ADSENSE

Jumaat, 30 Disember 2016

Resepi Amie's Little Kitchen di majalah SAJI Edisi Januari 2017

Esok 31 Disember 2016. 365 telah berlalu. Moga tahun baharu 2017 lebih bererti berbanding tahun 2016. Sudah semestinya semua kembali sibuk dengan urusan masing-masing! Di kesempatan keemasan ini Amie ingin kongsikan paparan resepi kuih tradisional yang tersiar dalam Majalah SAJI Edisi Januari 2017.



 Dapatkan senaskah sebelum kehabisan di pasaran ye!
Ini antara kuih tradisional yang hampir dilupakan, dan jarang dijumpai!
Semuanya disertai dengan gambar langkah demi langkah!

 Kuih Lemper... kuih tradisi masyarakat Jawa yang kian pupus!

 Kuih Keria resepi dulu-dulu. Sekarang sudah fenomena keria gula Melaka atau keria antarabangsa!

Ini Kuih Pasung. Di tempat lain ada yang panggil Kuih Tepung Pasung. Kuih Pasung ini versi Melayu Cocos. Ada sagu biji di dalam adunannya. Ia merupakan sejenis kuih yang sangat popular dan wajib ada pada malam 27 Ramadhan atau malam tujuh likur. Setiap rumah akan menyediakannya dan akan bertukar-tukar kuih tersebut di masjid selepas solat terawih. Simboliknya menunjukkanya bulan yang besar mengambang menjadi semakin kecil.

Ini Cucur Badak. Kuih yang penuh kontroversi kerana tak ada rupa badaknya! Ada yang letak seekor udang bertenggek di luar cucur. Ada yang gunakan pisang masak sebagai pembalut inti. Pendek kata macam-macam versi ada.

 Ini Bingka Keladi. Biasa tengok dan biasa makan kan?

Ini Brengkes Labu atau Pais Labu. Juga kuih tradisi masyarakat Melayu Cocos. Wajib ada semasa kenduri-kendara terutama semasa musim arwahan.

Bercuti ke Surabaya (16) : Tips & Persediaan

(Setakat ini ada beberapa orang pembaca berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan ke Surabaya terutamanya Bromo dan Petik Epal di Malang. Untuk memudahkan anda dan saya, bolehlah pm saya di FB kat sebelah tu.... )


Walaupun perjalanan kami singkat, namun cukup meninggalkan banyak kenangan indah yang boleh kami kongsikan bersama. Memang di hati teringin untuk berada lebih lama, namun apakan daya, masa tidak mengizinkan. Bagaimana pun di sini Amie kongsikan beberapa tips dan persediaan bagi anda yang ingin ke sana berdasarkan pengalaman kami.

1. Melihat matahari terbit dari Puncak Penanjakan.

Gambar : Google

Dari arah mana sekalipun anda datang, dan di mana hotel sekalipun anda menginap pastikan :

i) Bangun seawal pukul 2 pagi untuk bersiap. Suhu memang sangat sejuk sehingga mencucuk tulang! Biasanya suhu di daerah ini sekitar 3'-20' Celcius! Waktu dinihari kami berangkat dari Bromo Permai Hotel, keadaan hujan! Ramle kata suhu mencecah 5' Celcius. Kalau bercakap pun memang keluar asap dari mulut masing-masing. Anda boleh rujuk telefon masing-masing untuk melihat suhu sebenar!

ii) Ambil wudhu' sekali walaupun tak mandi (Kami tak berani mandi pukul 2 pagi dek terlalu sejuk! Berus gigi pun rasa kebas dah seluruh mulut!)  Ini penting sebab sementara tiba ke tempat matahari terbit, kita boleh tunaikan solat Subuh. Ada tandas dan boleh ambil wudhu' di sana tapi orang sangat ramai dan bercampur pula dengan lelaki dan perempuan. Solat pun terpaksa satu tempat dengan lain jantina! Pandai-pandailah urus diri!

iii) Bawa serba sedikit bekalan makanan sebagai alas perut. Tapi yang penting, perut tu biarlah selesa sepanjang perjalanan! Kalau perut tak selesa, tentulah rasa serba tak kena! Suhu yang sejuk sudah pasti mengundang rasa lapar! Ada makanan dijual di sana tetapi Amie lihat semua warung penuh! Masing-masing ingin menghangatkan diri terutama dengan minuman panas!

iv) Pakai baju sejuk! Jangan tak pakai! Kalau ada mafela, ikat sekali di leher! Kalau ada baju sejuk siap dengan penutup kepala lagi bagus! Terasa lebih hangat.


v) Sekadar baju sejuk saja tak cukup! Kena bawa sarung tangan. Pakai sarung tangan! Jangan degil macam Amie dan Cikin! Ingatkan boleh tahan sejuk dengan alasan badan dah cukup comel dengan lemak ha haaa.... akhirnya terpaksa beli juga! Semua peralatan ini ada di atas sana, tapi harganya jauh lebih mahal dan tak banyak pilihan! Kami dapat sarung tangan macam di bawah ni jew... cukuplah sekadar lindung dari kesejukan, selebihnya masukkan tangan yang bersarung tu dalam poket baju sejuk...hiks!


vi) Baju hujan! Akmi banyak kali pesan jangan lupa baju hujan! Sekali lagi Amie degil! Ada kawan juga sekepala dengan Amie, tak lain tak bukan : Cikin juga...ahaks! Sudah tahu hujan gerimis sepanjang malam  di hotel, masih lagi nak terjah dengan kedegilan! Akhirnya terpaksa beli juga dengan harga dua kali ganda! Sebenarnya bukan kedekut tak nak beli, tapi sebab degil nak lawan hukum alam! Jadi, sama ada hujan atau tidak sebab kita tahu, eloklah bawa baju hujan ye!


Walaupun tak dapat menikmati sunrise dari punjak Penanjakan tapi syukurlah dapat melihat alam semesta yang indah!


Bukan setakat di Puncak Penanjakan saja yang sejuk, di kaki Gunung Batok pun tak kurang sejuknya! Lihat saja gambar di bawah... setiap kali angin bertiup, ketika itu rasa nak menggigil pun ada! Tengoklah tu... Cikin sembunyikan tangannya dalam baju sejuk walaupun pakai sarung tangan...hiks!



vii) Jaga kamera anda! Ini pengalaman Amie sendiri. Cuai tak jaga kamera! Sepanjang malam kamera terdedah tak ditutup ketika cas bateri dalam bilik hotel! Alhamdulillah! Sepanjang berada di Surabaya, semua gambar okey! Tak ada masalah! Tapi masalah timbul ketika Amie hendak ambil gambar masakan seminggu kemudian untuk memenuhi permintaan sebuah majalah. Gambar kabur! Encik Suami bawa ke dua buah kedai kamera untuk melihat apa masalahnya. Malangnya, kedua-dua kedai tersebut mencadangkan supaya kami hantar ke Kota Kinabalu untuk membetulkan kamera tersebut! Kota Kinabalu? 7 jam perjalanan pergi ke sana? Allahu Akbar! Memang betul-betuol rosaklah kamera Amie tu! Tarikh untuk hantar resepi hanya tinggal tiga hari sahaja lagi. Pejamkan mata saja....Amie terpaksa keluarkan sejumlah wang...untuk beli kamera baru! Huhuhuuu... memang rasa nak nangis mengenangkan harga kamera yang menghampiri RM3,000 itu! Kamera amatur saja... tapi duit tetap duit kan! Kata Encik Suami, kita pergilah ke kedai lain selain dua kedai kamera itu dan bawalah sekali kamera yang rosak! Tapi kamera itu kami tinggalkan dalam kereta. Rupanya, kedai kamera tersebut terpaksa order kamera dari Kota Kinabalu dan paling singkat dua hari boleh sampai! Tak tahu dah nak kata apa. Tiba-tiba tuan kedai berkata: Mari saya tengok kamera kamu.
Encik Suami suruh Fairuz ambil di kereta.
Tuan kedai ambil tisu dan buka kepala kamera. Dilap dan disapu cermin serta kawasan sekitarnya, kemudian dia tekan butang tangkap gambar.
"Okay. Gambar okay." Katanya.
Rasa nak melompat! Selamat duit gajiku bulan ini!
Haaa... jaga elok-elok kamera ye. 
Mungkin kamera Amie termasuk habuk atau embun, dan yang sewaktu dengannya!

2. Mendaki tangga ke kawah Gunung Bromo:

i) Apabila berada di dataran pasir, untuk sampai ke kaki gunung Bromo anda perlu menapak lebih kurang 3 kilometer. Tidak jauh sebenarnya. Tapi bagi yang ingin ambil kesempatan naik kuda, eloklah naik kuda! Bukan tak larat nak jalan kaki tapi sebab nak rasa pengalaman naik kuda walaupun hanya kuda padi! Bayaran yang dikenakan sebanyak 150,000 rupiah (lebih kurang RM50.00)untuk naik dan turun. Seumur hidup, baru sekali inilah kami merasa naik kuda! Tapi itu terpulanglah kepada kemahuan masing-masing!


He he hee... adalah juga gambar kenangan pasukan berkuda!

Betul tak Faiz?

ii) Pastikan anda memakai topeng muka apbila berada di kawasan pasir berdebu itu. Tiupan angin gunung yang membawa bersama debu serta belerang dari kawah gunung berapi tidak elok untuk kesihatan kita. Mata pun rasa pedih. Ketika kami tiba, angin bertiup kencang membawa bersama belerang sehingga menyebabkan rakan-rakan membatalkan hasrat meneruskan perjalanan hingga ke bibir kawah gunung! Kabus tebal menghalang pemandangan kawah! Maklumlah baru saja hujan sepanjang malam!

 Angin, debu dan bau belerang bercampur menjadi satu!
Pemandangan menjadi kabur!

Terpaksa turun semula!


3. Oleh-Oleh
i) Eloklah beli oleh-oleh di puncak Penanjakan atau di kaki gunung sama ada di dataran berpasir bawah gunung Bromo atau di Padang Rumput Savana. Di sini harganya lebih murah berbanding tempat lain.

Ini semua pesanan Akmi dan Jusna! 


Sebaik sahaja turun dari kuda, Amie terus beli 17 helai t-shirt di sini. Nampak macam tamak betul kan....hahahah! Bukan apa, takut nanti tak sempat beli di tempat lain atau lupa nak beli, atau kehabisan rupiah! Lagi pun di kepala sudah congak-congak empunya oleh-oleh ini. Harganya tidaklah mahal sangat! Harga mampu beli. Faiz pun ikut terpengaruh. Tak silap, Faiz beli 7 helai!

Lepas tu kami pergi ke Padang Rumput Savana. Di sini pun ada penjual t-shirt. Apa yang buat Akmi dan Jusna terkilan sudah tentulah sebab tidak sempat beli t-shirt ini di Surabaya sebab sangka mereka di sana lebih murah dan mungkin lebih berkualiti! Rupa-rupanya kata mereka... orang tamak selalu untung! Untung sangat-sangat Amie beli di sini, sebab bila mereka nak beli di sana, harganya 5 kali ganda bezanya! Nak buat cemana... terpaksalah beli juga sehelai dua buat kenangan! 
Pesan Akmi lagi, kalau nak beli apa-apa cenderahati belilah di puncak Penanjakan! Amie pun terkilan juga sebab tak beli di sana terutamanya fridge magnet!



Noor Akmi Bahari adeh kak,sedeh sguh tgk gmbr ni ๐Ÿ˜ญ
jap sy seru y lain,biar sedeh bramai2
JJusnawati Ali NNano Zed NNoorul Ashikin
Jusnawati Ali Xtrluah dgn kta2 tgok pic ni..huhuhuhu


Dalam samar-samar subuh, penjual fridge magnet menawarkan jualannya, tapi ketika itu hati tak tergerak nak beli!


 Untuk tidak terus hampakan diri, beli jugalah fridge magnet di Cak Ning! Banyak kali fikir juga nak ambil benda nan sebijik ni. Maklumlah sekeping jew berharga 28,000 rupiah! 9 ringgit lebih!
Mungkin kami tidak tahu tempat yang lebih murah!

 Pejam mata, beli juga dan sampai ke dapur! Lekat di tepi peti sejuk!

Bersusunlah dia bersama teman-teman dari negara yang jauh lebih murah harganya!
Eh! Nampak tak?
Cantik jugakan dia?

Oh! Dah membebel hal lain pulak dah. Wokey, teruskan tips yang terakhir pulak ye!

3. Petik Epal di Malang
i) Menurut Pak Bachtiar, kebun epal yang kami masuki itu merupakan kebun  epal milik saudaranya. Jadi bermaksud ada dua kategori kebun epal, iaitu kebun epal khas untuk pelancong dan kebun epal persendirian. Apa yang Amie ingin kongsi di sini ialah panduan untuk petik buah epal. Memanglah ketika sampai rasa teruja sangat! Tapi sebenarnya kita tak tahu mana epal yang tua, yang muda, yang masak, yang masam, yang getir atau yang manis! Berdasarkan pengamatan Amie di kaca televisyen, epal hijau merupakan epal yang manis. Begitulah yang terjadi sewaktu di kebun, akibat leka ambil gambar Amie terlupa untuk petik epal! Akhirnya seorang pekerja di situ bantu Amie, dan katanya epal yang hijau itulah yang manis berbanding epal merah!




Terima kasih Pak!

Bagaimana pun terpulanglah kepada diri masing-masing. Amie pun petik juga epal warna merah yang lonjong-lonjong tu! Ketika Amie tulis entri ini, sudah 2 minggu Amie tinggalkan kebun tersebut. Kami berada di sana pada hari Jumaat bersamaa16 Disember 2016 dan hari ini hari Jumaat juga bersamaan 30 Disember 2016. Ada beberapa biji epal lagi yang masih belum terusik. 


Kata Pak Bachtiar, epal Malang tahan lama jika tidak masuk dalam peti es! Rupanya epal ni baru keluar bau setelah bebrapa hari dipetik! Semakin hari semakin manis pula rasanya, dan dari warna hijau berubah kekuning-kuningan! Gambar di atas, antara beberapa biji epal yang masih ada dalam simpanan Amie.

 Epal ini pun masih okay!


Yang tak berapa okey... yang ini! Yang ada warna merah! Agaknya Amie terpetik epal muda kot!
Apa pun, Alhamdulillah dapat merasa buah epal luar negara yang tidak bersalut dengan lilin sebagai bahan pengawet agar tahan lebih lama!

 Dan satu lagi!
ii) Jangan lupa oleh-oleh kerepek epal dari Malang ya bu! Ini wajib beli! Nak tahu rasanya? Tentulah sedap! 


 Belilah banyak-banyak di sana!

Biar berapa banyak pilihan oleh-oleh dari Malang dan Surabaya, kerepek epal dan kerepek nangka juga yang mendapat tempat di hati!

Sekian.
Terima kasih sudi baca celoteh Amie.

Entri berkaitan :
Bercuti ke Surabaya (1) : Lahad Datu - Tawau - KLIA2 - Bandara Juanda, Surabaya
Bercuti ke Surabaya (2) : Dari Bandara Juanda Surabaya ke Cemoro Lawang
Bercuti ke Surabaya (3) : Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan
Bercuti ke Surabaya (4) Gunung Batok
Bercuti ke Surabaya (5) Naik Kuda ke Kawah Gunung Bromo!
Bercuti ke Surabaya : My Brownies
Bercuti ke Surabaya (6) : Padang Rumput Savanah @ Bukit Teletubbies
Bercuti ke Surabaya (7) : Menginap di Hotel Bromo Permai
Bercuti ke Surabaya (8) : Bermalam di Seulawah Grand View Hotel, Malang.
Bercuti ke Surabaya (9) : Air Terjun Grojogan Sewu
Bercuti ke Surabaya (10) : Petik Epal di Kebun Apel malang
Bercuti ke Surabaya (11) : Taman Selecta
Bercuti ke Surabaya (12) : Makan Tengahari di Resto Bu Atik
Bercuti ke Surabaya (13) Toko Istana Buah dan Oleh-Oleh Ayunda
Bercuti ke Surabaya (14) : Pasar Apung Nusantara
Bercuti ke Surabaya (15) : Bermalam di Varna Culture Hotel Soerabaia
Bercuti ke Surabaya (16) : Tips dan Persediaan



Bercuti ke Surabaya (15) : Bermalam di Varna Culture Hotel Soerabaia

Kota Surabaya: Kami tiba!
Tidak terduga, Kota Surabaya begitu moden sekali dengan pelbagai bangunan dan lampu neon yang mewarnai sepanjang jalan! Benarlah, kota ini memang patut mendapat jolokan sebagai kota kedua besar selepas Jakarta!
Kami tiba di kota Surabaya sekitar pukul 8 malam, dan terus ke Hotel Bekizaar untuk menginap di situ. Ketika bas pariwisata mencari tempat parking di belakang hotel, bukan main seronoknya rasa hati melihat Tunjungan Plaza dan pelbagai gedung di hadapan dan sekitar Hotel Bezikaar! Oh! Memang tepat sekali memilih hotel ini untuk memudahkan kami shoping! Tak sabar dah nak melintas jalan untuk masuk pusat beli-belah yang tersergam indah! Hotel Bezikaar yang bertaraf 3 bintang ini terletak di Jalan Basuki Rahmat No.15, Embong Kaliasin, Genteng, Embong Kaliasin, Genteng, Kota Surabaya, Jawa Timur.
Setelah semua beg diangkut ke lobby hotel oleh para pekerja di situ untuk dibawa ke bilik masing-masing, kami terpaksa menunggu pula 'urusan' masuk hotel. Entah apa ceritanya, akhirnya kami terpaksa berpindah ke hotel lain. Katanya telah berlaku kesilapan oleh pihak hotel. Tempahan yang dibuat oleh Pak Bachtiar 'terlepas pandang' oleh mereka. Jadi, pihak hotel membantu mencari hotel lain untuk kami. 
Bersabarlah wahai hati.
Janganlah terus nak marah walaupun letih! Pak Bachtiar lagi kelihatan sangat letih memandu bas sepanjang hari! Walaupun berlaku ralat, tapi masih ada jalan penyelesaiannya. He he hee... tak marah, cuma sayang waktu terbuang begitu saja. Lagi pun bukan salah Pak Bachtiar, sebab beliau sudah cukup berusaha untuk menjalankan tugasnya.
Akhirnya kami mendapat tempat penginapan di Varna Culture Hotel Soerabaia, hotel 4 bintang  yang terletak di Jalan Tunjungan No. 51 Kelurahan Genteng, Kecamatan Genteng, Kota Surabaya, Provinsi Jawa Timur. Lokasi hotel ini berada di sebelah selatan CMB Niaga, atau sebelah utara Hotel Majapahit.

Yuhuuuu..... walaupun tak dapat menginap di Bekizaar Bussiness Hotel, Varna Curture Hotel Soerabaian yang banyak memaparkan kesan-kesan sejarah kolonial Belanda!

Sementara menunggu urusan check-in selesai, lepak-lepak dulu di lobby hotel.

Oh! Karung plastik warna ungu tu dari kebun apel bu!



Hotel ini merupakan salah sebuah hotel yang masih memiliki ciri-ciri Surabaya Heritage Tempo Doeloe! Lihat sahajalah segala perhiasan, dan susun atur serta konsep yang diterapkan di sini!  Radio lama, telefon doeloe-doeloe!





Melihat gambar-gambar hiasan di dinding lobby hotel, teringat semula kisah petani dan zaman kolonial Hindia Belanda dalam novel-novel Pramoedya Ananta-Toer! Nampak sama benar gambar kereta lembu dengan replika kereta lembu di Museum Angkut!

Kepala keretapi ini pun macam sama seperti kepala keretapi di hadapan Pasar Apung tempat kami ambil gambar!


Tinggalkan dahulu segala barangan antik ini, sebab kami nak masuk bilik masing-masing!
Nak bersihkan diri, nak solat juga.

Bilik kami.

Dan kemudahan yang disediakan.


Kononnya nak keluar makan, tapi tak ada seorang pun yang turun melainkan Faiz, Akmi, Jusna dan Amie serta Pak Bachtiar yang setia menunggu!


Rupanya waktu itu sudah melewati pukul 10 malam! Restoran sudah ditutup! Yang ada ketika itu hanya Warung Rawon Setan! Bukan setan syaitan tu... tapi mungkin untuk menunjukkan betapa rawon itu begitu digemari di sini! Sayangnya, bila Pak Bachtiar ajukan pertanyaan untuk makan di sini, tidak seorang pun bersetuju. Beberapa kali mengelilingi kota, dan tiba-tiba jalan jadi macet! Oh! Rupanya ketika itu segala gedung perniagaan ditutup dan semua pekerja sedang berangkap pulang ke rumah masing-masing1 Yang tinggal hanyalah gerai-gerai makan yang berjejeran sepanjang jalan! Untuk ke KFC, Pizza Hut atau Mc Donald terpaksa berpusingjalan sekali lagi dan kami berasa kasihan dengan Pak Bachtiar. Akhirnya setelah 1/2 jam membuang masa dalam kesesakan lalu lintas, kami cadangkan agar kembali saja ke hotel dan makan di sana.


Makan malam masih boleh dipesan sehingga pukul 12 tengahmalam!



Dewan makan nampak lengang, maklumlah sudah malam benar!



Faiz dengan jus lobak...lobak ke tu?
Atau tembikai?
Entahlah... dah rabun malam, tak nampak!

Oh! Ada Nasi Goreng Jawa rupanya!
Jusna dengan pesanananya lengkap ada sate ayam!

Apa ni Akmi?
Inilah Nasi Goreng Bonnek, nasi goreng Surabaya!

Amie punya... he he heee!
Terakhir kalinya untuk merasa Sup Rawon! Kali ini cuba sup ekornya pula! Sama saja hidangannya dengan Pondok Tempoe Doeloe dan Resto Bu Atik! Mesti ada taugeh tak berekor dan sambal! Di sini bukan tempe atau keropok putih, tapi keropok...keropok yang biasa kita makan tu. 

Lupa pulak nak tengok harga, tapi tidaklah sama harga  50,000 rupiah  di Pondok Tempo Doeloe atau 25,000 rupiah di Resto Bu Atik! Harganya di pertengahan saja antara kedua-dua tempat Amie makan tu. Apa pun.... bertuah! Sebab dapat merasa Sup Rawon 3 jenis (bahagian rawon) di 3 tempat yang berbeza!

Yang ini Amie ingat harganya 21,000 rupiah. Lumpia atau spring roll. Isinya lumayan padat! Cukuplah tu padatkan perut kami berempat!

Faiz punya ni... dah ada kentang goreng dengan chicken chop, dia nak nasi juga!
Yang seronoknya..... yang seroknya sebab ada iringan lagu keroncong1
Memang sukalah suasana hotel di sini sebab masih mengekalkan ciri nusantara! Kalau di Seulawah Grand View Hotel kami didendangkan dengan irama joget dan inang serta irama yang sewaktu dengannya (irama nusantara) instrumental Joget Pahang dan Jingkling Nona (itu yang Amie ingatlah).

Sarapan pagi seawal pukul 6 sudah disediakan!

Ni sebab nak kejar waktu! Menurut Pak Bachtiar sebelum jam 8 pagi, jalan akan ditutup untuk aktiviti perbarisan (tak pasti perbarisan apa), jadi kami kena keluar awal untuk elak macet!

Sebelum jam 8 pagi mesti sudah check-out hotel!

Apa berita hangat pagi ini di Indonesia? 
Sempat jeling-jeling koran KOMPAS.




Semua sudah berada di meja sarapan. Kami hanya menanti Ramle dan isteri untuk masuk ke bas.
Lewat pukul 8 pagi, Ramle muncul dan terpaksa bungkus sarapan dari dapur hotel sebab bas dah nak jalan!

Apa yang macet?


Oh! Ada perarakan atau perbarisan pasukan pakaian seragam... atau tentera?

Tak pastilah pulak!


Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke gedung jambatan Merah, tempat pusat beli-belah.


Kami terpaksa menunggu lebih kurang 30 minit sebelum pintu masuk dibuka. Operasi perniagaan bermula pada pukul 9 pagi!

Buka saja pintu, kami terus masu... terus cari kamar kecil. Kamar kecil tu toilet!


Banyak kedai yang belum dibuka. Para pekerja duduk menunggu di depan pintu.



Tengok-tengok saja!




Kalau ada yang berkenan, beli saja!


Penat shoping, perut pun lapar! Singga KFC dulu... take away!

Hohooo... ada pegedil kentang di KFC!
Seketyu 5 rupiah!
Amie beli 2 ketu!
Bestlah! Sebab kentang tempatan!


Pak Bachtiar membawa kami ke sebuah tempat beli-belah oleh-oleh lagi di Cak Ning, Jalan Raya Juanda bersebelahan dengan Pondok Tempoe Doeloe. Tak dapat Amie nak kongsi gambar sebab Amie ambil gunakan telefon. Sebaik sahaja sampai LD, telefon Amie tidak boleh berfungsi! Hilang semua data. harta benda dan harta karun segalanya! Huhuhuuuuuu.... ini kali kedua hilang gambar dalam telefon, kali pertama hilang semasa berada di Madinah 2014. Lain kali tak mahu dah pakai telefon!Amie belanjakan lebih kurang604,000 rupiah di Cak Ning. Beli oleh-oleh berupa jajan seperti keropok, kerepek, kacang gajus, serunding ikan dan sebagainya. Sebahagiannya Amie minta bungkus (kotak percuma) untuk memudahkan Amie semasa di KLIA2 nanti, sebab di sana Farid akan menunggu! Jadi, adalah juga oleh-oleh untuknya.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah minum dulu di Pondok Tempoe Doeloe. Pak Bachtiar sekali lagi berusaha membawa kami ke pusat beli belah sebelum menurunkan kami di Bandara Juanda. Kami dibawa ke Mirota Craft Centre, Ngagel, Wonokromo, Surabaya. Memang banyak benda dijual di sini! Macam-maca ada! Tapi harganya pun boleh tahan! Sekali lagi tak ada gambar nak kongsi! Tak lain tak bukan, telefon punya pasal!

Terakhirnya...
Kembali semula ke Bandara Juanda!
Terima kasih Pak Bachtiar. Kami juga mohon ampun dan maaf, sebagaimana Pak Bachtiar enyatakan jika ada kekurangan dan kelemahan, masing-masing minta dihaalkan! Teruskan usaha Bapak menjadi pemandu pelancong yang jujur dan amanah, moga rezeki bapak sekeluarga akan terus berlipat ganda! In shaa Allah... Aamiin!



Malam itu, kami terbang pada pukul 8.50 malam waktu Indonesia dan sampai lebih kurang pukul 12.05 minit malam, 25 minit awal dari jadual penerbangan!

Bertemu Farid dan kawan-kawannya sampai pukul 2.30 pagi di KLIA2. Dapatlah juga hulur oleh-oleh Surabaya dengan buah epal! Yang lain meneruskan perjalanan ke tempat masing-masing. Keesokannya menjelang pukul 7 pagi, Amie dan Jusna sambung perjalanan terbang ke sarang kami di negeri bawah bayu!

Selamat tinggal Surabaya!
Ada rezeki moga akan bertemu lagi Surabaya yang mendapat nama  dari  lagenda ikan sura dan buaya. Namun ada versi lain yang mengatakan Surabaya berasal dari gabungan perkataan sura (selamat) dan baya (bahaya) yang bermaksud selamat dari bahaya!

Sesiapa berminat untuk santai-santai mengelilingi Surabaya atau daerah lain di Jawa Timur, bolehlah hubungi Pak Bachtiar (gambar atas). Nombor telefon beliau ialah : 62 852-3164-6669

Terima kasih sudi membaca catatan perjalanan kami. In shaa Allah selepas ini Amie akan tuliskan satu lagi entri berkaitan ulasan dan tips jalan-jalan di sna.

Entri berkaitan :
Bercuti ke Surabaya (1) : Lahad Datu - Tawau - KLIA2 - Bandara Juanda, Surabaya
Bercuti ke Surabaya (2) : Dari Bandara Juanda Surabaya ke Cemoro Lawang
Bercuti ke Surabaya (3) : Melihat Bromo Sunrise dari Puncak Penanjakan
Bercuti ke Surabaya (4) Gunung Batok
Bercuti ke Surabaya (5) Naik Kuda ke Kawah Gunung Bromo!
Bercuti ke Surabaya : My Brownies
Bercuti ke Surabaya (6) : Padang Rumput Savanah @ Bukit Teletubbies
Bercuti ke Surabaya (7) : Menginap di Hotel Bromo Permai
Bercuti ke Surabaya (8) : Bermalam di Seulawah Grand View Hotel, Malang.
Bercuti ke Surabaya (9) : Air Terjun Grojogan Sewu
Bercuti ke Surabaya (10) : Petik Epal di Kebun Apel malang
Bercuti ke Surabaya (11) : Taman Selecta
Bercuti ke Surabaya (12) : Makan Tengahari di Resto Bu Atik
Bercuti ke Surabaya (13) Toko Istana Buah dan Oleh-Oleh Ayunda
Bercuti ke Surabaya (14) : Pasar Apung Nusantara
Bercuti ke Surabaya (15) : Bermalam di Varna Culture Hotel Soerabaia

Bercuti ke Surabaya (16) : Tips dan Persediaan