ADSENSE

Khamis, 31 Mac 2016

Asam Pedas Sedap Atok Sungai Sembilang Klasik Enterprise

Petang itu....14/3/2016.
Belum makan tengahari. Perut pun mula keroncong. Apa tidaknya.... dah pukul 3.30 petang!
Ke sana ke mari anak buah bawa kita cari cendol di serata kampung, tapi tak jumpa! Terakhir...warung di hadapan SKDML... cendol habis!
Kami pun terus membelah jalan raya kampung melepasi Bukit Kucing mengikut jalan tali air terus ke Sungai Buluh, Jeram. Tiba-tiba Yan hantar mesej... tepat pukul 3.45 petang.
Dah makan?
(Kita belum sempat jawab, Yan dah sambung mesej).
Kalau belum, pi kedai asam pedas.
Kita jawab: Belum...ok.
Yan sambung : Dekat dgn kolam pancing sg sembilang.
Kita balas : ok
Yan sambung lagi : Sebelum petronas sg sembilang.
Belok kanan.
Berdepan dengan kolam pancing.
Asam pedas warisan.
Anak buah pun belok ke kanan masuk ke jalan pantai Jeram. Hmmm... kami ni datang dari arah Kuala Selangor ye. Yang datang dari arah Klang, tentulah selepas jumpa petronas, dan belok ke kiri.
Aiikk... mana ada asam pedas warisan? Yang kami jumpa signboard Asam Pedas Atok. Depan kolam pancing.
Ahhh... redah ajelah.

Yan kata asam pedas warisan kan.... agaknya warisan atok kot.... gunakan resepi warisan turun-temurun dalam keluarga.

Dari luar, nampaknya konsep makan secara terbuka... dengan gaya santai, duduk bawah pokok sambil menghirup angin pantai. Wah! Ini sudah cukup bagus...

Melangkah masuk ke bahagian dalam, tersedia kerusi meja yang terletak di celah-celah pokok pisang. Ahhhh... nyamannya! Kalau bawa family atau rakan-rakan makan di sini tentu selesa!

Baru saja tarik kerusi, datanglah seorang adik tu... dengan senyum-senyum ramah tanya kami nak pesan apa. Sementara menunggu pesanan tiba, kita jalan-jalan tengok suasana di sekitar. 

Lupalah pulak nama adik yang layan kami tadi, yang dengan peramahnya menerangkan tentang gambar-gambar yang tertera di hadapan kaunter. Empunya kedai makan, En. Mastuki Bin Kileho namanya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kedai makan ini bolehlah klik SANGGUP NAIK HELIKOPTER NIKMATI ASAM PEDAS. Mesti ada sesuatu yang istimewa tentang kedai makan ini kan......

Si adik yang peramah tadi tunjukkan beberapa jenis ikan segar yang boleh dipilih untuk dimasak. Adeeehhh... besarnya ikan dik! Tak apa dik... lain kali kami datang lagi. Kali ini kami pesan saja asam pedas yang ada sebab perut pun dah semakin berkeroncong!

Ini Puan Azimah, isteri kepada tuan punya kedai makan, Encik Mastuki. Terima kasih sebab sudi layan pertanyaan kita... he he hee. Waktu itu Puan Azimah sedang mengasingkan daun limau purut dari tangkainya. Katanya, kalau nak bercakap dengan suaminya, Encik Mastuki....  beliau ada di meja hujung, berbaju biru. Wah! Sukanya hati kita kalau dapat peluang sembang dengan tuan punya kedai! Bila kita toleh ke belakang, nampaknya Encik Mastuki sedang rancak bersembang dengan beberapa orang lelaki. Kita ucap terima kasih pada Puan Azimah.

Sempat jengok ke bahagian dapur. Nampak ringkas tapi kemas dan bersih. Adik-adik pekerja di sini nampak malu-malu pulak... he he heeee.

Banyak claypot tersusun di dapur. Bekas itulah yang digunakan untuk mengekalkan kepanasan asam pedas yang akan dinikmati pelanggan. Nak tahu lagi tentang kedai makan ini kita belanja maklumat di sini : REZEKI DARIPADA IKAN SEMBILANG.

Makanan yang dipesan pun tiba ke meja tak sampai berapa minit.  Untuk menikmati asam pedas, kami sepakat tak mahu pesan sayur. Haaa... barulah tak ada gangguan... asam pedas aja yang ada dalam mulut! Semuanya pesan minuman air kelapa. Jom buka penutup mangkuk masing-masing....

Tu dia....
Cukup menyelerakan.... lauk asam pedas ikan dengan sepinggan nasi putih, sepotong telur masin dan beberapa hiris mentimun!

 Anak buah kita pilih asam pedas ikan pari.

Kawan anak buah kita pun pesan asam pedas ikan pari juga... haaa kejap lagi kita nak rasa sepotong... sebab kita suka bahagian ikan pari yang dalam gambar di atas tu.

Ini kita punya... asam pedas ikan sembilang. Ada dua ketul dalam mangkuk ni. Kita hantar gambar kat Yan... Yan kata betullah tu tempatnya!

Jom laaa... apa tunggu lagi... dah pukul 4 petang!
Bismillah...

Anak buah kata, tak yah makan ngan sudu... makan jew ngan tangan, baru puas! Suka hati ekau laaa..

Ni kita punya pinggan... jemput ye.
Ada pun, diringkaskan cerita... ikan sembilang kita tu langsung tak ada bau lumpur! Sedap jew masuk tekak he heee.... Memang puas hatilah dengan hidangan asam pedas di sini, sebab cukup lengkap dengan kacang bendi dan tomato! Pinggan nasi pula ditambah dengan mentimun... pandai kami kan, tak perlu pesan sayur! Rasanya kalau ada sayur lain, tak terlarat nak makan kot....

Ini pinggan kami...
Kosong.... licin... tinggal kulit telur masin dengan tulang ikan sembilang!
Tiba-tiba anak buah bersuara:
Emak kan suka asam pedas ikan pari (Bonda kita lah tu maksudnya).
Kita sahut: Okey...okey... kita order satu bbungkus untuk mak!
3 set asam pedas dengan satu set asam pedas bungkus siap dengan nasi serta 3 gelas minuman air kelapa berharga RM49.00.

Dalam perjalanan pulang, anak buah kata:
Kenapa selama ni kita tak tahu ada kedai makan asam pedas di sini ye?
Kami bertiga sepakat mengatakan hidangan asam pedas di sini sedap.
Kita tambah:
Kuahnya tak berserabut dengan daun kesum dan bunga kantan. Asam pedas ni gunakan daun limau purut. Rasanya sedang-sedang saja... he he hee tak sempat korek rahsia resepi daripada Puan Azimah, yang katanya berasal dari Melaka!

Bila cerita dengan adik bongsu kita, katanya dia pun selalu singgah situ makan asam pedas, Kalau tengahari, penuh sesak orang makan di situ... mungkin waktu malam pun keadaannya sama.
Syukurlah...
Kami sampai menjelang petang. Tidaklah perlu berebut tempat dan menunggu lama hidangan yang dipesan.

Tahniah untuk En. Mastuki dan Puan Azimah. Moga perniagaan bertambah maju. Terima kasih layanan adik tadi tu... yang peramah dan mesra pelanggan. In shaa Allah... ada rezeki, kami akan datang lagi.

Rabu, 30 Mac 2016

Kambing Bakar Paling Murah di Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara

Petang itu....
Kami sempat singgah di Warung Kambing Bakar Ayam Penyet. Kalau tak silap, adalah tiga empat atau lima kali adik bongsu kita bercerita tentang kambing bakar... kambing bakar di Meru, katanya. Nak terangkan jalan di sini pun kita tak berapa tahu. Nanti sesat jalan pulak kalau kita yang buat peta ...ha ha haaaaa. Maklumlah kita ni ikut saja ke mana orang angkut!
Kita pujuk-pujuk Bonda ikut sama... jomlah makan kambing bakar mak! Tapi kita bagi tahu Aton, Bonda yang nak makan kambing...hihihiiiii!

Ha... ini dia kambing bakar yang asyik disebut-sebut oleh adik bongsu kita tu! Cuba teka berapa harganya....  Mulanya kita congak paling murah pun RM15.90 dan paling mahal pun dalam RM20.00. Kita sampai sini terus terjah cari tempat duduk, tak sempat nak tengok harga... ha ha haaa!

Sebelum tu.. nak perkenalkan dulu tempatnya. Gambar di atas tu nampak malap jew...faham-faham sajalah hari dah petang, macam mendung-mendung sikit. Warung tu letaknya di Jalan Kasim, Meru, 41050, Klang, Selangor. Patutlah si adik bongsu asyik sebut-sebut pasal kambing bakar tu... rupa-rupanya tak sampai berapa kilometer jauhnya dari rumahnya. Ambik nombor telefon tu ye kalau nak kepastian tentang alamatnya. Mana tahu ada peminat kambing bakar dari luar daerah atau luar negeri yang berminat nak datang sini...

Ini sebahagian daripada kenderaan yang pemiliknya sedang menikmati hidangan kambing bakar di warung ini. Semasa kami sedang makan, kenderaan semakin bertambah! Elok jew tempat parking tu... pandai-pandailah parking kenderaan masing-masing.

 Kata si bongsu, sebelum ini warung ni kecil jew... sekarang sudah berubah... tambah ruang! Maknanya memang si bongsu kita tu peminat kambing bakar yang sentiasa mengikuti perkembangan warung ini!

Dalam dan luar warung pun ada pelanggan duduk menanti hidangan atau sedang menikmati hidangan masing-masing.

Elok jew kedudukan warung ni... di tepi jalan., dan boleh pula duduk berteduh di bawah pokok. Nampak santai jugalah dengan suasana kampung di petang hari. Yang kita nampak, bukan orang kita jew yang datang sini... di belakang ini penuh meja besar dengan pelanggan keturunan India.

Sebelum hidangan sampai, kita terpandang Sekinchan Kelapa Goyang yang terletak betul-betul di depan warung kambing bakar. 

Yang lain dah order minuman masing-masing, kita jew yang belum. Jadi kita nak cuba jugalah apa rasanya Sekinchan Kelapa Goyang tu.

Kita beli satu gelas jew.. harganya RM3.00. Okeylaaa ... taklah manis sangat!

Kambing bakar pun sampai. Kita order tanpa nasi. Bonda pun tak mahu nasi. Si bongsu makan dengan nasi. Daging kambing dihiris nipis. Sosnya boleh tahan pedas, tapi terasa sedap juga. Kita tengok Bonda makan dengan penuh selera sampai habis!

Ni ayam penyet anak buah punya. Katanya sambalnya sedap! Kita pujuk makan kambing bakar, dia tak mau. 

Satu lagi, kawan anak buah order bakso. Katanya, rasanya agak tawar... ha haaaaa pandai-pandailah bubuh tambah segala kicap dan cili ye Tri!

Ketika kita makan, Atomn telefon... katanya nak datang ke sini tapi akhirnya tak dapat datang sebab traffic jam . Kita belikan Aton sebungkus kambing bakar. Bila kita nak bayar, barulah kita tengok harga kambing bakar. Masha Allah.... terkejut beruk juga kita.... hanya RM9.00! 
Si bongsu kata, sekarang harga dah naik. Dulu RM8.50. 
Apa pun, memang puas hatilah dengan harganya tu... sebab mana lagi nak cari tempat kambing bakar dengan harga serendah RM9.00!
Aton sempat pesan, lepas makan kambing bakar jangan lupa singgah makan ABC 7 tingkat di Jalan Kopi, dekat-dekat situ juga. 
Kita pun pergilah nak cari ABC 7 tingkat, tapi warung tutuplah pulak! Lain kalilah ye....

Eiii... jahatnya anak buah! 
Kita dah sampai LD, dia hantar pulak gambar ABC 7 tingkat tu.....geramnya!

 Eehhh... tersasul pulak dari kambing bakar ke ABC 7 tingkat!


Ada rezeki nanti kita nak bawa Encik Suami dan anak-anak makan kambing bakar di sini. Jangan tak tau...bujang-bujang kita tu hantu kambing tau...Farid, Fuad dan Fairuz! Firdaus belum nampak belangnya lagi hihihii.....

Kari Rebung Dengan Perut

Baru sempat paparkan hasil masakan... kari rebung dengan perut yang simple dimple. Bonda kata, kalau dah berjalan ke sana ke mari, tak sempatlah nak masak... memang betul tu! Pagi-pagi dah keluarkan rebung dengan perut, tak lama kemudian ada kawan mesej ajak keluar sarapan. Belum sampai rumah, Aton pulak angkut kita pergi Shah Alam. Adeeehhhh.... Bonda senyum-senyum jew tengok kita ke hulu ke hilir..... tak juga masak-masak! Asyik-asyik bawa lauk bungkus dari kedai!
Hari Isnin tu... sebelum kita merayap dengan anak buah, kita memang dah nekad nak masakkan rebung tu untuk Bonda. Bonda nak masakan kari yang tak berapa pekat. Cair-cair sikit katanya. Wokey...boleh Bonda.

Sebelum anak buah sampai pukul 11 pagi, kita dah siap masak. Bonda tanya, nape potong rebung besar-besar... Kita kata, kita masak lama sikit, nanti empuklah tu. Hiris nipis macam tak ada rasalah pulak... itu selera kita laaa... ahaks! Kita gunakan rebung madu. Perutnya pula, kita beli perut yang dah siap rebus. Jadi, taklah lama sangat masa memasaknya.
Wokey...kita tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
500 gram rebung madu - potong ikut ketebalan yang disukai
700 gram perut yang siap dicelur -
4 sudu besar serbuk kari daging
800 ml santan cair
200 ml santan pekat
garam / gula / perasa pilihan
1/2 cawan minyak

Bahan kisar:
7 biji cili kering - kalau nak pedas boleh tambah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Bahan penumis:
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
3 tangkai daun kari
3 kuntum cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil jintan manis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan bahan penumis. Kacau rata dan biarkan sehingga terbit bau.
3. Tambahkan serbuk kari. Perlahankan api dapur dan masukkan sedikit air jika tumisan terlalu kering.
4. Kemudian masukkan rebung bersama perut. Kacau rata dan masukkan santan cair. 
5. Setelah perut dan rebung empuk / masak, tambahkan santan pekat dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Bonda kita nak kuah cair, jadi kita pun buatlah yang cair sikit... tapi tetap sodap!

Selasa, 29 Mac 2016

Aroma Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.

Suatu ketika dahulu, kita pernah cerita tentang MENYUSURI KENANGAN DARI PANTAI JERAM KE PANTAI REMIS. Maklumlah, di sinilah kita menghabiskan sebahagian daripada usia remaja dengan menimba ilmu, bermain di gigi air ... mengejar ikan belacak dan mengorek pasir mengutip remis abad yang lalu... abad ke 20!
Kita juga datang ke sini setiap kali pulang bercuti di kampung, tapi belum berkesempatan untuk duduk santai bersama keluarga menikmati hidangan sama ada di Restoran Aroma Ikan Bakar atau sebuah lagi restoran di sebelahnya, Medan Ikan Bakar Pantai Jeram.
Banyak jugalah kita baca tentang peminat seafood yang datang ke Aroma Ikan Bakar. Ada yang sangat berpuas hati dengan rasa dan harga, ada pula yang rasa kecewa dengan layanan yang kurang memuaskan, hidangan yang tidak menepati selera dan macam-macam lagi.

Sebelum itu kita jalan-jalan dulu menyusuri Pantai Jeram dengan anak buah sampailah ke Pantai Remis ...aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan setiap kali kita balik kampung. Pada mulanya kita cadang nak bawa Bonda makan malam di Aroma Ikan Bakar. Pada mulanya juga anak buah kita tak mahu datang ke sini, sebab katanya pernah dia datang tapi pesanan yang diminta tidak sampai-sampai.... sehinggalah anak buah kita terpaksa tinggalkan restoran tu... mungkin waktu itu pelanggan terlalu ramai sampai terlupa pesanan anak buah kita tu!

Ini gambar tahun 2014 yang sempat kita tangkap pada waktu siang. Sambung cerita... satu jew yang kita nak makan di sini... kerang bakar! Lama sangat tak makan kerang! Bonda kata sekarang kerang naik harga. Semasa kita ke Pantai Remis sebelah petangnya, gerai kerang bakar yang selalu kita kunjungi tutuplah pulak! Nampaknya, pilihan seterusnya...kenalah ke Aroma Ikan Bakar pada sebelah malamnya.

Kami sampai di sini lebih kurang pukul 8 malam. Ini pun gambar tahun 2014 sama seperti di atas...


Tempat letak kereta pun nampak lengang. Anak buah parking kereta betul-betul di hadapan restoran ini. Tak ramai orang kan... seperti kebiasaan yang ditulis oleh blogger dan peminat seafood ketika berkunjung ke sini.

 Di sinilah tempat untuk memilih hasil laut yang masih segar.

Kita pilih dulu meja tempat makan. Lepas tu kita pergi ke tempat makanan laut. Kita tak pilih apa-apa. Kita cuma nak makan kerang bakar. Sayangnya malam tu tak ada sebijik pun kerang! Yang ada sebungkus kupang. Anak buah pilih ikan, ketam, udang dan sotong. Entah pesan masak apa, kita pun tak tau.... he he heee sebenarnya kita masih letih asyik diangkut ke sana ke mari oleh kawan-kawan di siang hari. Maklumlah... baru buat perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah rendah pada hari Sabtunya, kononnya tak puas lagilah sembang-sembang dengan kawan-kawan.

Kita duduk di bahagian dalam restoran tapi taklah masuk ke dalam... kesian Bonda kita nanti kalau kena jalan jauh.

Bila nampak gambar buah-buahan ni terasalah segarnya tekak kalau dapat hirup jus buah... slurrppppp!


 Lengang!

 Tak lama kemudian, mulalah datang pelanggan, semakin lama semakin ramai!

Jus tembikai yang dipesan pun sampai. 1 jug berharga RM15.90. Cukuplah untuk 5 orang. Masalahnya... kita ni kuat minum air buah... entah berapa gelas kita sendiri yang teguk!

 Pesanan pertama pun sampai. Udang Goreng Mentega : RM50.35.

 Pesanan kedua pula menyusul tidak lama kemudian. Sotong Goreng Tepung : RM33.39.

Anak buah pesan 5 mangkuk tom yam tapi yang datang 2 mangkuk. Harga? Itu yang kami konpius! Nanti kita cerita di bawah ehh...

Ketam pun sampai... tak tahulah anak buah suruh masak apa.  RM44.89.

Kami pun mula makan. Ikan bakar belum sampai lagi. Kita tak makan nasi. Kita ratah sotong dengan udang jew..... Ketam? Kita makan telur ketam jew... malas nak pegang ketam pakai dua tangan he he heee... Rasa perut penuh sangat... sebab sebelum tu dah minum bergelas-gelas air tembikai! Tapi... dalam hati tetap berkata : kenapalah tak ada kerang bakar!

 Di pertengahan jalan, datanglah pula ikan mambong nan 2 ekor... RM10.54.

Disusuli dengan sepotong ikan pari bakar dengan harga RM17.73. Agaknya si anak buah terlampau banyak pilih  sampai tak larat nak makan ikan bakar.... Ikan bakar mambong dengan pari tu terpaksa dibungkus sebab tak sempat diusik! Jangan risau dan jangan segan kalau tak habis makan... boleh tapau bawa pulang. Bungkusan memang disediakan. Yang lucunya, si adik pelayan  siap bungkuskan lebihan nasi!

Alhamdulillah....
Tercapai juga hasrat nak bawa Bonda makan-makan di sini. 
Kita tanya Bonda...
Sedap tak?
Bonda kata : Sedap.
Memang kita tengok Bonda sangat berselera meratah isi ketam!
Kita cuma ratah udang dengan sotong saja  tau... Konon nak hirup tom yam, tapi 5 mangkuk yang dipesan, 2 mangkuk saja yang tiba di meja!

Kalau Bonda kata sedap, lain kali kita datang sini lagi yea... Harap lain kali keadaannya sama seperti ini, tidak lama menunggu pesanan!


Harga termasuk GST : RM204.60.
Kita simpan bil, dan bila nak buat paparan.... kita dapati tom yam yang pada mulanya kita pesan 5 mangkuk tapi sampai ke meja hanya 2 mangkuk, sedangkan dalam bil ditulis 4 dengan harga sebanyak RM25.44. 

Malam esoknya, seorang rakan bawa kita ke Pantai Jeram. Dia minta cadangan kita nak makan di mana. Kita kata, semalam dah makan di Aroma Ikan Bakar, apa kata malam ini kita makan di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram pulak. Sayangnya Medan Ikan Bakar tutuplah pulak....
Kami terus menuju ke Aroma Ikan Bakar sekali lagi. Kawan kita nak pilih makanan laut, tapi kita kata  kita nak makan Mee Ladna dengan jus nanas pula. Kawan kita pun order menu yang sama. Harga.... tak tahulah pula sebab kawan yang belenja... ngeeeee!