ADSENSE

Sabtu, 12 November 2016

Masjid Jamek An. Nur , Labuan

Selalunya hanya memandang dari dalam kenderaan sahaja, tetapi pada 20 Oktober 2016 sempat menjejakkan kaki hingga ke halaman masjid ini. Inilah Masjid Jamek An-Nur atau dikenali juga dengan nama Masjid Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.


Masjid Jamek An-Nur ini  ini dirasmikan pada 1 Februari 1988 oleh  Yang di-Pertuan Agong ke-8, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dari Johor sempena Hari Wilayah.

Masjid ini direkabentuk menggunakan dua unsur senibina  iaitu Melayu Brunei dan juga Turki. Hasilnya, masjid ini kelihatan unik dan menarik dan menampilkan gaya futuristik.



Kubahnya terletak indah dengan sepasang menara tinggi di kiri kananya.

Selain dijadikan tempat beribadat, masjid ini juga menyediakan pelbagai kemudahan lain termasuk perpustakaan, dewan kuliah, pejabat pentadbiran dan bilik rehat VIP.

Entri berkaitan di Labuan:
Senja di Jeti Labuan

Masjid Jamek An-Nur, Labuan
Taman Damai, Labuan
Taman Botanikal, Labuan
Muzium Chimney & Menara Chimney
Taman Burung, Labuan
Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2, Labuan
Tiara Labuan Hotel
Jalan-Jalan Cari Makan di Labuan


1 ulasan:

Nor Arinee Mat Saaud berkata...

pernah berkhidmat di Labuan selama 2 tahun 2007 - 2009.
kelihtan gambar masih sama