ADSENSE

Jumaat, 2 Disember 2016

Udang Masak Lemak Tempoyak Dengan Kacang Bendi

Hari ini sempat menyelinap ke dapur untuk masak! Fuad pula bila nampak Amie olah ikan, bukan main suka hatinya! Biarlah cuti kali ini dia makan ikan sepuasnya. Tak susah mana pun nak masak ikan, goreng saja! Yang penting ada ikan. 
Malam ini sementara menunggu Fairuz sampai (sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau ke LD), Amie kongsikan menu yang sangat ringkas, tapi sodap sampai menjilat jari! Jom tengok macamana Amie siapkan Udang Masak Lemak Tempoyak Dengan Kacang Bendi. Main lebur jew dalam satu periuk...ahaks!


Bahan-bahan:
20 ekor udang kertas saiz sederhana besar - bersihkan
10 batang kacang bendi - bilas terlebih dahulu dan toskan - kemudian potong dua
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 sudu besar tempoyak
1/2 biji kelapa - kisar dengan 3 cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
20 biji cili padi kampung
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Cara memasak:
1. Masukkan santan, udang serbuk kunyit, tempoyak dan semua bahan tumbuk dalam periuk.
2. Jerang di atas api sederhana.
3. Kacau sekali-sekala sehingga kulit udang berubah warna.
4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan kacang bendi dan hirisan daun kunyit. Kacau lagi supaya tidak pecah santan sehinggalah kacang bendi bertukar warna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.

Mudah sangatkan? Main campak-campak jew. Tapi percayalah... tersangatlah sodapnya!

Tiada ulasan: