ADSENSE

Khamis, 20 Oktober 2016

Sepi Mengajar Aku Erti Rindu!

Bertemu kembali di ruangan yang semakin bersawang ini. Maklumlah.... dah lama tak kongsi coretan, baik resepi atau pun cerita-cerita yang sewaktu dengannya. Memang terasalah sepinya bila hari demi hari, dan minggu berganti minggu dengan keadaan yang sama... Nak masak pun, dapur masih belum siap sepenuhnya. Apalagi nak ambil gambar masakan ... nak tangkap gambar apa kalau dapur tak berasap! Biarlah tukang baiki dapur meneruskan tugasnya dengan tenang.

Entahlah....
Bukan saja dapur yang sunyi, hati ini turut rasa sepi...!
Rasanya ingin kembali ke masa lampau.... masa lalu, masa silam yang penuh keriangan, gelak tawa dan gurau senda! Tapi apakan daya.... tunggu sajalah sebuah novel (kalau Farid jumpa : Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin karya Tere Liye). Ha ha haaa... jiwang pulak entri kali ini....

Sebelum ini, memang tak pernah terlepas meraikan ulang tahun anak-anak, tapi kini segalanya berubah secara perlahan-lahan. Bila anak-anak semakin membesar, dan berjauhan, saat indah bersama, suka duka, gelak tawa dan tengkar-bertengkar sudah semakin kurang dirasai! (Gambar atas : Happy belated birthday buat Fuad dan Fairuz pada 14 & 19 September 2016 lalu).


Dahulu, inilah kami... ke mana sahaja pasti ada 5 Abdul!

Setelah Abdul yang sulung sambung belajar di Bangi, tinggallah 4 Abdul!

Kalau makan makanan yang sangat disukai anak-anak, atau masak di dapur.... terasalah kekurangannya kalau salah seorang tiada bersama!

Si kecil Firdaus kini menjadi penghibur kami.... Namun bukan sepanjang waktu dapat bersamanya! Apa pun Firdaus tetap mampu memeriahkan suasana  dengan keletahnya!

Fairuz!
Kini jadi abang 'sulung' di rumah.
Katanya... nak berehat selepas PT3. Minggu depan, cuti Deepavali kita ke Labuan ye dik. Kita jenguk Fuad di sana. Farid sebenarnya akan bercuti pertengahan semester selama satu minggu. Ingatkan balik LD, tapi tak jadi pulak... katanya, kena masuk makmal. Cadang kami, bolehlah bawa Farid sekali ke Labuan, boleh jumpa Fuad di sana dan berkumpul kami anak-beranak.

 Fuad:
Tunggu kami datang, walaupun tanpa abang Farid.

Buat keluarga kecilku:
Mommy sayang kamu!
 Tak pernah terfikir  bahawa ini adalah masa betapa sukarnya untuk bersama seperti dahulu!

Khamis, 6 Oktober 2016

Stew Daging Bosnia (Bosanski Lonac)

Tell me what you eat, and I will tell you who you are -
Jean Anthelme Brillat-Savarin

Amie temui kata-kata itu di dalam buku Bosnian Cuisine. Wah! Seronok juga kalau kita main teka-teki begini kan? Ko makan apa? Aku makan tempe! Oh... tempe yea... aku tau ko wong Jowo ha ha haaaa....!

Sebagai kenang-kenangan, Amie kongsikan sebuah resepi tradisional masyarakat Bosnia iaitu Bosanki Lonac atau Stew Daging Bosnia. Bila teringat setiap kali keluar dari bilik penginapan pada waktu pagi, buka saja pintu kedua...terus tercium aroma masakan yang kami tak tahu apa! Maklumlah di keliling tempat penginapan kami itu penuh dengan restoran dan gerai makan! Dahlah suhu sejuk, memang menggoda betul bau masakan yang dibawa angin pagi menusuk ke hidung! Sekarang, Amie sudah dapat jawapannya... bau masakan tersebut sudah tentunya Bosanski Lonac yang sedang direnih di dapur! Cerita tentang Bosanki Lonac ini bolehlah klik DI SINI untuk sama-sama merasai pengalaman kami menikmati hidangan tersebut di Nanina Kuhinja.

Setiap sebuah keluarga atau rumah mempunyai resepi stew daging mereka yang tersendiri. Mereka akan memasaknya dalam periuk tanah untuk mendapatkan rasa dan aroma seperti yang dikehendaki. Biasanya mereka akan memasak dalam oven atau merenih dengan api perlahan. Semakin lama proses merendidih, semakin lazat rasa masakan tersebut kerana bahan-bahannya telah mesra dan rasanya menjadi seimbang. Sos yang terhasil setelah proses rendidih menimbulkan rasa yang agak ringan walaupun adanya penggunaan sedikit rempah, namun sosnya atau kuahnya adalah rasa semulajadi daripada tomato, kentang, bawang merah, bawang putih, lada benggala, lobak dan sebagainya.

Di sini Amie kongsikan resepi Bosanski Lonac dari buku Bosnia Cuisine. 

Bosanski Lonac
Ingredients:
1/2 kg lamb meat with the bone (lamb neck; rack of lamb)
1/2 kg baby beef with the bone
3 red onions
1 whole head of garlic
3 tomatoes
1 tsp red pepper
1 chilli pepper
1 handful parsley
a few mint leaves
1 sprig dill
3-4 potatoes
2-3 green bell peppers
1 tbsp melted butter
1 tbsp vinegar
2 galsses water
2-3 peppercorns
1 tsp salt

Directions:
Cut the meat into medium size pieces and vegetables into bigger pieces. Rinse garlic, dry and do not peel. Lay first the meat and then the vegetables in a lightly buttered clay pot. Add one whole chilli pepper. Add pepper, spices and paprika. Pour in the water and vinager. Add the melted butter.
Punch many smaal holes in an aluminium sheet and cover the pot. Place in an oven and allow the dish to gently simmer for at least 1 1/2 to 2 hours first over strong and then over low heat. The best way to make the Bosnian hotpot is to cook it in the oven. You may also put some cabbage in the stew, but it is not recommended because of the strong aroma.

Amie gunakan slow cooker untuk masakan ini. Daging yang Amie gunakan pun daging lembu biasa. Kalau nak ikut 100% bahan dan cara masak yang disarankan di atas, memang tak dapeklah den nak buek! Waktu kami makan di Nanina Kuhinja, Amie terjumpa daun bay, maknanya memang resepi ini pelbagai, tu pasal dikatakan setiap rumah atau setiap keluarga mempunyai resepi mereka yang tersendiri asalkan bahan asasnya sama. Mulanya nak masukkan daun bay, tapi ikutlah dulu resepi di atas tu... gunakan daun pudina! Dill tak ada yea...
Mmmm... faham-faham sajalah kalau dah guna slow cooker.... ambillah masa sampai daging empuk dan masak sempurna! Pada masa itulah keluar segala aromanya yang menggoda selera!




Berbaloilah rasanya memasak begitu lama!


Selasa, 4 Oktober 2016

Makan Congkak di Tanah Aina Cafe by Farhana's Oven

Makan Congkak?
Huh!
Nak Tahu, teruskan bacaan anda.
Tak tahulah apa istimewanya tempat makan ini...
Aton selalu hantar gambar makanan di sini. Bila berkesempatan singgah sekejap di kampung pada 9 September 2016 lepas, Aton pun ambil juga kesempatan bawa Amie ke situ..... ke tempat makan yang selalu disebut-sebutnya iaitu Tanah Aina Cafe by Farhana's Oven. Kesian jugak pada Aton sebab dari pagi lagi sewaktu temankan dia pilih mozek di Ijok, dia kata harap-harap ada waktu untuk sampai ke Tanah Aina... waktu tu tak terbayang Tanah Aina macamana... kenapa ada perkataan tanah saja yang disebutnya!

Tanah Aina Cafe ini terletak di Wisma Tanah Aina, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu Tiga, Shah Alam, Seksyen-U1. Patutlah dia asyik dok sebut-sebut .... rupanya dekat tempat kerja dia. Katanya dia suka tengok benda-benda comel terhidang dalam piring macam gambar kat atas tu! 

Kami sampai di sini dekat masuk waktu Mahgrib. Jadi sempatlah solat di musolla / surau di cafe ini sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA.

 Bahagian luar, pintu masuk Tanah Aina Cafe.

Aton teruja nak makan cekodok durian. Katanya, murah tu 3 ketul RM7! Kalau iye puunnn... sabarlah dulu makcik! Tu yang kat bawah tu.... yang dia order congkak tu siapa nak habiskan?

Banyaknya kuih! Ada kuih tradisional, ada desserts.... semuanya comel belaka, dibubuh dalam lubang congkak. Tu pasal menu ini dinamakan Congkak kot! Satu Congkak tu berharga RM38.00. Maaf Ton, aku tak sanggup nak isi perut, setakat seketul dua bolehlah!

5 orang makan satu Congkak macam tak habis nih....  kalau jenis kantung perut kecik aaahhh hihihiiiii! Tapi boleh tapau kalau tak habis...

Ini Nasi Goreng Tanah Aina, Mira punya pesanan. Mira pun tak habis makan. Waktu kami bayar di kaunter, pelayan restoran tanya, nak tapau tak nasi goreng tu.... ya, memang banyak lebihnya. Okeylah... tapau sajalah. Nasi goreng penuh satu lesung batu siap dengan ayam goreng dan aneka aksesorinya tu berharga RM16.00.

Ini Amie punya steak, haaa yang ni dia punya sos lada hitamnya tu memang sedap! Sayur-sayur yang mengiringinya pun rasa enak sekali dengan aromanya yang menggoda.  RM35.00.

 Inilah yang Aton tunggu-tunggu! Cekodok Durian yang 3 ketul harga RM7 tu.

Tak rugi! Selain saiznya yang besar, rasanya tersangatlah sedap! Nyesal pulak cuit sikit! Aton suruh makan lagi, tapi kita tolak sebab kita nak habiskan steak! Dia suruh Amie tapau bawa ke airport, takut malam nanti rasa lapar sebab terbang pukul 2 pagi.... malaslah nak bawak! Kita suka lenggang kangkung jew.....   hiks! Tapi memang serius... sangat sedap! Tak tahu bila ada kesempatan nak merasa lagi. Kalau balik kampung pun bukan semestinya musim durian!

Biskut yang comel ni pun tak tersentuh... Aton tapau jugak!
Ko banyak sangat order laa Ton... perut aku tak muat!

Sempat intai bilik air yang bersih dan cantik di cafe ini. Jarang nampak bilik air secantik ini di kebanyakan restoran kan... itu kata Atonlah, bukan Amie yang kata. Amie tulis jew di sini.

Terima kasih Ton. Entah berapa kali sebut-sebut pasal tanah Aina Cafe, akhirnya sampai juga di sini walaupun masa sangat suntuk. Terima kasih juga sebab hantar ke KLIA malam tu. Nanti ada rezeki dan kesempatan bawak lagi aku ke sini ye, tapi bukannya dalam keadaan kelam-kabut cam hari tu... dalam perjalanan nak ke airport, tiba-tiba ko nyinggah situ. Manalah kita nak konsentarsi di restoran tu sebab asyik teringat janji dengan kawan di KLIA yang menunggu sejak tengahari!

Ahad, 2 Oktober 2016

Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

Hari terakhir di Bosnia and Herzegovina...
Kami sempat mencari alas perut di Sebilj, dan makan doner kebab.  Di sini (dalam bahasa Turki) disebut  Döner Kebap yang bermaksud panggang berpusing. Kebab Turki ini dipanggang secara menegak.

Saiz doner kebap (kebab) ini besarlah juga... berbanding dengan saiz kebab yang kita biasa beli dan makan di pasar malam.

Sebaik sahaja kami memesan doner kebap, pelayan wanita ini segera mengambil dua keping roti dan memasukkannya ke dalam oven yang terletak di bahagian bawah untuk memanaskannya. Beberapa saat kemudian, roti tadi dikeluarkan semula dan belah sedikit, seterusnya dikorek sedikit menjadi poket.

Dengan menggunakan pemotong elektrik, wanita tadi menghiris nipis bahagian luar daging yang disusun seperti bentuk kon itu.

Daging nipis tadi dimasukkan ke dalam roti, dan ditambah dengan pelbagai jenis bahan lain termasuk daun salad, hirisan tomato, bawang besar, dan sebagainya.

 Seperti biasa, Lucinda dengan minuman berasaskan limau....

 Di sini pun tak ada minuman panas, kena cuci perutlaaa...

 Döner Kebap dah sampai.


Saiznya yang besar.... Amie memang tak dapat habiskan sebiji Döner Kebap ni, tapi Amie habiskan juga isinya.... daging dan lain-lain. Cuma roti... sebab tepung yang digunakan merupakan tepung yang tak diproses ringan seperti tepung gandum yang kita biasa gunakan, itu yang buat kita cepat kenyang walaupun hanya makan sedikit!

Rasanya masa berlalu begitu pantas! Tanpa disedari, kami sudah berada di dalam kereta menuju ke lapangan terbang.

Saat akhir itu Feda membawa kami, singgah beberapa minit di atas sebuah kawasan tinggi untuk melihat-lihat kawasan sekitar Sarajevo. Sudah semestinya rasa sangat sayu bila terpandang sekali lagi deretan kubur yang bercampur dengan kuburan mangsa perang.

Dan juga pemandangan yang tidak jelas dek sentiasa berkabus oleh kerana suhu yang dingin.... nun Sungai Miljacka yang telah kami susuri, serta Latin Bridge yang menjadi saksi pembunuhan Putera Mahkota Austria Frantz Ferdinand sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama!

Bila teringat kembali betapa bersungguh-sungguhnya Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri kita membantu sedaya upaya agar negara yang cantik ini pulih seperti sediakala selepas Perang Bosnia 1992-1995.

SARAJEVO 12 Okt. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang menamatkan lawatan ke Sarajevo malam tadi meninggalkan Bosnia-Herzegovina dalam linangan air mata selepas menemui kanak-kanak yang belajar di sebuah sekolah rendah yang dibina daripada derma rakyat Malaysia.
Dalam satu majlis yang mengharukan di sekolah Camil Sijaric di sini, Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dipersembahkan dengan satu koir 700 orang kanak-kanak Bosnia berusia antara 6 hingga 13 tahun di sekolah tersebut.
Mereka menyanyikan kepada Perdana Menteri sebuah lagu sedih tentang kegilaan perang yang liriknya berbunyi:
Jangan biarkan kebodohan perang berlaku
Jangan cetuskan kegilaan sesama manusia
Orang dungu menawarkan khayalan jahat
Menakutkan kita dengan kisah ngeri
Dan meruntuhkan setiap kegembiraan
Jangan biarkan perang terjadi.
Sumber : UTUSAN MALAYSIA 13/10/2000
 Sempat bergambar kenangan dengan Feda.

Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Feda masih lagi bercerita tentang negaranya.... tentang sumbangan rakyat Malaysia membantu membina semula negaranya yang lumpuh selepas perang, walaupun di sana sini pembangunan dan perubahan masih belum begitu ketara. Ternyata, perang benar-benar memusnahkan segalanya! Feda sempat menunjukkan sebuah bangunan BOSMAL (Bosnia Malaysia) City Centre, yang merupakan bangunan tertinggi di Balkan. Bangunan ini dibina atas usaha sama negara kita juga. Satu lagi, kata Feda ada sebuah jambatan persahabatan Bosnia -Malaysia, dan juga Masjid Malaysia.

Feda juga sempat menunjukkan tugu peringatan perang kanak-kanak Bosnia yang terbunuh :  Boleh klik sini untuk lanjut : MONUMENT TO 1600 SARAJEVO CHILDREN KILLED BY SERBIAN TERRORIST

 Cacatan kecil Feda untuk kami: PUNA POZDRAVA IZ SARAJEVO!

Assalamualaikum...kata Feda.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh!

Entri berkaitan:

Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati

Azan berkumandang bersahut-sahutan.....
Rupanya banyak masjid yang berdekatan di sekitar Sarajevo.

Walaupun berlaku perbezaan waktu 6 jam dengan negara kita, tapi jangan risau sebab azan yang dilaungkan segera mengingatkan tibanya waktu solat fardhu. Amie tidak pula mencatat jam berapa setiap kali masuknya waktu solat, cuma pada hari pertama semasa menungu waktu solat Subuh, azan berkumandang pada pukul 5.48 pagi. 

Jangan lupa kunjungi Masjid Gazi Husre Bey di Saraci. Masjid ini dibina di tengah-tengah bandar Baščaršija pada tahun 1530 pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyah. Reka bentuk masjid ini diilhamkan oleh seorang ketua arkitek dari Tabriz iaitu Adžem Esir Ali, keturunan Parsi .



Di tengah-tengah halaman masjid, berhampiran dengan pokok chesnut terdapat sebuah binaan yang dinamakan 'shadirwan '  iaitu fountain atau mata air untuk mengambil wudhu'. 


Shadirwan (fountain) dibina pada tahun 1530 dan kemudian dibaik pulih pada tahun 1772. Bagaimanapun akibat daripada masalah musim sejuk di Sarajevo, ia dibina semula pada tahun 1833menggunakan marmar dari pulau Brač di Dalmatia.


Bumbung kayu shadirwan telah rosak teruk akibat pencerobohan dan dibaikpulih pada tahun 1997 menggunakan bahan dan bentuk yang sama.

Terdapat tulisan khat di bawah bumbung shadirwan. Antara ayat al-Quran yang terukir di bawah bumbung tersebut membawa maksud:
... dan daripada air Kami ciptakan segala sesuatu yang hidup.... (al-Anbiya)

Ini ialah menara jam Sarajevo (Sarajevo's Old Clock Tower) setinggi 30 meter. Ia dibina pada abad ke-16 dan merupakan satu-satunya jam awam di dunia yang menjaga masa lunar  ( "à la Turk") bagi menunjukkan masuknya waktu solat. Berdasarkan sistem yang digunakan ini, hari yang baru bermula ketika matahari terbenam, dan bermakna ketika itu masa ialah 00:00!


Kalau kami 'agak-agak' rasa sesat di lorong-lorong tertentu, kami pandang menara MasjidGazi Husre dan Sarajevo's Old Clock Tower itu sebagai penanda arah!

Selain Masjid Gazi Husre, banyak lagi masjid di sini yang mempunyai menara yang bentuknya sama selain kubah di sisinya. 

Sebuah masjid berhampiran Sebilj.

Antara gambar masjid di sebuah perkampungan yang sempat dirakam dalam perjalanan pulang dari Mostar ke Sarajevo.

 Menara masjid yang terletak di seberang Sungai Neretva berhampiran Mostar.


Di sebelah sini ada menara masjid, di sebelah sana pun ada juga... tapi di seberang sungai, puak lain pulak ye...

Apa yang mencuit hati....
Di hadapan Masjid Gazi Husre seorang gadis remaja yang cantik tetapi dengan wajah yang sangat sedih, dengan menggantung sekeping kad manila dengan tulisan di lehernya berjalan mundar-mandir meminta belas. Hanya satu sahaja soalan yang boleh dijawab, iaitu namanya sendiri. Dia tidak dapat menerangkan (dalam Bahasa Inggeris) mengapa perlu berbuat demikian di sini. Kami pun tak faham apa maksud tulisan itu... cuma mampu hulur syiling KM kepadanya. Kalau tujuannya baik, Alhamdulillah.... kalau sebaliknya, segalanya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Seorang wanita duduk di pinggir jambatan di Sungai Miljacka, sedang mengira sesuatu di tangannya. Beberapa orang yang lalu-lalang menghulur syiling kepadanya.

 Semasa berhenti sebentar di Jambatan Konjic, pun ada juga...

 Di Sebilj, ketika sedang minum kopi di petang hari... seorang wanita bersama anak kecil, kami berpandangan sambil meraba-raba poket kalau-kalau ada syiling.

Singgah di kedai buku. Rasa sangat berpuas hati dengan layanan  di sini.
Walaupun sekadar bertanya, tapi dijawab dengan baik.
Saja jew tangkap gambar dengan latar belakang tu.... Lucinda kata dia sangat tertarik mendengar pertanyaan daripada lelaki Inggeris yang masuk ke kedai itu, tertarik dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang sangat sopan!

Amie sudah terbeli buku Bosnia and Herzegovina ini semasa melawat ke Mostar. Amie kata kepada pekedai itu, Amie sudah membelinya di Mostar kelmarin. Namun begitu, pekedai tadi tetap melayan kami denga dengan baik, dan memberitahu bahawa buku tersebut diterbitkan dalam 5 buah bahasa. Harganyanya 28KM.  Dia tanya berapa harga Amie beli. Terus-teranglah Amie kata 30KM bersamaan dengan RM69.00. Maknanya di sini murah 2KM berbanding di Mostar. 

Amie mencari buku resepi negara Bosnia and Herzegovina. Katanya, hanya ada sebuah sahaja yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, walaupun buku ini kecil tapi ia sangat bermakna buat Amie. Tanpa fikir panjang, Amie terus beli. Harganya 15KM atau RM34.50.

Kami sempat masuk ke sebuah lagi kedai buku. 
Sebenarnya nak tambah lagi kalau-kalau ada buku resepi.
Masuk jew sini, terus tanya pasal buku resepi. Kata pekedai tu, ada dua jenis buku resepi. Satu saiz kecil dan satu lagi saiz besar. Bila ditunjukkan saiz kecil, Amie kata Amie dah beli buku itu... Bosnian Cuisine. Jadi, dia pun tunjukkan buku saiz besar. Bukan main suka hati kita masa tu! Bila tanya harganya 76KM, dah tak kisah dengan kiraan matawang kita sebanyak RM174.80.
Amie pun bersetuju untuk membeli buku resepi  hasil tulisan Salih Agic bertajuk : Bosanska Tradicionalna Kuhinya. 
Bila Amie buka di dalamnya, terus terpandang gambar tufahije yang baru kami makan sebelah paginya.

Gambar dalam buku resepi itu sebijik gambar yang Amie ambil di Caffe Slastičarna Saraj! Amie pun keluarkan 76KM dan letakkan di atas kaunter pembayaran. Pekedai tadi pun mula menyediakan resit pembayaran, dan tiba-tiba dia terhenti dari menekan keyboard di hadapannya... Dia tanya, Amie fahamkah bahasa yang digunakan dalam buku itu?
Amie kata, sudah tentulah faham... bukankah Bosanska Tradicionalna Kuhinya bermaksud Bosnian Traditional Kitchen?
Kemudian pekedai tadi membuka halaman buku dan menunjukkan tulisan di dalamnya. Oh! Bahasa Bosnia! Baru Amie tersedar... inilah akibat terlalu teruja!
"I can sell you the book, but do you understand the language?"
"Hoooo.... of course 1 do not understand!"
(Kita pun tonggang-langgang berbahasa!)
Kami sama-sama tertawa.
Pekedai tadi memulangkan semula wang Amie, dan meletakkan buku masakan tadi di dalam rak asal. Katanya, memang ada edisi Bahasa Inggeris tapi sudah habis terjual. Terbitan baharu dalam Bahasa Inggeri akan berada di pasaran tetapi mulai tahun hadapan, katanya lagi.
Amie ucapkan berbanyak terima kasih dan meminta maaf. Amie minta izin untuk ambil gambar di kedai tersebut. Dia mempersilakan dengan baik sekali.


 Inilah buku resepi Bosanska Tradicionalna Kuhinya bermaksud Bosnian Traditional Kitchen yang baru diletakkan kembali di rak asal!

Peristiwa kecil ini sebenarnya memberi ikhtibar kepada kami. Di hari yang lain, Lucinda berkali-kali mengingatkan Amie, untuk berfikir semula, mana tahu Amie ingin membeli buku tersebut semula. Kalau berminat, Amie boleh minta pertolongan pak google untuk translate resepi dalam buku itu, katanya. Satu lagi, kata Lucinda pekedai buku itu sangat jujur orangnya. Dia tidak pentingkan keuntungan semata-mata tetapi memikirkan kepuasan pelanggan. Duit sudah bertukar tangan, resit pembelian sedang dicetak, tapi tiba-tiba dia mengingatkan Amie tentang bahasa dalam buku tersebut!

Setiap kali kami teringat peristiwa itu, kami akan tertawa geli hati! Bukan sahaja di Sarajevo, tetapi semasa dalam penerbangan ke tahanair dan juga di KLIA! Amie pula, tertawa sampai keluar airmata sebab sambil memikirkan betapa cepatnya Amie menangkap maksud Bosanska Tradicionalna Kuhinya sebagai Bosnian Traditional Kitchen, dan tertipu oleh gambar tufahije!
Apa pun, semoga perniagaan di kedai buku tersebut terus maju!

Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati

Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!