sangat. Elok dimakan kalau isinya agak basah, kalau dah kering tak berapa mengancam. He he hee... itu pandangan Amie tau. Mana-manalah ikut suka memasingkan!

Ketika ikan sedang dipanggang, bolehlah siapkan bahan untuk sambal. Oh! Amie buat sambal tempoyaklah pulak! Pada masa ini memang mencabar betul, sebab Firdaus kejap-kejap datang dapur. Nak mandi. Sudah dimandikan, dan pakai baju, datang lagi ke dapur. Nak susu pulak. Wokey sayanggg......
Sementara Firdaus tengok televisyen, Amie sambung balik masak di dapur. Ini resepi sambal tempoyak Amie ye:

Bahan-bahan:
15 biji cili padi kampung
5 biji cili padi minyak
3 biji bawang merah
10 gram belacan
2 sudu besar tempoyak
4 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan

 Tumbuk semua bahan, tambahkan garam dan gula serta perahan jus limau kasturi

Akhirnya siaplah sambal tempoyak.

Mangga belum dikupas! Rupanya isi mangga hampir masak. Dah tua...eloklah tu. Amie suka mangga begini, tak berapa masam! Cari sagat untuk menyagat mangga tak jumpa pulak. Akhirnya cincang sajalah buah mangga tu.

Dah siap!

Fairuz baru saja pulang solat dari masjid. Terbau harum sup, dia pun hirup semangkuk!

Alhamdulillah...
Dah siap hidangan tengahari. Tak lama kemudian ketika Encik Suami pun pulang dari solat Jumaat. Amie terus ambil senduk dan mangkuk nak ambil nasi di periuk!
Ya Allah!
Nasi belum masak rupanya!
Rupanya lupa nak tekan butang  'ON' rice cooker!
Mungkin ketika kelam kabut dengar bunyi hon sewaktu Firdaus pulang, Amie terus tinggalkan rice cooker dan lari ke ruang tamu mencari kunci pagar!
Terpaksalah kena tunggu lebih kurang 15 minit sementara nasi tanak!
Tak apa, kata Encik Suami.
Sementara itu, dia pun buat dulu kerjanya yang tak siap.

Sesungguhnya tidak semestinya apa yang kita rancang itu akan terlaksana dengan sempurna! Apa pun akhirnya kami dapat menikmati hidangan tengahari bersama! Alhamdulillah.
Sekian.
Cerita dari dapur Amie hari ini.
Jumpa lagi dan terima kasih sudi baca celoteh ini.

5 comments

  1. Waduh, Amie! Sedapnya hidangan makan hari ini. Meleleh air liur PH :D

    BalasPadam
  2. Amie..cantik dulang amie tu..buat dati rotan ke tu

    BalasPadam
  3. PH,
    jemput makan he he hee...

    Siti,
    bekas lama...

    Acik,
    rasanya bukan rotan, mungkin daun.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe