ADSENSE

Ahad, 4 Disember 2016

Cendawan Telinga Masak Lemak

Tak tahu nak panggil nama apa cendawan yang satu ini. Bila tanya pak google, ada yang panggil cendawan telinga gajah. Ada yang kata cendawan telinga tikus. Ada pula katanya cendawan awan. Yang pasti buka cendawan telinga kera. Jadi Amie bubuh nama cendawan telinga sajalah....ahaks! Kalau tak silap, cendawan telinga tikus tu!
Amie masak lemak putih campur dengan udang, sayur kacang buncis dan lobak merah. Asyik masak lemak saja semenjak dua menjak ni. He he heee... sengaja nak habiskan stok sebiji kelapa parut dalam peti sejuk tu. Sekarang ni harga sebiji kelapa bukan main mahal! Dio Pasar Sri Perdana, sebiji RM3.00. Jadi kena belajar jimat-jimatlah. Sebiji tu boleh gunakan 2 atau tiga kali masak untuk hidangan kecil seperti keluarga kami. Boleh juga gunakan santan kotak, tapi terpulanglah pada cita rasa masing-masing. Amie lebih suka santan segar sebab rasa masakan lebih menonjol lemak manisnya. Cuma kena ringankan tulang kisar kelapa parut tadi. Kalau kelapa parut beku, rendamlah sebentar dengan air suam-suam panas. Kalau kita kisar, memang akan dapat santan kelapa yang pekat.

Bahan-bahan:
10 kuntum cendawan telinga tikus - rendam hingga kembang - bersihkan dan potong 2
10 batang kacang buncis - hiris serong
1/2 batang lobak merah - hiris memanjang seperti batang mancis
2 biji cili hijau - hiris
1 cawan isi udang segar
1 batang serai - dititik
1/2 biji bawang besar - mayang kasar
1/2 biji kelapa - tambah 3 cawan air - kemudian kisar - tapis santan
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk :
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara memasak:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan tumbuk, bawang besar,  serai, cendawan telinga tikus, lobak merah, udang dan hirisan cili hijau.
2. Masak di atas api sederhana. Kacau sekali-sekala supaya tidak pecah santan. 
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur kacang buncis, 
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Setelah sayur kacang buncis berubah warna, padamkan api dapur.

Anak-anak suka kuah lemak putih , sama macam Mommynya juga!

Tiada ulasan: