ADSENSE

Khamis, 3 November 2016

Tiara Labuan Hotel

Dah kenyang isi perut di Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant, kami menuju ke tempat penginapan untuk satu malam di Tiara Labuan Hotel. Hotel ini terletak lebih kurang 2 km dari pusat bandar, ikut Jalan Tanjung Batu.

Hotel ini terletak berhampiran dengan pantai. Boleh menyeberang jalan untuk turun ke pantai tu, jalan kaki tak sampai 2 minit.


Harap kali ini Encik Suami tak membebel panjang untuk mencari tempat letak kereta seperti di Jesselton Hotel kelmarin. Sakit telinga tau menadah bebelannya tu... ahaks!

Pekerja di sini semuanya baik-baik dan peramah belaka. Rasa sangat dialu-alukan. Ruang lobby pun luas. 


Alhamdulillah... banyak tempat letak kereta di sini. Memandangkan tempat penginapan kami terletak di barisan chalet kawasan hujung, kami dicadangkan letak kereta di bahagian pintu masuk sebelah sanun...

Ini dia tempat letak kereta yang luas tu, di bawah apartment. Ada pondok pengawal di sebelah luar. Nampaknya tahap keselamatan di sini memang terjamin.

Rasa tak sabar nak masuk bilik. Nak rehat. Nak baring. Nak luruskan badan. Nak mandi. Nak solat. Nak tidur jugak ke????

Haaaa... 
Sebaik sahaja pintu bilik terbuka, memang rasa nak rebahkan diri atas katil!

Nampak luas juga bilik ni.

Suka tengok perabut rotan... baring di atasnya pun best!




Tak larat dah nak tulis... 
Tengok-tengok gambar sajalah ya.

Jom intai bilik air.







Firdaus!


Di bahagian anjung... Firdaus terjumpa sekotak mancis. Adeeehhh.. terus dibuka kotak dan bertabur isinya.

Antara menu yang boleh dipesan bawa masuk ke bilik.

Rasanya, cukup lengkaplah segala keperluan untuk bermalam di chalet ini.


 Bukan setakat berus gigi, sikat dan pisau cukur yang disediakan...

Alatan menjahit pun adooo... bestkan!

Posing-mosing dulu di sini sebelum keluar.


Jom turun ke bawah.

Sebenarnya banyak mudahan yang disediakan di sini tapi manalah kami sempat memanfaatkan kesemuanya hanya dalam tempoh sehari semalam sahaja. Nak mandi di sini pun berkira-kira sebab nak keluar jalan-jalan.


Kolam mandi di sini kelihatan bersih sekali.




Firdaus tak lepaskan peluang tengok ikan dalam kolam!

Dengan menikmati pemandangan dan bilik yang disediakan, kami sangat berpuas hati dapat bermalam di sini.

Rasanya kalau kami datang ke Labuan pada ketika yang lain, kami tidak akan teragak-agak untuk menginap di sini. Pengalaman lalu, kami memang serik menginap di salah sebuah hotel di tengah bandar! (Waktu itu kami datang ke Labuan untuk bawa Farid pulang sebab tempoh pengajiannya di Kolej Matrikulasi telah tamat).

Antara tiga tempat penginapan di Labuan, rasanya ini merupakan tempat penginapan yang sangat memuaskan!


Makcik Biru tak lepaskan peluang bergambar kenangan di sini.

Hotel ini bertaraf 4 bintang, dengan mengetengah konsep tropika. Memang terasa nyaman dan mendamaikan. Harganya pun tidaklah begitu membebankan, dan setiap bilik boleh memuatkan sebuah keluarga... keluarga kecil. Kata Encik Suami, masuk 10 orang pun masih luas...

Pemandangan dari arah luar chalet.

Kita pun baring-baring macam Firdaus ... atas lantai! Sejuk... dan memang benar-benar rasa 'tropika'. Malam itu kami tidur lena....

Bangun pagi, selepas solat Subuh terus buka pintu balcony... nampaklah pemandangan laut di seberang sana!

Rasa malaslah pulak nak keluar bilik...
Tapi disebabkan segan dengan cahaya matahari pagi yang menerjah masuk ke bilik, terpaksalah mandi dan bersiap-siap untuk sarapan pagi.

Orang pertama yang sudah siap sedia sudah tentulah Firdaus!

Dia buat senaman pagi tau...

Wokey... 
Jangan sampai tunggu matahari tingi segalah baru nak mandi.

Di restoran pula, keadaan penuh sesak! Di bahagian luar pun sama. Kami ditempatkan di ballroom. Dah tak ada ruang lain...



Setelah makan seadanya, kami tinggalkan restoran The Grill dan bercadang untuk meronda-ronda di kawasan sekitar sebelum check out tengahari nanti.

Sebelum meninggalkan hotel untuk seketika, sempat lagi meninjau-ninjau kawasan sekitar.

Sukanya tengok teratai putih ungu!


Rasanya nak duduk-duduk di gazebo atau di bawah pergola menikmati keindahan suasana di sini!

Cantik tak?
Memang bunga akar dani tu sangat cantik!

Kami keluar menuju ke tepi pantai. Ada taman permainan di situ.

Seronok sungguh Firdaus main jongkang-jongket.

Kita pin posing-posingan di bawah pokok rhu.

Ehh heee... 
Dari posing seorang jadi berdua!
Lepas pusing-pusing Labuan, kami kembali semula ke hotel untuk check out.

Satu lagi yang kita suka tempat ini... sebab ada surau!

Kesian pulak tengok Firdaus. Masih lagi sempat mengintai ke kolam mandi walaupun dah nak keluar hotel!

Tak sampai hati pulak nak paksa tinggalkan tempat ini...

Tak puas-puas dia tengok ikan di kolam!


Lain kali kita datang ke sini lagi ye sayang FIrdaus!

2 ulasan:

G berkata...

Salam... Tempat ni keras.dulu tahun 90an ada hamba Allah tinggal sini sementara tunggu accommodation siap. berpindah dari kl. malam malam bau wangi je kat belah apartment nya.
KALAU ada orang makin kuat wanginya. .tiap tiap malam. Selepas maghrib. Kalau balik malam lewat seriau.
MEMBER pindah aafter a month... banyak hal aneh.
Ada org businessman Jepun datang duduk bilik suite. YG depan driveway bilik tu atas tu. Esoknya pagi pagi dia dah turun nak check out. DITANYA kenapa..Dia mula tak nak cakap. lepas tu dia cakap..Dia tengah tidur..Tiba tiba ada lelaki muncul saja duduk di sofa depan katilnya.. Dia takut tak boleh tidur.
ANYWAY adnan khashoggi ada singgah dulu..


Kawasan layangan tu depan simpang. SEBELAH kiri masjid. Masa nak belok tu nampak kelibat tak de kepala.. terus pergi rumah kawan sutuh dia ikut hantar separuh jalan..

Kubur askar Eropah depan kem sebelah Airport lama. Memandangkan sebelah kem askar ada kubur Kristian. .. ianya dulu pagar kawat. kemudian sentry malam malam nampak tubuh berdiri bersandar di batu cross tu tak berkepala..tangan pegang rokok.
Lepas tu terus bina tembok lindungi pandangan.
DUlu kat Airport lama flight dari kl sampai 9 lebih.. by time check out..semua 10 lebih. Nanti boleh nampak organisasi puja kata atas kubur tu nak turun no ekor..

G berkata...

Roast lamb tiara adalah patut dicuba..