ADSENSE

Jumaat, 23 Disember 2016

Bercuti ke Surabaya : Penanjakan -Bromo-Malang (1) Lahad Datu-Tawau-KLIA2-Surabaya

Agar kenangan itu tidak terus lenyap begitu saja, Amie abadikan segalanya di sini walaupun agak terlewat! Tugas yang terpikul di bahu perlu dilaksanakan terlebih dahulu, biarpun hati dan perasaan sentiasa terkenang percutian pendek yang telah berlalu!
Nah!
Akhirnya Allah memberi keizinan untuk Amie melakar kenangan itu di sini. Kalau ditangguh lagi, mungkin banyak perkara yang Amie akan 'terlupa' maklumlah kotak memori pun dah mula lusuh ha ha haaa... Sebenarnya, ada lagi tugas lain yang perlu diselesaikan ketika ini tapi pandai-pandailah curi masa nak sapu sawang kat blog ni kan....ahaks!
Nak memulakan cerita memang agak sukar... tapi mulakan sajalah begini:
Pukul 1 tengahari Amie bersama Jusna bertolak dari Lahad Datu ke Lapangan Terbang Tawau dengan menaiki teksi. Selepas solat Asar kami berehat di musolla seketika dan kemudian bergerak menuju ke pintu masuk...opppsss! Baru pukul 5 petanglah pulak. Boarding time pukul 6.10!

Lepak dululah di Gloria Jeans Coffees cari minuman panas.

Alas perut dulu dengan sandwich.

Sambil hirup cappucino.


Maka bermulalah musafir di senja hari...

6.50 kami terbang.
Oh! Ya... hari itu hari Selasa,bersamaan 13 Disember 2016.
Alhamdulillah.. selamat mendarat di KLIA2 tepat 9.30 malam.
Perut memang dah mula keroncong! Mana cukup makan sandwich dengan cappucino segelas yang tak habis di hirup tu!

Singgah dulu di Quizinn untuk isi perut!
Banyaknya pilihan gerai dan makanan sampai tak tahu mana satu nak pilih!
Akhirnya Amie pilih Penang Curry Chicken Laksa dengan Mango Float.


Suka tengok cili jeruk ni... dihidangkan bersama Thai Chicken Noodles, hidangan pilihan Jusna.


Kami berehat seketika di surau, tetapi kemudian keluar semula.  Menjelang tengahmalam, Faiz pula mendarat, terbang dari Kedah. Lepak seketika di Texas Chicken sementara menunggu kedatangan yang lain. Kami kembali ke surau, tapi menjelang pukul 3 pagi kami keluar semula setelah Nano sampai. 

Belajar mengira matawang IDR...huhuhuuu matawang kita makin jatuh nilainya! Kami mendapat jumlah yang berbeza setiap kali tukar wang! Bukannya makin bertambah, tapi jumlahnya semakin rendah! Semasa menukar wang di Lahad Datu, Nano dapat nilai paling tinggi, tukar RM1,000 dapat IDR 3,330,000. Amie pulak tukar nilai yang sama dapat IDR 2,980.000. Kesian pulak Jusna, turun lagi nilainya  RM1,000 dapat  IDR 2960,000. Amie tukar lagi RM500 dapat rendah lagi dari Jusna! 

Nampaknya tak boleh langsung lelapkan mata walaupu rasa letih! Adeeehhhh! Jusna..ini penangan cappucino di Tawau!


Dah bosan mundar-mandir di beberapa tingkat di situ, kami sepakat mencari minuman panas pulak sementara menanti waktu Subuh.

Lepaklah kami bertiga di Kluang Station. Faiz entah ke mana!


Nano dengan Jusna dengan dua ketul karipap dan air kopi!

Amie nak cuba nasi lemak di sini. Terasalah macam makan sahur pulak dah!

Nasi lemaknya memang sedap, sambalnya agak berbeza sedikit. Yang menariknya ada ikan kering bersama kacang tanah dan ikan bilis! Sepinggan berharga RM16.89 sen. Tambah service charge 10% dan GST 6%... kalau rajin kira, dapatlah berapa RM harganyanya tu!

Waktu Subuh  pun tiba...
Muncul Akmi (baru sampai dari Melaka) dan juga Cikin (dari Terengganu). 

Dipendekkan cerita kami pun berjaya melepasi pemeriksaan imigresen dan menunggu untuk terbang ke Surabaya walaupun penerbangan lewat 10 minit. Ada berapa orang semuanya tu?  8 orang ...

Tambah lagi seorang, Faiz... jadi 9 orang!
Berangkatlah kami dengan menaiki pesawat QZ 321 ke Surabaya.
Dah tak ingat apa dah! Sebaik saja duduk di bangku kapal terbang, mata pun terus terlelap! Rasanya hanya 2 minit tertidur, terdengar pula pengumuman kapal terbang akan mendarat sebentar lagi!

Sementara menunggu kapal terbang betul-betul berhenti di landasan, sempat pula belek menu makanan... ha ha haaa! Sebab dah kenyang makan nasi lemak di KLIA2, memang dah tak ingat nak pesan apa-apa makanan lagi dah!  


Ambil gambar sekadar untuk kenangan saja.



Kalau dah minatnya ke arah masakan dan makanan, memang tak lepas peluang rakam gambar makanan yang cantik begini!


Sebaik tiba di Bandara (singkatan Bandar Udara) Juanda, Surabaya. Masuk bilik air. Nak bagi tahu, tandasnya sangat bersih, wangi dah cantik! Dan paling suka di tepi tempat tandas duduk tu, ada paparan di atas tu!

Wokeh!
Semuanya sudah berkumpul, bertemu di gerbang kedatangan.

Dan dengan mudahnya kami terus bertemu dengan Pak Bachtiar, pemandu pelancung kami. Tak susah nak kenal sebab di tangannya terpapar tulisan : Bpk RAMLE MALAY! Siapa Bapak Ramle itu? Ha ha haaa...
Dalam gambar di atas tu tak ada pulak muka Amie! Nanti dah tua-tua, cucu baca entri ni, tanya pulak : Mana muka nenek?

Ha... ini dia muka nenek sudah menempel di celah-celah kawan-kawan yang lain!

Kami dibawa keluar dari gerbang kedatangan.

Menunggu kenderaan untuk membawa kami ke destinasi seterusnya. Oh! Ya... kami tiba di bandara lebih kurang pukul 11.0 pagi.... lebih sikitlah! (Tak buat catatan dan tak tengok jam!)

Banyak pulak warna biru disini... teksi warna biru. Bas pelancongan pun warna biru!

Bas kami pun warna biru!
Wokeh! Jumpa lagi dalam catatan seterusnya!

Entri berkaitan :

Tiada ulasan: