ADSENSE

Khamis, 22 September 2016

Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)

Banyak sungguh  pengetahuan tentang negara Bosnia and Herzegovina (Bosna i Hercegovina) yang dikongsi bersama sepanjang perjalanan dari Sarajevo ke Mostar.
Menurut Feda, Mostar sebenarnya terbina daripada dua perkataan. Most bermaksud bridge. Star pula bermakna old. Amie kata, kenapa orang selalu sebut Mostar Bridge? Kenapa tidak Mostar sahaja?  Kemudian cepat-cepat Feda jawab: Betul kata kamu itu. Saya tidak terfikir sebelum ini! Nakal-nakal betul anak-anak murid Cikgu Feda! Pening kepala Feda melayan segala pertanyaan kami kot!
Cerita Feda lagi, Penduduk di Mostar terbahagi dua. Entahlah.... keluhnya. Penduduk beragama Islam tinggal di sebelah timur, manakala penduduk beragama Kristian tinggal di sebelah barat. 
Jom kita lihat gambar-gambar di sekitar Mostar hasil tangkapan Amie pada hari Selasa, 13 September 2016 yang lalu.
Inilah Mostar atau Stari Most yang menjadi mercu tanda seni bina Islam di Balkan. Stari Most dibina pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyah pada abad ke 16 dan merentangi Sungai Neretva untuk menghubungkan dua bahagian bandar. Reka bentuknya yang menyerupai cincin ini (bentuk lengung - arch bridge) dihasilkan oleh Mimar Hayruddin dan tempoh pembinaannya mengambil masa selama sembilan tahun!
Jambatan yang kelihatan teguh berdiri ini setinggi 21 meter dan panjangnya 29 meter. Antara kisah berkaitan yang boleh dikongsi bersama ialah semasa proses pembinaannya, sultan bersumpah kepada Mimar, sekiranya jambatan tersebut roboh ketika kayu penyokong ditarik keluar, Mimar akan dibunuh! Mimar dikatakan telah menggali lubang kuburnya sendiri pada hari kayu penyokong tersebut ditarik demi menunjukkan taat setianya kepada sultan. 

Stari Most berdiri teguh selama 427 tahun dan kemudian musnah pada 9 November 1993 akibat serangan tentera Croat semasa Perang Croat-Bosniak. Jambatan ini diserang dengan 60 biji bom sehingga membawa kepada kehancurannya! Bahan binaannya mengalir bersama arus air Sungai Neretva!



Pada tahun 1997, pihak UNESCO berusaha membinanya semula dan Stari Most dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 2004, dan setahun kemudian diwartakan sebagai tapak warisan dunia.

Mostar, salah satu simbol negara Bosnia and Herzegovina, dan kisahnya terdapat dalam lagu dan puisi para seniman dari dalam dan luar negara. Antara lirik lagu tersebut seperti di bawah ini: (Lagu asal dari bahasa Turki )
Terjemahan dalam Bahasa Inggeris:




Today the news that you heard
Makes you feel ashamed
May be
Today for the sake of religion and race
Murder is being committed
May be
Mostar Bridge has been collapsed
How sad is Neretva
Who knows



Pemandangan di sekitar Mostar.
 Kesan-kesan tembakan semasa perang, peluru menembusi dinding bangunan.



 Bazaar.





Bila dah sampai Mostar, terlupalah pula nak tanya Feda, mana tebing barat dan mana tebing timur tempat tinggal kedua-dua kaum berlainan agama seperti yang diperkatakannya di awal perjalanan.


Di sini, di tempat Amie berdiri... rasanya di sini jugalah tempat Zarina AF berlakon  bersama Iqram Dinzly dalam filem Meniti Titian Cinta di Stari Most

 Kiri dan kanan...

Dua tebing yang dipisahkan oleh Sungai Neretva tetapi dihubungkan dengan Stari Most. Saksi sejarah jatuh bangunnya Bosnia and Herzegovina. Ia sebuah negara yang sangat cantik, kaya dengan keindahan alam semula jadi tetapi lumpuh akibat perang. Semoga Bosnia and Herzegovina akan terus membangun.


 Terdapat banyak restoran di sini.







 Kraftangan yang comel-comel dan memikat mata memandang!







 Mostar...
Aku datang padamu.

 Lucinda, kita tinggalkan jejak di sini.

Selamat tinggal Mostar!

Entah bila akan bertemu lagi!

Kenangan-kenangan dari Mostar.
Sebuah buku kecil tentang Bosnia and Herzegovina.

Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati
Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

3 ulasan:

Kin Aziz berkata...

Terima kasih kerana berkongsi cerita. Ia menarik. Jangan lupa banyakkan berdoa kak. Doa seorang musafir ni makbul...

LiNa_Pg berkata...

Bestnya gi holiday kat negara orang..
Firdaus x ikut ke kak amie

Amie berkata...

Kin Aziz..
In shaa Allah...

Lina,
tak ikut... kena tinggal he he hee