Bermalam di Jesselton Hotel

8:46 PTG

Bila musim perayaan tiba, memang penuh sesaklah segala manusia datang ke bandar dengan urusan masing-masing. Amie pulak agak lewat tempah hotel. Hotel sana penuh, hotel sini penuh! Akhirnya dapatlah tempah satu bilik di Jesselton Hotel. Itu pun sekadar tempat untuk merehatkan diri, atau transit untuk meneruskan perjalanan ke Labuan pada keesokan harinya!

Jesselton Hotel terletak di Jalan Gaya dan bertaraf 3 bintang. Hanya ada satu ruangan untuk letak kereta sementara. Ketika Amie check in, Encik Suami berpusing mencari tempat letak kereta tetapi semuanya penuh. Kebetulan pula hujan turun. Pihak hotel membenarkan kereta kami berhenti di hadapan pintu hotel hanya untuk menurunkan beg sahaja. Kebetulan pula, Firdaus perlu tukar lampin pakai buang. Amie terpaksa minta tempoh beberapa  minit lagi untuk membawa Firdaus naik ke bilik dan turun semula. Kemudian kami tinggalkan hotel, dan kami difahamkan menjelang malam mungkin ada tempat letak kereta yang dikosongkan di sekitar hotel tersebut.
Hotel ini sesuai untuk mereka yang datang menggunakan teksi, atau dari lapangan terbang. Kelihatan beberapa buah teksi menunggu penumpang di tempat letak teksi di hadapan hotel.

 Ini keadaan di dalam bilik. 
Ruangannya luas dan selesa.


 Hiasan dalamannya menampakkan ciri-ciri kolonial.

Ia merupakan hotel yang pertama dibina di Jesselton pada tahun 1954. Ketika itu kawasan ini lebih dikenali sebagai Bond Street tetapi kini bertukar nama kepada Jalan Gaya.




 Bilik airnya luas dan dihias cantik dengan peralatan vintaj.




 Adalah pulak pasu dalam bilik air... adeeehhhh! Pasu apa tu...
Lain macam jew rupanya!

Petang itu terpaksalah kami menghabiskan masa mengelilingi Kota Kinabalu, makan-makan dan jalan-jalan sementara menunggu malam menjelma untuk mencari tempat letak kereta berhampiran hotel. Kebetulan pula hujan lebat sampai ke malam! Akhrnya kami tersadai di Suria Sabah.

Keesokan paginya kami check out pada pukul 6.30 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Menumbok... nak kejar feri ke Labuan! Oh ... lupa nak bagi tau... sarapan tidak disediakan (tidak termasuk harga penginapan) seperti kebiasaan kita bermalam di hotel! 

 Sekadar kongsi info tentang sarapan di sini.

 Antara menu yang disediakan. 

 Di sana sini kelihatan barangan antik dijadikan pelengkap hiasan dalaman hotel. Sebaik sahaja anda melangkah ke bahagian lobby, anda akan terpandang beberapa jenis pasu lama seperti di atas!




Ketika kami meninggalkan Jesselton Hotel, matahari belum muncul. Jalan eaya agak basah kerana hujan sepanjang malam. Apa pun, dapat jugalah meluruskan badan, terutama Encik Suami yang penat memandu seharian dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Dengan perut kosong, kami meneruskan perjalanan menuju ke Menumbok. Hanya kacang, gula-gula dan air mineral yang menjadi alas perut kami sepanjang jalan nanti.

2 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. hahaha... Amie.. saya tengok pasu kat bilik air tu pun terasa semacamla pulak.. mulalah dok teringat cerita2 misteri yg terbaca dlm novel.. haha...
    apapun dalam hotel tu nampak cantik & selesa kan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe