ADSENSE

Khamis, 8 Disember 2016

Kuih Cara Inti Gula Melaka

Selamat petang semua...
Yang tersesat ke sini, Amie hidangkan minum petang dengan sepiring Kuih Cara Inti Gula Melaka. Jemput ye...


Bahan-bahan (untuk batter):
250 gram tepung gandum - diayak 
450 ml santan - boleh juga gunakan susu
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur gred A
parutan gula melaka secukupnya
50 ml jus daun pandan
sedikit minyak dan simpulan daun pandan untuk mengglis acuan

Cara menyediakan batter:
1. Bancuh bahan batter dengan telur dan santan. Adun hingga rata dan kemudian masukkan baki santan.
2. Tuang batter ke dalam jug penyukat.


Cara memasak kuih cara:
1. Panaskan acuan kuih cara.
2. Sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan.
3. Tuangkan batter hingga setengah penuh.
4. Masukkan dengan cermat 1/4 sudu teh gula melaka.
5. Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.
6. Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung periuk) dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
7. Cungkil tepi kuih dengan lidi dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
8. Ulangi hingga batter habis. 
 


Jemput!

1 ulasan:

Phong Hong berkata...

Amie, kuih cara is one of my favorite kueh. Teringin sangat nak makan. Bila senang nak cuba resipi Amie.