ADSENSE

Rabu, 21 September 2016

Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)

Petang  Isnin, 12 September 2016, selepas merehatkan diri seketika di bilik penginapan, kami turun semula meninjau-nijau persekitaran Baščaršija. Kami tidak bercadang untuk memasuki mana-mana gerai makan atau gerai kraftangan, hanya sekadar ingin menikmati suasana petang di bandar lama ini.
Belum pun beberapa minit berada di hadapan Sebilj Fountain melihat burung merpati terbang dan hinggap, tiba-tiba kami putuskan untuk makan sesuatu di gerai berhampiran . Mungkin suhu dingin ketika itu, menyebabkan perut sentiasa rasa lapar!

Buat pertama kalinya kami merasai sendiri kopi Bosnia, yang sebelum ini Amie baca melalui internet. Bagaimanapun ketika itu Amie tidak berapa ambil pusing tentang minuman tersebut!

Gerai muman yang kami sangka turut menyediakan kudap-kudapan petang ini terletak di belakang sanun.... terlindung sedikit oleh lelaki berseluar putih itu. Di situlah terdapatnya sederetan gerai.

Hasrat untuk menjamah sedikit kudapan petang terbantut apabila melihat senarai menu yang hanya menyusun deretan minuman! Nak bangun tinggalkan tempat duduk...seganlah pulak sebab dah terduduk di situ! Jadi, duduk sajalah kan Lucinda....hiks!

Apabila kami tanya tentang minuman panas tradisi masyarakat Bosnia, pelayan di situ menunjukkan menu Bosanska Kahva, iaitu kopi Bosnia dalam bahasa kita. Biasalah bahasa ayam dengan itik, asalkan sampai maksud kira okey laaa kan? Di sini, pengunaan bahasa Inggeris sangat terhad. Kami senyum-senyum saja bila bertanya dalam bahasa Ingeris tapi dijawab dalam bahasa tempatan. Hentam sajalah labu! Patutlah Lucinda kata, sepanjang pengalamannya menjelajah negara-negara Eropah, tidak semestinya bercakap dalam bahasa Inggeris apabila berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Ada kalanya hanya dengan menggunakan bahasa isyarat! Ha ha haaa.... lucunya!

 Dua dulang set kopi dihidangkan di hadapan kami.

Bancuhan kopi panas di dalam bekas seperti tembaga, segelas air kosong dan sebuah mangkuk kecil berisi dua keping kiub gula dan sekeping kiub rahat lokum. Rahat lokum ialah sejenis manisan berasal dari Turki. Berdasarkan pembacaan Amie dari buku Bosnian Cuisine, bahan asas untuk membuat rahat lokum terdiri daripada gula dan kanji kentang. Bahan ini dicampur dengan  jus lemon, minyak bunga rose dan sebagainya. Terdapat banyak rasa dan warna rahat lokum. In shaa Allah dalam entri seterusnya Amie akan kongsikan info tentang manisan istimewa ini.
Hmmmm....
Sebenarnya kami tercengang-cengang, hanya merenung dulang berisi Bosanska Kahva di hadapan kami. Bila Amie cuba sesudu kopi...adeeehhh pahitnya! Macamana nak minum? Apa fungsi segelas air kosong itu? Kenapa ada rahat lokum (waktu itu belum tahu lagi nama benda tu rahat lokum).
Kami pun panggil pelayan yang berusia (mungkin) belasan tahun untuk menunjukkan cara meminum Bosanska Kahva ini.

Mula-mula, dikeluarkannya rahat lokum nan sebutir itu dan diletakkan di atas dulang. Kemudian diambilnya sebutir kiub gula dan dimasukkan ke dalam dzezva (setelah rujuk pak google, bekas tembaga itu disebut dzezva iaitu bekas untuk memasak atau menjerang kopi di atas bara) yang berisi kopi pekat pahit tadi. Dan sebutir lagi kiub gula ditinggalkan dalam cawan kecil.

Kemudian pelayan tadi membancuh kopi tadi sehingga gula menjadi larut. Tak kisahlah bahasa ayam dan itik yang kami gunakan termasuk bahasa isyarat... lebih kurang beginilah maksudnya:
Kalau kurang rasa manis atau masih terasa pahit kopi di dalam dzezva, tuangkanlah ke dalam cawan yang mengandungi sebutir kiub gula tadi.

Kami pun buatlah seperti tunjuk ajar yang diberikan. Memang kopi masih terasa pahit! Kalau begitu, tuang sajalah ke dalam cawan kecil itu!

Tapi terfikir pula...
Kalau dah tuang separuh ke dalam cawan dan gula menjadi larut, bagaimana lebihan kopi yang masih pahit dalam dzezva itu?

Begini saja...
Kita main tuang-tuang kopi dari cawan kecil ke dalam dzezva, dan kemudian dari dzezva tuang semula ke dalam cawan kecil. Harap rasanya seimbang!
Perasan pulak orang di sebelah kami asyik memandang sambil tersenyum-senyum.
Pedulilah.... ha haaa!
Bukan kita jumpa lagi selepas ini...hihihiiiiii!

Seingat Amie, hanya dengan dua kali teguk, habis secawan kecil kopi itu. Pekat! Ada rasa sedikit manis dan sedikit masam. Kemudian kami tuang lagi dan teguk lagi. Rahat lokum itu.... kami kunyah sahajaah sebelum minum air kosong. 
Lucinda keluarkan 2 keping syiling berjumlah 2Km dan Amie pun keluarkan jumlah yang sama sebab nak bayar harga Bosanska Kahva tadi. Harga Bosanska Kahva yang tertulis di atas senarai minuman ialah 1.5KM. Kami panggil semula pelayan yang memberi tunjuk ajar kepada kami cara nak minum kopi dan letak syiling masing-masing di atas tapak tangannya.
Thank you, katanya
Thank yuu.... kata pelayan itu sekali lagi dengan senyuman dan nadanya sungguh gembira.
Beberapa saat kemudian Lucinda bersuara : Dia tak akan kembalikan baki duit tu. Mungkin dia anggap kita bagi tips sebgai upah tunjuk cara minum kopi.
Oh! Begitu yea...
Biasanya kalau di Eropah memang begitu, jawab Lucinda.
Okeylah... kita tunggu beberapa saat sambil pura-pura minum air kosong. kalau dia datang semula, maknanya dia pulangkan baki duit tu kalau tidak, kita tinggalkan sajalah tempat ini, sahut Amie.
Sambil konon-konon minum air kosong, tiba-tiba Lucinda berbisik... dia datang semula.
Ya, dia datang semula menghampiri kami.
Thank yo...thank you..hvala!
Kami pun sahut sambil senyum-senyum.
Hvala...hvala, katanya lagi. Nada suaranya sangat gembira. Senyum manis masih terukir di bibirnya sambil badannya tertunduk-tunduk, tangannya pantas mengelap kerusi di sebelah kami dengan kain.
Kami pun bangun dan segera beredar dari situ.
Betul ke cara kami minum kopi tu? Hi hihiiii.... orang lain duduk santai di situ, kami tak sampai 5 minit dengan beberapa teguk kopi! Selesai.

Dzezva untuk minum kopi banyak dijual di sini. Ada yang besar dan ada yang kecil.
Jom kita tambah info tentang Bosanska Kahva ini:
Coffe is to Bosnian culture what beer was to Ancients Agyptians and Mesopotamians, wine to Greeks, or tea to the British. Just as wine succeeded in reconciling Greek and Roman culture, coffee united Ottoman hedonism and Bosnian refined subtlety. This 'mind-awakening drink', as the European enlightened called coffe, has become the embodiment and a vital ingredient of Bosnian culture.
Sumber : Bosnian Cuisine by Muamer Spahic.

Nak beli bekas minuman kopi atau dzezva da kafu? Yang kecil, yang besar yang putih atau yang berwarna?  Yang di dalam dulang tu tempat pengisar lada putih / hitam. Haaa.. yang itu harganya 5 EURO atau 10KM. Tak terfikir pula nak tanya harga dzezva da kafu itu.

Memang di mana-mana ada bekas tembaga itu, dan di merata tempat terdapat kafe untuk minum kopi dan sudah semestinya Bosanska Kahva!

Bosanska Kahva dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Yang tua, yang muda, lelaki atau perempuan!

Antun Hangi ada menyebut:
Coffe is a very popular bevarage. Should you go to their livery stables, they will serve you coffe, should you go to their shops, they will serve you coffe. If they sell or buy, marry or make merry, you'll be given coffe.
Sumber : Bosnian Cuisine by Muamer Spahic.

 Salah sebuah kedai menjual kopi  Baščaršija.

1 kg kopi Bosnia yang belum dikisar berharga 16 KM. Kalau ikut harga duit kita pada hari itu, lebih kurang RM36.80 sen. Khabarnya harga kopi Bosnia melambung tinggi sehingga mencecah 200 USD sewaktu perang melanda negara tersebut! Sesuai dengan kata-kata Muamer Spahic dalam buku Bosnian Cuisine: Tell me what you eat, and I will tell you what you are!

Balik ke tempat penginapan, terpandang dzezva comel di dalam almari. Kata Muamer Spanic lagi : For Bosnian culture, coffe was especially important as it established a specific connection between the private and the public sphere of life.

Sekian.
Tentang kopi Bosnia atau Bosanska Kahva.
Dan malam itu kami tak dapat melelapkan mata!
Bosanska Kahva oh! Bosanska Kahva!

Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati

Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

Tiada ulasan: