ADSENSE

Sabtu, 24 Disember 2016

Bercuti ke Surabaya : Penanjakan - Bromo - Malang (5) : Naik Kuda di Gunung Bromo!

Mukadimah:
Sepanjang abad 20 dan abad 21, Gunung Bromo telah meletus sebanyak beberapa kali, dengan urutan waktu yang teratur, iaitu 30 tahun. Letusan terbesar terjadi pada 1974, manakala letusan terakhir berlaku pada 2015 - sekarang.
Sejarah letusan Bromo: 
2015 - 201620112010200420011995198419831980197219561955195019481940
1939193519301929192819221921191519161910190919071908190719061907
1896189318901888188618871886188518861885187718671868186618651865
1860185918581858185718561844184318431835183018301829182518221823

Sebenarnya nak tengok kawah Gunung Bromo atau nak naik kuda? Apa pun, Amie belanja dulu video ratu Bromo naik kuda di bawah ni...hihihiiii!

Tapi kalau nak tahu cerita kami, boleh klik entri sebelumnya di sini:
Bercuti ke Surabaya (4) : Gunung Batok

Tonton video ini dulu ye... Klik di sini : MY BROWNIES


Hakcipta Terpelihara : Noor Akmi Bahari

Gunung Bromo terletak di antara lembah dan lautan pasir dengan keluasan kira-kira 10 kilometer persegi. Kawah Gunung Bromo lebih kurang 800 meter utara-selatan dan lebih kurang 600 meter timur - barat. Manakala kawasan bahayanya pula lebih kurang 4 kilometer dari pusat kawah Bromo.

Apa istimewanya kawah Gunung Bromo sehingga disebut sebagai tempat tarikan utama para pelancong, sedangkan berdiri gagah di hadapannya ialah Gunung Batok yang tidak kurang cantiknya?


Menurut beberapa sumber (lihat rujukan di bawah), Gunung Bromo terkenal bukan kerana ia gunung tertinggi seperti Gunung Semeru atau Gunung Merapi (Jogjakarta), tetapi kerana manusia boleh sampai ke tepi kawahnya! Kawah Gunung Bromo. Selain itu Gunung Bromo juga dikatakan unik kerana ia merupakan gunung berapi di dalam gunung berapi! Oh! Umpama mimpi dalam mimpi pulak dah atau cerita berbingkai! Faham ke tak faham ayat Amie ni....hiks!

Sumber : http://bromodotcom.blogspot.my/2014/05/kawah-gunung-bromo.html

Gambar : Google
Letusan Gunung Bromo pada tahun 2011

 Wokeh!
Tunggu apa lagi?
Katanya nak tengok kawah gunung berapi Bromo!
Kuda pun nak lama menunggu!

Sebelum itu, tengok dulu pemandangan sekitar. Selain kuda, ada ojek dan juga penjual t-shirt di sini. Tapi Amie nak kongsi sedikit info di sini, tentang masyarakat Jawa Tengger yang mendiami kawasan pergunungan Bromo.





Suku Tengger ( sub suku Jawa) tinggal di sekitar kawasan pergunungan Bromo - Tengger - Semeru - dan menempati sebahagian wilayah Kabupaten Pasuruan, Kabupaten Lumajang, Kabupaten Probolinggo dan Kabupaten Malang. Bapak yang sedang memegang tali kuda di atas itu, merupakan salah seorang daripada suku Jawa Tengger. Bahasanya sangat sopan, dan budinya terlihat luhur sekali! Setiap pertanyaan Amie dijawab dengan santun, dengan suara merendah dan penuh pekerti. Melalui pembacaan tambahan, dapatlah disimpulkan di sini bahawa Tengger bermaksud berdiri tegak atau berdiam diri tanpa gerak lantas melambangkan watak orang Tengger yang berbudi pekerti luhur dalam kehidupan mereka. Tengger juga bermakna pergunungan, sesuai dengan daerah kediaman suku Tengger. Jika anda menghayati cerita Roro Anteng & Joko Seger, Tengger berasal dari gabungan nama nenek moyang suku Tengger iaitu Roro Anteng dan Joko Seger!
Amie naik Royo, kuda yang sedang dipegang talinya oleh Bapak di atas itu!


Memang kami bercadang untuk naik kuda apabila tiba di sini! Bukan sebab tak larat nak jalan 3 kilometer naik ke gunung, tapi sebab nak merasa naik kuda! Seumur hidup inilah peluang pertama dapat naik kuda! Jadi, yang datang ke sini jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bayarannya 150,000 rupiah bersamaan dengan RM50.00 duit kita (tapi tukaran matawang Amie kena tambah sikitlah...).
Mula-mula memanglah rasa tak selesa, takut terjatuh dan sebagainya! Maklumlah bukan penunggang kuda profesional! Masing-masing berteriak kerisauan! Kalau jatuh nanti macamana????
Tidak jatuh... tenang saja. Itu pesan Bapak empunya kuda. Sebenarnya bapak-bapak di sini bukan pemilik kuda tetapi menyewa dari tuan punya kuda. Sewanya sehari 30,000 rupiah. Makan minum kuda semua ditanggung oleh penyewa kuda. Kalau musim ramai pelancong datang, banyaklah pendapatan mereka tapi kalau tidak ada rezeki, 4 atau lima hari pulang dengan tangan kosong tetapi kos makan minum kuda tetap ditanggung penyewa tadi!

 Penunggang kuda amatur!

 Cikin kata dalam hati: Akulah orang pertama yang akan jatuh dari kuda!

Mengingat kata-kata Cikin yang sedang menunggang kuda di hadapan Amie, dalam hati Amie kata : selagi Cikin tak jatuh, aku pun tak jatuh. Kalau Cikin jatuh kuda, aku pun tak segan-segan nak jatuh...hohohoooo!

 Eh!
Mana yang lain?
Nano dan ibunya?
Ramle dan isterinya?
Akmi?
Jusna?

Rupanya Bapak empunya kuda tunggu Amie simpan kamera dulu, dan mesti pegang tali kuda sebelum meneruskan perjalanan. Betul juga tindakan Bapak itu, sebab kita tak boleh seimbangkan badan kalau buat kerja di atas kuda. Sudahlah asyik berteriak kalau badan sedikit teroleng! Pada masa inilah kawan-kawan yang lain sudah berjalan dengan kuda masing-masing!
Itu pura, kata Bapak empunya kuda.
Oh!
Pura?
Serba sedikit Bapak empunya kuda bercerita tentang pura sambil menuntun kuda yang Amie tunggangi.
Penduduk suku Tengger percaya bahawa Gunung Bromo merupakan gunung suci. Mereka akan mengadakan upacara Kasodo atau Yadnya Kasada setahun sekali di pura tersebut. Upacara yang diadakan di bawah kaki gunung ini  diadakan pada tengah malam hingga dinihari setiap bulan purnama setiap 14 atau 15 haribulan mengikut takwim atau tarikh  / kalendarJawa.
Oh! Bulan purnama.... sama namanya Hadi Purnomo, pemandu jeep kami yang sedang menunggu kepulangan kami dari meninjau kawah gunung Bromo nanti!

 Cikin tak boleh nak toleh ke belakang dah! Apa nama kudanya tu... Subur atau Mendung? Opppsss! Salah rupanya... kata Jusna nama kuda Cikin tu Leko!


 Jusna pun teragak-agak nak toleh belakang... ha ha haa Amie datang dari arah belakang! Apa nama kudanya tu... Lekor kah Jusna?
Bukan Lekor kata Jusna.
Kuda saya namanya Subur...oooo! Subur ye...

 Lekor pun Lekorlah eh! Silap... Subur! ...janji boleh naik sampai atas nun!


 Faiz ... beraninya pegang tali kuda sebelah tangan! Kalu Amie tu dah lama terpelanting dah! Tak tahu rupa apa dah...hahahaah!

 Akhirnya kami tiba ke destinasi. Ini Brownies...kuda Akmi.
Bukan main seronok lagi Akmi bercerita pasal Browniesnya yang cantik tu!

 Ramai juga yang berulang-alik naik turun gunung dengan menyewa kuda!

 Setelah penumpang kuda neneruskan perjalanan menaiki tangga, tuan punya kuda duduk di sini menunggu. 


 Nun di atas sana, 250 anak tangga setinggi 50 meter perlu didaki untuk sampai ke atas

 Tak nampak dah batang hidung Ramle dan isterinya!

 Tiba-tiba Nano pula muncul di belakang tu!

