ADSENSE

Jumaat, 27 Januari 2017

Bingka Keladi

Jom buat Bingka Keladi.
Sedap tau!
Boleh dihidangkan sebagai sajian petang, atau pun sebagai sarapan pagi.

Bahan-bahan:
400 gram keladi  - kupas kulit dan potong dadu
180 gram tepung gandum
80 gram tepung beras
2 biji telur gerd A
100 gram gula pasir
300 ml santan pekat
250 ml air
1 sudu kecil garam
Pewarna ungu secukupnya
Bijan secukupnya
1 sudu besar minyak sapi  -  cairkan

Acuan kuih bakar atau loyang 8” X 8” , atau  acuan pilihan. Amie gunakan acuan kemboja atau bunga pecah lapan.

Ini bahan-bahannya, Boleh tambah atau kurangkan terutama gula. Ikut citarasa masing-masing.

Cara:
1. Kukus keladi hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 200'C.

3. Masukkan 3/4 keladi kukus ke dalam pengisar. Masukkan sekali telur, gula, garam, santan, tepung gandum dan tepung beras. Kisar hingga hancur dan bahan menjadi sebati seperti di dalam gambar di atas.

4. Titiskan pewarna ungu dan kacau rata. kalau nak warna terang, lebihkan titisan, kalau nak warna ungu nampak sangat, kurangkan titisan pewarna.

5. Sapurkan minyak sapi di sekeliling acuan dan panaskan di dalam oven sebentar.
6. Keluarkan loyang acuan dan tuangkan separuh adunan ke dalam loyang. Kemudian taburkan 1/4 baki keladi kukus di atasnya. Tuangkan kesemua baki adunan dan tabur dengan bijan.
7. Bakar menggunakan api atas dan bawah selama 50-60 minit atau sehingga masak. 

Amie gunakan acuan kemboja, jadi dapat dua biji bingka keladi. Pandai-pandaikan bahagikan adunan dan keladi kukus tu ye,,,kalau nak pakai acuan kembojalah. Kalau gunakan loyang biasa, masukkanlah semua sekali harung....hiks!

 
Jom...kunyah-kunyah sekeping Bingka Keladi sambil minum secawan minuman panas!

Tiada ulasan: