ADSENSE

Sabtu, 28 Mei 2016

Udang Galah Masak Kam Heong

Selamat berhujung minggu...selamat bercuti bagi yang bercuti!
Orang bercuti kita pun nak bercuti juga...walaupun cuti dipenuhi dengan undangan pelbagai majlis, kenduri-kendara dan sebagainya. Kita nak juga jalan-jalan...tak kisahlah jalan-jalan makan angin atau jalan-jalan cari makan ha ha haaa....
Sebelum kita bercuti beberapa hari atas urusan di atas, kita nak kongsikan satu resepi yang lama menunggu giliran, terpinggir di celah-celah folder!


Bahan:
800 gram udang galah - bersihkan (tak tau saiz apa...lebih kurang saiz ibu jari orang gemuk laaa... besar sikit)
7 ulas bawang putih cincang
1 cawan udang geragau - bilas dan toskan (biasanya kita gunakan udang kering, tapi kali ini saja jew nak habiskan stok udang geragau)
2 sudu besar serbuk kari
3 tangkai daun kari - lurutkan
10 biji hirisan cili padi
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
garam & gula - optional ( udang geragau & sos tiram pun dah ada rasa)
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam udanggalah selama 5 minit atau sehingga masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan udang galah tadi dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan udang geragau dan goreng sehingga udang naik bau.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit. 
5. Tambah sos tiram dan juga lada hitam, kemudian gaul sebati.
6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Angkat dan hidangkan.

Pada mulanya kita sangka mungkin dengan menggunakan udang geragau, rasanya tak seenak bila kita gunakan udang kering. Ternyata sangkaanku meleset.... penggunaan udang geragau tidak mengurangkan rasanya! Sedap! Sedap!


Jumaat, 27 Mei 2016

Selamat Pengantin Baru

Jodoh pertemuannya....
Seawal usia 21 tahun.... so sweet!

Selamat Pengantin Baru buat anakanda saudaraku, Khairiah Amani bersama pasangannya yang selamat diijabkabulkan pada 13 Mei 2016 lalu. Moga gembira selalu dan belajar menjalani kehidupan baru dengan penuh tabah dan sabar buat kedua-duanya.

 Tiga dara pingitan tu... 
ada mak teruna juga tu.... hihihiiiii kemain lagi kowang yea... mentang-mentang aku tak de di situ masa tu...

Haaa... Tri...
Jangan lupa khidmat tanganmu itu... tunggu kita balik, main masak-masak lagi!

Khamis, 26 Mei 2016

Sedapnya Biskut Suji Salju!

Biskut Suji Salju....
Antara biskut raya paling diminati anak-anak!




Tahun  ni mesti buat... tapi kena gandakan kuantitinya!
Maklum.... biskut sedap, tentu permintaan tinggi!
Bukan nak jual... saja jew buat untuk family...ngeeeeee


Resepi?
Klik sini : BISKUT SUJI SALJU

Rabu, 25 Mei 2016

Spaghetti Rendang Pedas Bebola Daging

Jom cuba menu ala fusion... kita makan spaghetti dengan rendang bebola daging pulak. Buat pedas-pedas aaa.... barulah meleleh peluh di dahi!


Bahan:
200 gram spaghetti – celur hingga masak dan toskan

Bahan untuk rendang:
200 gram bebola daging
200 gram daging kisar
1 cawan santan pekat ditambah dengan 1 cawan air 
50 gram kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
15 biji cili padi hijau
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai – dihiris –hiris
4 helai daun limau purut

Cara memasak:
1    1. Jerang santan di dalam kuali.
2    2.   Masukkan kesemua bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
3    3.  Masukkan daging kisar dan bebola daging.
4    4. Apabila daging kisar dan bebola daging masak, masukkan kerisik dan daun limau purut.
5    5. Setelah kuah menjadi pekat, padamkan api dapur.
6    6.  Hidangkan rendang bebola daging bersama spaghetti.


Lupakan dulu kuah spaghetti masam manis tomato, kita layan dengan kuah rendang pedas!

Isnin, 23 Mei 2016

Catatan Perjalanan Yang Tak Selesai : Bandung - Jakarta - Jogjakarta

Tiba-tiba tergerak hati ingin melawat bilik sebelah yang lama ditinggalkan : WELCOME TO AMIE'S HOME LIBRARY
Catatan ini sudah terlalu lama.... tahun 2011. Sudah 5 tahun berlalu!
Rupanya tak siap! Maklumlah banyak sangat 'bilik' yang nak diurus, akhirnya penuh sawang. Catatan entah ke mana, gambar pun lesap begitu saja! Kalau tak silap sebelum selesai catatan perjalanan ini, laptop kita rosak dan pada masa yang sama kamera cabuk kita pun rosak sama! Memory cardnya pun entah tercampak di mana!  Apa pun bolehlah tengok-tengok buat kenangan di sini.


Kisahnya klik di sini : LAHAD DATU - TAWAU - LCCT - JAKARTA


Perjalanan dari Jakarta ke Bandung - mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Makan tengahari di Wilujeng Sumping. Klik sini : JAKARTA - BANDUNG

Bermalam di sini : GRAND SERELA HOTEL


Meneruskan perjalanan ... melewati daerah Sumedang - Cileunyi - Nagrek - Malangbong - Tasikmalaya - Ciamis - Banjar - Majenang.

Masih teringat tahu Sumedang...

Dan Pisang Coklat Bollen serta Pisang Keju Bollen yang sangat sedap dan wangi itu!
Semuanya di sini : SUMEDANG - MAJENANG

Tiba-tiba diraikan (sambutan ulang tahun) di Restoran Pringsewu, Majenang.

Tentu Veera tak akan lupa seumur hidupnya :  SAMBUTAN ULANG TAHUN DI RESTORAN PRINGSEWU, MAJENANG.

Makan nasi gudeg di Jalan Malioboro, Jogjakarta....

... sambil dihiburkan oleh penyanyi jalanan.  Nak tahu cerita, boleh klik : DI SINI

Menginap di Wisma Ary yang berkonsepkan Bali.


Mengunjungi kraton / istana. Klik : KRATON YOGYAKARTA HADININGRAT

Terus ke : TAMAN SARI


Klik sini : SUMUR GUMULING MASJID BAWAH TANAH


Sempat ke kilang batik di Raradjonggrang.


Dan tempat membuat barangan perak. Klik di sini : BATIK INDAH & ANSOR'S SILVER


Klik di sini : CANDI PRAMBANAN


Sempat melihat kesan letusan Gunung Merapi yang meletup beberapa bulan sebelum kami tiba!




Ketika ini kami rasa ingin sujud syukur!
Kita tinggal di sebuah negara yang aman dan selamat!


Amie tak sempat menyiapkan catatan perjalanan ke Candi Borobudur, Tangkuban Prahu, Kampung Daun,  dan beberapa tempat lagi di Bandung. Dah hilang semua gambar..... huhuhuuuu!

Ahad, 22 Mei 2016

Udang Galah Masak Asam Pedas

Nak habiskan stok udang galah.....
Bukannya selalu boleh dapat bekalan. Sekali beli, bolehlah masak-masak untuk tiga empat kali. Simpan lama-lama nanti hilang kesegarannya pula.
Kali ini kita masak asam pedas pulak. Kita pilih aroma serai dengan daun limau purut, tak bubuh daun kesum atau bunga kantan.

 Bahan-bahan:
8 ekor udang galah saiz besar - bersihkan
600 ml air
2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 biji tomato - belah 2
5 helai daun limau purut
2 batang serai - dititik
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 cm halia 
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. 2. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa. Gaul sebati.
2. Tambahkan air dan biar mendidih  selama 10 minit atau lebih.
3. Kemudian masukkan udang galah. Tambahkan lada putih tumbuk.
4. Masak ikan salmon di antara 5 hingga 7 minit dan kemudian masukkan tomato serta daun limau purut.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
6. Padamkan api dapur.


Asam Pedas Udang Galah dah siap!


Sabtu, 21 Mei 2016

Rendang Daging

Biasanya sementara menunggu waktu nak terbang, kami makan-makan dulu di Food Garden (KLIA) untuk menghabiskan sisa waktu yang sengaja  kami peruntukan antara 1 hingga 2 jam. Dalam banyak-banyak pilihan hidangan di situ, kita memang tak lepas peluang makan rendang daging di gerai makan Padang. Dari dulu.... entah sejak bila, tapi sejak pertama kali makan rendang daging di situ. Cuma... tak bolehlah nak makan banyak, sebab rendang tu pedas! Terasa kepedasannya... tapi disebabkan sedap dan menepati selera kita, kita makanlah juga untuk tidak rasa 'teringat-ingat' bila sampai LD nanti. Lagi pun dalam penerbangan nanti dapat makanan juga. Dan satu lagi...bila pedas-pedas tu...kita pun kena ingat, kena jaga perut. Maklumlah dalam kapal terbang memanglah ada 'rumah kecik' tu tapi kita tak berapa selesa masuk ke dalamnya. 

Hari ini macam terlebih rajin pulak nak merendang. Apa tidaknya, semua bahan dah ada, cuma tunggu tuan dapur jew nak cemar duli.... maklumlah, asyik tangguh bertangguh jew kalau nak masak rendang ni. Bila teringat rendang daging yang pedas, kuahnya basah-basah, dagingnya yang lembut di Food Garden tu... terus melompat ke dapur buka peti sejuk cari daging lembu!


Kita ada daging lembu seberat 1200 gram, masaklah semua sekali! Daging lembu tu daging nombor 2, ada lemak-lemak sikit. Itu yang kita suka tu.... Lepas tu, rajin-rajinkanlah diri pergi ke belakang dapur cabut empat lima batang serai, cari isi halia, isi kunyit dan juga daun kunyit serta daun limau purut. Alhamdulillah.... berkat sabar dan rajin yang sedikit itu, menjadi juga tanam-tanaman herba di atas tanah sekangkang kera di belakang dapur kita tu! Jangan lupa lengkuas ye... Bila kita guna bahan-bahan segar dari ladang...mmmm pasti gabungan segala herba dan perencah yang lain akan memuatkan aroma semerbak satu dapur! Terasa macam nak sambut raya pun ada, macam masak-masak di tempat orang kenduri pun ada.
Oleh sebab kita nak buat rendang terlajak pedas, jadi tambahkanlah cili padi...selain cili kering. Santan pekat tu, kita kisar dua biji kelapa (beli kelapa parut, kisar di dapur sendiri).... dapatlah santannya yang memang pekat!

Bahan-bahan:
1.2 kg daging lembu - potong lebar setebal 1 cm
5 cawan santan pekat
1 cawan kelapa parut - sangan dan tumbuk jadikan kerisik
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dihiris
5 helai daun limau purut
garam/ gula / perasa pilihan secukupnya
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
25 biji cili kering
15 biji cili padi
3  cm kunyit hidup
2  cm halia
3  cm lengkuas
5 batang serai - hiris kasar
2 labu bawang besar

Bahan penumis:
5 ulas bawang putih - tumbuk kasar
5 biji bawang merah - tumbuk kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan penumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan semua bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging lembu, dan asam keping. Gaul sebati hingga daging layu.
4. Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan hingga daging lembu empuk.
5. Masukkan kerisik, garam / gula / perasa secukupnya.
6. Biarkan seketika sehingga kuah pekat dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
7. Angkat dan hidangkan.

Ada cerita sedih laaa...
Semasa menunggu rendang daging empuk, anak-anak & Encik Suami dah tanya... boleh makan ke?
Kesian punya pasal, kita kata...bolehlah makan walaupun kuah rendang belum memekat, tapi dah bubuh kerisik dengan hirisan daun kunyit. 
Inilah masalahnya kalau nak merendang.... kena tunggu lama sikit, sebab kita gunakan api sedang-sedang, tak kuat dan taklah terlalu kecil. Bukan salah rendang...salah kita sendiri, patutnya masaklah awal pagi sikit he he heee....
Apa pun cerita sedih bertukar jadi cerita gembira sebab rendang tu rasanya sangat sedap! Walaupun terasa pedas tapi.... memenuhi selera kita, selera Encik Suami dan selera anak-anak sampai Firdaus pun menambah-nambah kuahnya yang basah-basah tu!
Maknanya... dah bolehlah masak rendang yang sama di Food Garden tu. He he heee... apa pun, kalau berkesempatan makan di Food Garden KLIA lagi, kita nak makan lagi rendang tu... mana tahu, ada rasa atau bahan yang tertinggal ke.... boleh cuba masak sekali lagi!

Khamis, 19 Mei 2016

Ikan Kerapu Kukus Sedap!

Bila masuk dapur nak olah ikan, telinga kita selalu terdengar-dengar suara Fuad berpesan : Kalau masak ikan bubuh kuah lebih! Maknanya, mesti berkuah! Kuahnya pulak bukannya masakan asam rebus atau asam pedas, tapi kuah bersos! Haaa... itulah selera anak-anak kita....
Tak kisahlah, yang penting kamu semua makan ikan, dan bukannya asyik nak pilih lauk ayam setiap hari!
Kononnya nak kukus ikan, cara paling mudah untuk naikkan aroma yang digemari anak-anak sudah tentulah aroma dari renjisan minyak bijan. Laaaa...kok botol minyak bijan tak ada....rupanya dah habis! Kena cari alternatif lain pulak....! Yang penting ikan kukus mesti jadik!

Ikan kukus dah siap. Kita olah seekor ikan kerapu yang beratnya hampir 700 gram. Resepinya mudah saja. Yang penting hidangkan ketika ikan masih berwap! Mmmmm.... habis licin tinggal tulang!

Ketika ambil gambar ikan kukus, Fuad tanya... kenapa kuahnya sikit sangat? Iyo laaa... memang nampak sikit sebab kita nak tonjolkan ikannya sebagai bahan utama. Nanti bubuh kuah banyak-banyak...nampak macam berenang pulak ikan tu, tak adalah rupa ikan kukus...bertukar pulak jadi ikan rebus...he he heeeee. Ada kuahnya dalam kukusan atas dapur tu.... Dia pun cepat-cepat pergi tengok!
Oh...ya! Untuk gantikan minyak bijan yang habis tadi tu, kita buat bahan sos menggunakan minyak bawang putih. Boleh lihat cara untuk menyediakan sos ini DI SINI.

Resepinya begini ye:


Bahan:
1 ekor ikan kerapu seberat 700 gram
4 cm halia – hiris halus

Bahan untuk sos:
3 biji bawang putih – cincang
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar sos tiram Maggi
½ sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 60 ml air

Bahan hiasan:
hirisan cili / cili padi
2 batang daun ketumbar
2 keping hirisan lemon


Sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan capsicum kuning

 Cara:
1. Bersihkan ikan dan kelar-kelar sedikit. Kemudian toskan hingga kering.
2. Isikan perut ikan dengan separuh daripada hirisan halia.
3. Letakkan ikan di atas dulang pengukus dan bubuh lebihan hirisan halia di atas ikan. Renjiskan sos ikan di atasnya.
4. Jerang air di dalam periuk pengukus hingga mendidih.
5. Kukus ikan selama 7 minit.
6. Sementara itu, goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan. Padamkan api dapur.
7.  Tambahkan sos tiram dan bancuhan air tepung jagung  ke dalam minyak bawang putih tadi dan gaul sebati.


8.    Buka penutup pengukus dan tuangkan secara merata bahan sos (seperti gambar di atas tu.....). Tutup semula pengukus. Biarkan selama 3 minit.
9.    Buka sekali lagi tutup pengukus dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa.
10. Tutup periuk pengukus selama 1 minit lagi dan kemudian padamkan api dapur.
11.  Hidangkan panas Ikan Kerapu Kukus dengan taburan daun bawang, hirisan cili padi dan daun ketumbar di atasnya.
12. Jika suka, boleh renjiskan jus limau nipis atau jus lemon di atasnya.


Pada kita, memang sedaplah Ikan Kerapu Kukus ni sebab makan panas-panas dan rebut-rebut dengan anak-anak he he heee....

Rabu, 18 Mei 2016

Kena Bayar Denda di One Utama Hotel

Petang Sabtu itu, 30 April 2016...
Setelah hampir 1 jam 1/2 mencari tempat letak kereta di bandar Sandakan (waktu itu bandar penuh sesak), akhirnya kami putuskan untuk berpatah balik ke Bandar Utama, Batu 5 memandangkan hari menjelang petang dan tempat penginapan belum ditemui. Hasrat untuk bermalam di bandar Sandakan terpaksa dibatalkan. Teringat pesan Cikgu Johny : Kalau ke Sandakan bermalam saja di Hotel Tyng Garden, depan GIANT. Banyak bilik dan harga pun ok, katanya. Bila kami sampai ke sana, bilik penuh. Kata kakitangan di situ, cuba cari hotel di kawasan belakang GIANT. Kami pun gerak ke sana, dan terpandang One Utama Hotel. Memikirkan hari mula senja, kami pun tak banyak fikir untuk mencari tempat penginapan yang lain. Kalau ada kekosongan bilik, masuk sajalah di situ.

Ya... tidak ada family room. Tak apalah.... kami sewa 2 bilik, untuk kita dan Encik Suami serta Firdaus, dan satu lagi untuk Fairuz dan Fuad. Bilik kami terletak berhadapan.


 Bilik Fairuz & Fuad. 

Bilik kita & Encik Suami & Firdaus.
Dua-dua bilik yang kami sewa memanglah agak sempit, tapi cukuplah sekadar untuk mandi, bertukar pakaian dan tidur sebab kami akan habiskan sepanjang dua hari untuk berjalan-jalan. Sewa yang dikenakan untuk bilik kami ialah RM75 dan bilik budak dua orang tu RM85. Kami menginap selama 2 malam dan deposit sebanyak RM380.00 kami tunaikan.

Hotel bajet...



Walaupun sempit, nak solat pun terpaksa menyelit-nyelit, yang penting budak kecik Firdaus tu dapat merehatkan diri. Cuma...
Yang tak berapa menggembirakan hati pada pagi hari kami check out tu...
Kami dikehendaki bayar RM20 untuk denda kerana mengotorkan cadar dan tuala kaki! Rupanya ada kesan tumpahan kopi di atas cadar di bilik budak berdua tu.
Kata pekerja yang bertugas pagi itu, wang tersebut akan digunakan untuk mencuci cadar. Kita kata memanglah semua hotel akan cuci cadar yang telah digunakan! Tapi kata mereka, wang gaji mereka akan dipotong oleh tuan punya hotel sekiranya mereka tidak menjalankan tugas mendenda kami! Adeeehhhh... 
Kita kata, bukankah denda bayaran hanya dikenakan jika ada barang yang kami pecahkan atau 'terambil' barang seperti tuala hotel.
Tapi Encik Suami malas dan bersoal jawab.... katanya...okeylah, bayar saja!

Inilah antara kesan tumpahan air kopi di atas tuala kaki dan cadar. Kata Fairuz dan Fuad, tumpahan itu berlaku pada hari pertama kami menginap. Firdaus yang tiba-tiba masuk ke bilik mereka...terlanggar Fairuz yang sedang minum kopi. Keesokan harinya sebelum keluar bilik, memang kami letak signboard untuk bersihkan bilik, tetapi cadar dan tuala kaki di bilik anak-anak diletakkan saja di dalam almari...tidak dibawa keluar seperti kebiasaannya.

Inilah pengalaman pertama kena denda sewaktu menginap di hotel. Lain kali kena hati-hati. Walaupun setakat RM20, tapi hati masih mendongkol...bukan pasal duit....tapi!
Bagaimanapun... kita cuba tanya kawan-kawan di FB dan jawapan mereka mengatakan tidak pernah didenda walaupun ada yang tertumpahkan kuah kari. Salah seorang daripada rakan FB mengatakan pernah kena denda sewaktu menginap di Hotel Sandakan tapi kita tak tahu apa bentuk dendanya dan sebab apa, Kita pun pernah menginap sekeluarga di Hotel Sandakan pada tahun 2007. Seorang teman, pernah menginap di Hotel King Park, Tawau. Katanya, setelah memandu meninggalkan hotel beliau ditelefon oleh phak hotel dan memintanya kembali semula ke hotel kerana ada masalah. Rupanya kawan kita, James tidak meletakkan semula tilam yang diturunkan dari katil  Kena bayar RM30.00! Disebabkan panik dan tak boleh berfikir panjang kerana terkejut, James pun bayar denda tersebut! Seorang lagi rakan sekerja, Gee cerita pengalamannya menginap di MB Hotel, Tawau. Ketika urusan check out, dia diminta membayar denda... Gee sempat bertanya...denda apa? Sama seperti James...tidak naikkan kembali tilam ke atas katil! Gee cepat-cepat meminta salah seorang rakan yang bermalam di situ masuk semula ke bilik dan naikkan kembali tilam ke atas katil! Selamatlah Gee.....

Kedua-dua hotel itu... MB HOTEL dan KING PARK HOTEL memang tempat lepak kami sekeluarga saban tahun kalau ke Tawau! Hadeeehhh.... lepas ni kena hati-hati...