 Tak silap pandangan, itu dia Ramle dengan isterinya berbaju pink sudah mendekati anak tangga!

 Kami pun sudah bersedia untuk mengira anak tangga!


 Tengok kiri kanan dulu...

 ...dan terus ke hadapan!

 Kadang-kadang angin bertiup kencang! Tertutup sebahagian pemandangan di atas. 

 Ketika ini Amie baru pasang topeng penutup hidung. Tak tahan bau belerang!

 Tiupan angin yang membawa bersama bau belerang yang menusuk turut memedihkan mata!


Ramle dan isteri turun semula walaupun hanya naik sehingga pertengahan jalan. Katanya, keadaan sangat bahaya dengan bau belerang, tiupan angin yang membawa debu serta keadaan di atas yang kabur. Kawah gunung berapi tidak dapat dilihat akibat kabus tebal! Memikirkan betapa bahayanya gas belerang terhadap kesihatan, Amie dan Cikin segera menjauhkan diri dari tiupan kabus yang bercampur debu! Oh! Bukan hanya gas belerang sahaja yang berbahaya dari gunung berapi, tetapi debu tersebut turut membawa gas hidrogen sulfida dan karbon dioksida!
Sempat batuk-batuk sedikit selain pedih mata.
Jom lari ke bawah Cikin!



 Kita tengok sajalah bekas laluan larva gunung berapi di sini...


Ni kena study semula kalau nak tahu kesan latusan gunung berapi. Tertingat dulu di bangku sekolah, guru Ilmu Alam (dulu Geografi disebut Ilmu Alam) bercerita tentang proses letusan gunung berapi!

 Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi serta makhluk-Nya!

Bila kami toleh ke belakang, semua rakan turun semula ke bawah! hanya mampu naik hingga ke pertengahan jalan sahaja akibat tida sanggup menahan panahan kabus penuh  debu gunung berapi! Nampaknya debu-debu bertempelan di tudung mereka!


Kami bersiap sedia untuk turun, dan sibuk mencari kuda masing-masing! Bapak empunya kuda Amie turun membwa penumpang lain. Sebenarnya ada yang tak mahu naik kuda tetapi bila nak turun nak naik kuda pula. Jadi, sementara menunggu kami turun dari tangga tuan empunya kuda pun hantar pulang penumpang baru! Ketika itu Amie memang pegang kertas bertulis nama Royo! Nama kuda yang Amie tunggangi. Datang seseorang membawa seekor kuda ke hadapan Amie, dan katanya Amie boleh naik kudanya. Amie kata kuda Amie Royo, tapi katanya, sama saja dengan kudanya. Nanti bayarannya akan dibahagi dua dengan Bapak empunya kuda tadi. Oh. Begitukah?
Waktu turun dari gunung, rasa selesa pulak naik kuda! Tidak sama seperti mula-mula tadi. Sebenarnya tak perlu takut jatuh sebab Amie lihat kaki kuda ni 'sopan-santun' teratur. Jalannya pun macam pramugari, seimbangkan badannya! Kita jew yang tak pandai seimbangkan badan....ahaks!



Terima kasih Andy Purnomo! Alamak namanya pun sama dengan nama Hadi Purnomo yang bawa jeep tu. Dah keliru dah ni... sebenarnya tak pasti yang bawa jeep itu Hadi atau Andi! Yang penting hujungnya ada Purnomo! Wah! Nampaknya nama Hadi, Andy Purnomo memang terkenal di sini!

Sebelum tinggalkan kawasan ini, terutamanya kuda-kuda itu... ambillah gambar sebanyak-banyaknya buat kenangan!

 Sayang betul Akmi dengan Browniesnya!
Ada pun menurut Bapak empunya kuda yang bawa Amie naik gunung tadi tu, kuda-kuda yang kami naiki datangnya dari Sumbawa.
Bila Amie tanya pak google, memang kuda-kuda ini dari Pulau Sumba. Kononnya moyang kuda-kuda ini ialah kuda Arab yang dikahwinkan dengan kuda poni lokal.

 Haa.. ikut suka koranglah nak wat aksi cemana pun!

Cerita kami tak habis di sini tau.
Dah lenguh menaip ni.
Berhenti dulu di sini
Jangan lupa ikuti entri seterusnya.

Entri berkaitan :

Tiada ulasan: