ADSENSE

Sabtu, 5 November 2016

Taman Burung Labuan ( Labuan Bird Park)

Sebaik tiba di Taman Burung Labuan, Firdaus tidurlah pulak! Tak dapatlah nak bawa tengok burung. Nak dikejutkan pun tak sampai hati bila melihat betapa lenanya budak kecik tu. Kalau bangun tak apa, ini nanti terus mengamuk...bertambah haru birulah jadinya! Fuad dengan Fairuz pulak jadikan alasan untuk temankan Firdaus dalam kereta, untuk tidak masuk ke taman Burung!
Jadi, Mak Andeh dengan Pak Andeh sajalah yang menapak masuk ke dalam, beli tiket RM3 untuk setiap seorang. Taman Burung Labuan terletak di Tanjung Kubong, berhampiran dengan Muzium Chimney. Nanti kita pergi ke Muzium Chimney pulak yea...

Yuran masuk :
Dewasa : RM3
Kanak-kanak bawah 6 tahun : Free
Pelajar /Warga Emas - RM2
Pelancong : RM5


 Tamn Burung Labuan dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.

Tak sempat nak masuk ke kawasan ini, sebab hanya nak tengok burung saja, burung yang masih hidup!


 Mak Andeh dan Pak Andeh sempat main burung hantu!


 Ada tempat duduk di sini, dan juga taman permainan.

 Kalau Firdaus ada di sini tentu tak mahu keluar dari sini pulak!

Jom lihat burung dalam sangkar.
Tak sangka pula bila sampai rumah, tengok gambar burung jelas begini! Padahal semua burung terhalang oleh jaring halus!


 Cantikkan burung-burung ni!

 Sayangnya tak ingat entah apa nama burung-burung di sini.

 Yang ni burung ekor panjang!






 Terpikat pulak dengan burung nih. Saiznya besar dan jambulnya cantik!

Nampak tak burung di atas bumbung pondok tu... posing romantik pulak!


Banyak burung merak berkeliaran tapi sombonglah pulak tak mahu kembangkan bulunya. Tak dapatlah tengok merak mengigal!

Malas dah nak keluar masuk terowong burung, jadi Amie akhiri dengan gambar itiklah pulak.

Moga Taman Burung Labuan terus berkembang dengan usaha pengumpulan pelbagai jenis burung dari paya bakau hinggalah ke hutan rimba.

Tiada ulasan: