ADSENSE

Khamis, 24 November 2016

Cekur Manis Masak Lemak Dengan Ubi Keledek

Assalamualaikum kawan-kawan....
Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke dapur Amie yang tak seberapa ini. Petang ini mendung. Sunyi sepi. Fuad keluar main futsal. Encik Suami ambil Firdaus di kampung. Fairuz khabarnya baru sampai di Kuala Lumpur, ikut perkhemahan pengakap selama 9 hari di sana. Nak makan pun rasa kurang berselera, tapi dah siap masak. Petang ni nak kongsi resepi tapi bukan masakan hari ini. Ini masakan kelmarin. Teruja nak masak lemak sayur cekur manis. Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau nak masak sayur cekur manis petik jew di tepi rumah. Tapi sekarang, nak makan kenalah beli. Dulu tak ada harga, tapi kini secekak cekur manis tak sampai secekak pun mencecah RM3. Nak buat macamana. Dunia sekarang semuanya kena pakai duit! Kalau nak cekur manis percuma, tanam sendirilah Amie oiii! Amie masak lemak cekur manis tu, tambah dengan ubi keledek kuning. Selera kampung lagi.... ahaks! Dah memang asal dari kampung! Orang kampung...ngeeee!

Bahan-bahan:
15 batang sayur cekur manis - lurutkan helaian daunnya dan ambil batang serta pucuknya yang lembut
1 biji ubi keledek - kupas kulit dan potong dadu
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
1 batang serai - diketuk
1 biji cili merah - hiris
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu besar udang kering- rendam hingga lembut dan toskan airnya

Cara memasak:
1, Masukkan santan cair, bahan tumbuk, serai, cili merah dan ubi keledek ke dalam periuk.
2. Masak sehingga ubi keledek empuk.
3. Kemudian masukkan santan pekat.
4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur cekur manis. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
5. Tambahkan garam / perasa pilihan dan setelah kuah mulai mendidih sekali lagi, segera padamkan api dapur.
6. Hidangkan panas.

Tak tunggu orang lain dah.... nikmati sayur cekur manis dengan nasi panas, telur masin, ikan goreng dan sambal mangga! Masakan kampung memang simple dimple, tapi membahayakan sebab asyik nak tambah nasik!

Usah ditanya mengapa masak lemak ini tak berwarna kuning sebab tak bubuh kunyit. Inilah masakan kegemaran Amie dari dulu sampai sekarang! Bila masak lemak putih, terasa lemak manisnya santan, dan harumnya aroma masakan ini! Terima kasih mak sebab dulu mak suka masak begini untuk kami!

3 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

kaknoor pun suka masak lemak putih macam ni Mie
terasa lemak manis santan tu kan
dan badan pun lahaiiii menjadi jadi la tu kann

Puan Hazel berkata...

Macam berjanji kita k.Amie...saya pun masak lemak cekur manis gak, tapi campur labu. Alhamdulillah ada pokok tumbuh sendiri blkg rumah dapatlah petik sekali sekala hehe...

Phong Hong berkata...

Sedap ni, Amie. PH pun suka cekur manis. Biasanya buat sup. My father suka letak dalam mee maggi hah..hah..