ADSENSE

Khamis, 22 September 2016

Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most

Seingat Amie, Feda ada menunjukkan sebuah tempat makan yang terkenal dengan kelazatan BBQ kambing. Katanya, kami boleh singgah di situ sekembalinya dari Mostar. Wah! Tentulah teruja untuk menikmati kambing bakar di situ! Rasa nak melelh liuq bila terbayang kambing panggang! Kambing tempatan yang fresh gitu! Namun begitu, rancangan tersebut tidak dapat terlaksana memandangkan kami 'termakan' di tempat lain, sebab tak tahan lapar!
Dalam perjalanan menuju ke Mostar itu juga, kami singgah di Jablanica. Feda banyak bercerita tentang Jablacina, ditunjukkan kepada kami Tasik Jablanica atau Jablaničko Jezero (semasa dalam perjalanan) tapi Amie terlepas pandang (dari dalam kereta), tak sempat ambil gambar. Kata Feda, tasik ini digunakan untuk menjana elektrik, dan tempat memancing pada musim panas selain aktiviti sukan air. 
Kami singgah sebentar di Muzium Perang yang terletak berhampiran dengan Jambatan Jablanica yang hancur dalam pertempuran Neretva semasa Perang Dunia II. Jambatan tersebut dibiarkan begitu sahaja sebagai memperingati pengorbanan dan penderitaan ketika perang. 



Menurut Feda, semasa perang pada tahun 1943, Jambatan Jablanica ( Jablanica Most) ini diletupkan ketika kereta api sedang melintas di tengah-tengah jambatan tersebut! 
Ketika Feda bercerita, tak dapatlah Amie menyampuk sebab tak pernah terfikir untuk study tentang jambatan ini sebelum menjejakkan kaki ke bumi Bosnia. Feda bercerita tentang pentadbiran Tito, dan nampaknya Lucinda mempunyai pengetahuan am tentang Tito! Amie pasang telinga sahaja. Bila Feda bertanya, apa pandangan kami tentang Tito, Lucinda boleh dibawa berbual. Amie sengih-sengih jew....

Ini merupakan sebahagian daripada jambatan di dalam gaung sungai dan lokomotif yang masih boleh dilihat pada hari ini. Dalam satu artikel yang Amie baca melalui internet, tinggalan ini dikatakan set penggambaran filem tentang pertempuran Neretva yang diterbitkan pada tahun 1969. Filem berjudul Battle of Neretva ini merupakan filem usahasama Hollywood dengan pemerintah Yugoslavia. Pernah tonton filem itu tak? Ada masa nanti Amie pun nak tengok filem tersebut yang dikatakan menggunakan bajet paling besar dalam sejarah filem Yugoslavia. 


Ehsan : Google

Masa tu tak fikirkan sangat kepentingan jambatan runtuh ini. Itu sebab ambil gambar pun tak fokus mana-mana. Bila nak buat entri barulah tersedar, gambar tak berapa jelas untuk dijadikan bahan paparan. Jadi, atas ehsan pak google, Amie kongsikanlah sekeping gambar runtuhan jambatan tersebut.

Tengoklah tu...
Tangkap gambar pun jauh-jauh jew... ini kerja Feda!
Terima kasih Feda. Hvala!

Kata Feda lagi:
Pertempuran Neretva adalah rancangan pihak Jerman bersama Poros untuk menghancurkan kekuatan Partisan Yugoslavia yang dipimpin oleh Josif Broz Tito. Kesian kita masa tu... angguk-angguk jew bila berulang kali Feda sebut nama Tito! 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang sejarah di Jablanica ini, tanyalah pak google ye... ahaks!
Nampaknya kami ingin undurkan diri dari pertempuran ini. Pada pagi itu, beberapa buah bas singgah di sini, termasuk bas di atas tu. Nampaknya bas dari Republik Slovenia. 

 Ini orang-orang dari sana kot...

Kami tinggalkan tempat ini... Jambatan Jablanica yang runtuh bersama sejarahnya yang tersimpan rapi di dalam Muzium Jablanica.
Menurut Feda, tanah lapang ini merupakan medan pertempuran dan banyak yang terbunuh di situ!


Filem Battle of Neretva atau disebut Bitka na Neretvi dalam bahasa Serbo-Kroasia. Filem ini ditulis oleh Stevan Bulajić dan Veljko Bulajić, dan disutradarai oleh Veljko Bulajić. Filem ini berdasarkan kisah benar semasa Perang Dunia II. Pertempuran Neretva adalah sebuah rancangan strategik serangan kekuatan Fasis campuran pada Pastisan Yugoslavia. Strategi tersebut juga dikenal sebagai Perlawanan Musuh Keempat dan berlaku di wilayah Sungai Neretva, Bosnia and Herzegovina.

Selepas ini, kami terus ke Mostar!
Tak toleh belakang lagi.... Feda terus memandu ke sana, menembusi terowong bawah bukit, terowong bawah batu gunung dan sudah semestinya meluncur di laju di sepanjang Sungai Neretva yang permukaannya sentiasa beriak-riak kecil ditiup angin! Di kiri kanan jalan kelihatan ladang anggur, dengan buahnya yang lebat bergayut! Pohon-pohon delima dengan buahnya yang berjuntaian sebiji-sebiji, ladang pic...... (tak mahu cerita sebab tak ambil gambar!).

Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati

Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

Tiada ulasan: