ADSENSE

Jumaat, 29 April 2016

Kek Lapis Seri Kinabalu

Bereksperimen lagi!
Dapatlah hasilnya.... Kek Lapis Seri Kinabalu.
Abadikan kenangan dalam sebuah resepi setelah 3 kali daki Gunung Kinabalu... ahaks!
Dan...kek ini juga didedikasikan penuh istimewa untuk teman-teman tersayang di negeri di bawah bayu!

 Alhamdulillah...
Dapat tambah lagi satu koleksi resepi kek lapis.
Kali ini idea datang bersama kenangan di kaki dan di puncak Gunung Kinabalu!

 Kek Lapis Seri Kinabalu ini kita bubuh rasberi fruit filling di bahagian bawahnya supaya ada warna tanah atau bumi yang melambangkan kaki gunung, manakala lapisan keduanya yang berwarna hijau itu kita bubuh kiwi fruit filling. Bila kawan-kawan kita makan, mereka tanya... apa yang rasa macam biji-biji tu... kita kata, itulah kiwi fruit filling. 

Jom tengok resepinya. Kali ini kita gunakan 15 biji kuning telur dan 5 biji putih telur. 

Bahan-bahan:
5 biji putih telur
15 biji kuning telur
100 gram gula kastor
400 gram mentega
200 gram tepung hong kong
20 gram ovallete
300 gram susu pekat manis
200 gram raspberry fruit filling
200 gram kiwi fruit filling
Setitik pewarna biru
Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.
Cara:

Cara:
1. Pukul mentega bersama gula kastor dan ovallete sehingga sebati. Ketepikan.
2. Pukul putih telur sehingga berbuih.
3. Masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul sehingga menjadi pekat dan berkrim.
3. Masukkan mentega yang telah dipukul bersama gula kastor dan ovallete tadi ke dalam adunan
4. Bahagikan adunan kepada 4  bahagian iaiti A, B, C dan D.
5. Untuk bahagian A, tambahkan raspberry fruit filling, manakala bahagian B tambahkan kiwi fruit filling. Tambahkan titisan pewarna biru untuk bahagian C, manakala bahagia D biarkan begitu sahaja tanpa sebarang warna.
6. Ambil dua senduk adunan raspberry fruit filling dan ratakan di atas Loyang kek. Bakar menggunakan api atas dengan suhu 200’C selama 10 minit .
7. Keluarkan loyang kek dan tekan dengan sterika kek. Lakukan begini pada setiap lapisan kek supaya kek tidak menggelembung.
8. Tambahkan satu lagi lapisan untuk raspberry fruit filling, teruskan dengan dua lapisan adunan kiwi fruit filling diikuti dengan adunan berwana biru dan akhir sekali dua lapisan adunan tanpa.
9. Setelah selesai membakar lapisan adunan tanpa warna, ulangi lagi dengan lapisan raspberry, kiwi dan seterusnya.
10. Setelah membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah menggunakan suhu 140’C dan bakar lagi di antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.


Macam biasalah...
Dah siap melapis, kita pun kenalah cari tukang mamamnya....hihihiii...
Kita bawa Kek Lapis Seri Kinabalu ini ke sekolah.... alhamdulillah...licin!
Adapun Kek Lapis Seri Kinabalu ini pernah tersiar dalam Majalah SAJI Edisi April 2016.

Khamis, 28 April 2016

Cantiknya Bunga Orkid @ Anggerik di VSK Nursery!

Semuanya tinggal kenangan!
Reunion SKDML pada 12 Mac 2016 juga sudah menjadi satu memori!
Namun.... bunga-bunga orkid yang indah, cantik menawan di VSK Nursery tetap menggamit kerinduan untuk berkunjung semula ke situ!
Sue....
Terima kasih daun keladi gajah sudi ajak kita singgah di nurseri bunga Sue!
Sue... ada rezeki, lain kalai kalau kita balik kampung, kita nak datang lagi ke rumah Sue... ke nurseri bunga Sue!
Disebabkan terlalu banyaknya jenis pokok bunga di taman Sue, kita tak tahu nak pilih mana satu yang patut dipaparkan! Akhirnya kita pilih bunga-bunga orkid @ anggerik yang sememangnya kita suka...suka sangaaaattt!

Ikut pembacaan kita yang tak seberapa ni, sebenarnya terdapat lebih 22,000 spesies orkid di seluruh dunia!


Rupa dan bentuk bunga orkid yang pelbagai dan unik inilah yang menjadikan ramai penggemarnya memilih untuk dijadikan hiasan di pelbagai sudut dan tempat dar halaman rumah sehinggalah ke hotel! Di lapangan terbang pun banyak pasu berisi bunga orkid dijadikan hiasan yang sungguh menarik mata memandang!



Menanam orkid sebenarnya mudah, tetapi pengjaannya tidaklah semudah yang disangka! Sebab apa kita kata begini.... sebab dulu kita ada 117 spesies bunga orkid! Orkid tanah, orkid hutan, kacukan dan entah apa lagi... akhirnya mati setelah tidak dipedulikan oleh tuannya.... huhuhuuu... sebelum ini semua orkid kita dijada rapi oleh pembantu rumah! Bila pembantu rumah berhenti,..... orkid itu pun terbiar layu! Kini ada dua tiga spesies sahaja yang masih hidup... tapi hidup pun segan silu, mati pulak tak mahu!


Apa yang kita suka tentang orkid ini sudah tentulah selain bunganya yang cantik, tahan pula tak gugur berminggu-minggu di tangkainya!






Wokey...
Kita belanja gambar-gambar bunga orkid dari nurseri bunga Sue yea....
































Selain orkid, banyak lagi bunga lain yang terdapat di sini.












 Terima kasih Yan... sudi bawa kita jalan-jalan tengok bunga di nurseri Sue.

 Selain nurseri bunga yang luas, ada bengkel rupanya di sini... milik suami Sue.

 Pelbagai vespa ...

 Bagi peminat vespa, bolehlah datang ke sini...cuci-cuci mata!

 Vespa yang ini, kata Sue..nilainya RM20,000... vespa kesayangan anak lelakinya.... adee deeehhhhh... harnya! Tapi kalau dah minat...redah aje laaa kan.

Terima kasih Sue... terima kasih Yan.
Lepas ronda-ronda nurseri pagi itu, kami sempat minum di warung berdekatan.

Kita terpikat dengan warna bunga kemboja yang merah menyala!
Sue bagi sepokok... 
Terima kasih Sue... tapi tak dapat bawa terbang sebab dah tak muat bagasi!
Kita tinggalkan di laman Bonda.... moga balik nanti sudah lebatlah bunga!


Kepada peminat orkid @ anggerik dan bunga-buanga lain termasuk buah-buahan, bolehlah datang berkunjung ke nurseri Sue di Jalan Kemuning, Kampung Bukit Kucing, Jeram, Selangor atau lawati facebook Sue di sini : SUE VSK NURSERY.