Bercuti ke Surabaya (11) : Taman Selecta

10:45 PG

Kebun Apel kami tinggalkan.
Dalam hati berkata : Kalau ada rezeki dan kesempatan, akan berkunjung lagi ke sini! Mudah-mudahan. Aamiin.
Kini bas pariwisata menuju ke Taman Selecta yang terletak di  Desa Tulung Rejo, Bumiaji, Tulungrejo, Kota Batu, Malang.


 Jom masuk!


Di belakang pintu masuk taman ini, sebuah patung besar  sedang duduk menyambut kedatangan pengunjung. Melihat kepada kedudukan jari tangan patung itu, Amie rasa ia patung Buddha, berdasarkan pemerhatian Amie sewaktu melawat Candi Borobudur di Jogjakarta beberapa tahun lepas. Sama halnya semasa mengunjungi Air Terjun Grojogan Sewu, terdapat  dua patung Hindu  / Buddha di tempat tersebut. Sesiapa yang berkunjung ke daerah ini, memang tidak dapat lari dari melihat kesan-kesan dan pertembungan budaya dan agama. Sama seperti ketika berada di Keraton Jogjakarta.



Kalau rajin bolehlah lawat kesemua tempat di atas tu. Ada flying fox, ada kolam renang dan macam-macam lagi. Kalau tak berapa rajin, dan kesuntukan masa seperti kami, lihat-lihat sahajalah persekitaran yang berhampiran. Hari itu hari Jumaat. Sudah menjelang tengahari, dan selepas ini kami nak ke masjid, Faiz nak solat Jumaat.




 Besar-besar saiz ikan dalam akuarium di pintu masuk taman.



 Nun di atas sana... seekor burung merak  sedang bertenggek!

Di puncak sanun pulak, mulut singa sedang menganga nak baham mangsa!

Wah! Kelihatannya seperti  berada di Jurasic Park!

 Banyak replika haiwan purba!


 Si burung merak kian dihampiri.

 Lihat dulu pemandangan sekeliling... ada swimming pool.

 Tempat ini memang sesuai sekali dijadikan tempat santai-santai bersama keluarga!



 Ada restoran yang besar dan cantik!

 Namanya pun Restoran Cantik!

 Sebelum masuk ke mulut singa, jumpa dulu dengan sang zirafah!


Melihat replika singa ini teringat Kerajaan Singhasari.... belajar sejarah lagi! Singhasari juga disebut Singosari atau Singasari. Banyak ejaan Singosari yang Amie lihat sepanjang jalan di sini. Singa ejaan Melayu, singo pula ejaan Jawa. Kan sebutan Jawa banyak 'o'nya. Gunung Brahma jadi Gunung Bromo. Singa jadi singo! Betul tak? Kan Amie ni keturunan Jawa @ Jowo hohohoooo!


Replika burung merak ini sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis pokoki bunga! Merak memang sinonim dengan penganut Hindu di sini kerana burung tersebut dipercayai menjadi kenderaan dewa perang iaitu Skanda atau Karteya yang merupakan putera Dewa Siwa dan Parwati.



 Cukuplah setakat ini dahulu.

 Kami tinggalkan tempat ini, dan beberapa minit kemudian waktu Zohor pun tiba!

Entri berkaitan :

2 comments

  1. Seronok lah tempat ni! PH ada baca entri yang lepas pasal kebun epal. Wah, kalau kat sana boleh tanam epal, kat Malaysia pun boleh juga kot.

    BalasPadam
  2. He heee.... Cuaca tak sama di daerah ni PH.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe