ADSENSE

Isnin, 19 September 2016

Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka

Entah mengapa, hati sangat tersentuh ketika ingin memulakan perkataan untuk entri kali ini. Tajuknya biasa sahaja, hanya Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka. Hanya itu sahaja.... tidak menunjukkan sebarang perasaan! 

Minta maaf andai paparan perkongsian pengalaman ini kurang sempurna. Rasanya belum mampu untuk mengungkapkan bicara tentang kisah luka rakyat Bosnia and Herzegovina yang pernah menjadi mangsa kekejaman Serbia dalam misi pembersihan etnik di sana! Anda boleh baca sendiri berdasarkan banyak tulisan mengenai perkara tersebut, antaranya termasuklah : PERANG BOSNIA : KEKEJAMAN SERBIA TERHADAP UMAT ISLAM.

Pagi Isnin, 13 September 2016.
Lebih kurang pukul 8 pagi, kami menyusuri Sungai Miljacka. Melihat-lihat dan menyeberangi sungai melalui beberapa jambatan, sekejap ke seberang sana, dan sekejap ke seberang sini. Mengambil gambar bangunan-bangunan yang kelihatan usang dan agak uzur, namun ada di antaranya yang kelihatan cantik berdiri megah dengan bahan binaan yang kukuh.

Ini pemandangan sebahagian Sungai Miljacka yang Amie ambil dari aras yang lebih tinggi. Berada di tebing sungai ini seolah-olahnya anda sedang melihat arus sejarah yang sedang mengalir dengan membawa pelbagai peristiwa di sini. Sungai ini agak kecil dan hanya sepanjang 38 kilometer sahaja, dan mengalir dari arah timur ke barat.

Nampak sangat menenangkan apabila berada di sini. Air sungainya mengalir jernih, dan bertingkat-tingkat. Ia kelihatan begitu sempurna sebagai salah satu pemandangan indah di sebuah bandar yang bernama Sarajevo! Namun begitu, sebelum ini, sungai ini telah mengalami peristiwa seperti berikut:


Because of its poor discharge, the Miljacka is known for its peculiar smell and brown waters. Miljacka river cascades, which regulate the waterbed and enrich the water with oxygen, are a twirling trap for plastic scraps, stranded balls, car tires and various waste. The main collector that drains the fecal matter is parallel with the flow of Miljacka up to its mouth to the river Bosna. The sewer system is not connected to the main collector, causing leakage of fecal matter directly into the waters of Miljacka on several places. Due to Bosnian War water treatment was stopped and plant equipment looted preventing local government to deal with the issue as estimations to repair the wastewater plant run between 50 and 60 million euros.

In April 2015, project Čista rijeka Miljacka (Clean river Miljacka) was presented. The aim of the project is to bring the river status to category A, meaning for water to be clean for swimming.source

In August 2015, Sarajevo Grad signed a contract with ER Project d.o.o company to clean up 48 river cascades from Šeher-Ćehaja bridge to Dolac Malta suburb bridge source.

SumberWIKIPEDIA






Arus air Sungai Miljacka mengalir tenang, dan terus menuruni tingkat binaan menuju ke arah barat. Seperti sejarahnya yang lalu, arus sungai ini tidak ingin berpatah balik ke belakang, arah ke timur! Ia memang sesuatu yang mustahil kerana mana mungkin aliran air ini akan berpusing kembali. Mudah-mudahan tragedi ngeri dan menyayat hati Perang Bosnia 1992-1995 terus berlalu menjadi sejarah yang tak mungkin akan berulang kembali!

Tinggalkan yang keruh, yang pedih, yang melukakan....dan terus memandang ke hadapan, mencari yang jernih!

Yang tertinggal di belakang itu adalah satu peristiwa, yang di hadapan sudah tentunya banyak perkara yang perlu dilakukan. 

Ya...
Kita teruskan perjalanan menyusuri Sungai Miljacka di pagi yang dingin ini! 
Banyak jambatan yang akan anda temui di sepanjang Sungai Miljacka. Semasa zaman pemerintahan Turki Uthmani, sebanyak 13 buah jambatan di bina untuk menyeberangi sungai ini.

Salah sebuah jambatan yang menjadi saksi sebuah tragedi dalam sejarah negara ini ialah Latin Bridge. Pada 28 Jun 1914, di  sinilah dikatakan tempat putera mahkota Austria-Hungary Archduke Franz Ferdinand dan isterinya, Sophie dibunuh ketika berkunjung ke kota Sarajevo.oleh seorang radikal Serb, iaitu Gavrilo Princip. Akibat pembunuhannya di ibu kota Sarajevo ini, Austria mengisyhtiharkan perang ke atas Serbia yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama (1914-1918).

Bangunan berwarna kuning di belakang Amie ialah Town Hall yang dibaik pulih sepenuhnya pada tahun 2014 selepas hancur ketika perang.

Sempat juga Amie beli sebuah buku tentang Bosnia and Herzegovina ketika berkunjung ke Mostar pada keesokan harinya. Sehari selepas kembali dari melawat Mostar, terjumpa pula buku ini di sebuah kedai buku di stari grad Baščaršije.

Bila Amie belek-belek, terjumpalah beberapa keping gambar tentang peristiwa pembunuhan putera mahkota tersebut.

Amie tuliskan semula:
Exactly one hundred years ago, the Town Hall has been visited by Austria-Archduke Frantz Ferdinand (right). Photographed just a few minutes before he would be killed in the Sarajevo assassination.

Gambar di sebelah kanan menunjukkan peristiwa pembunuhan tersebut yang disiarkan di muka surat hadapan sebuah suratkhabar Italy pada 1914.

Jom teruskan lagi.... jalan-jalan tepi Sungai Miljacka.
Sebenarnya terlupa bawa baju sejuk, tapi kuatkan juga semangat untuk terus berada di sini. Syukurlah, dengan berjalan sekurang-kurangnya hilang sedikit kesejukan.


 Banyak lagi jambatan yang belum direntasi....

 Ini Drvenija Most, bahan binaan jambatan daripada kayu.
(Terima kasih Feda kerana memberitahu kami perkataan 'most' membawa maksud jambatan.)

Nun...
Sebuah jambatan yang agak unik, jambatan bergulung rekaan Adnan Alagic, Bojan Kaniic dan Amila Hrustic. Nama jambatan ini ialah Festine Lente atau dalam bahasa Latin membawa maksud segerakanlah dengan perlahan.



Jika anda menyeberangi Sungai Miljacka dari arah jalan raya dengan menggunakan Festine Lente ini, anda akan sampai sebuah bangunan yang tersergam indah iaitu  Academy of Fine Arts.


Kunci!

Tiba-tiba baru perasan ada banyak mangga kunci di atas jambatan!
Teringat pula ada sebuah jambatan utama di Paris tempat muda-mudi meletakkan kunci dan kemudian membuangnya ke dalam air sebagai lambang cinta yang kekal!

Cinta apakah ini yang dipateri di atas jambatan?
Jalanlah terus... 
Anda akan menemui sebuah lagi jambatan yang dinamakan Bridge of Suada Dilberovic and Olga Sučić. Jambatan ini mendapat nama sempena nama seorang gadis  Bosniak yang mati ditembak oleh tentera Rakyat Yugoslavia (JNA) Serb Bosnia pada 6 April 1992. Gadis tersebut yang bernama Suada, berusia 24 tahun sedang berarak menyertai 100,000 penduduk Bosnia mereaikan kemerdekaan negara tersebut dari Republik Yugoslavia. Peristiwa pembunuhan ini menjadi titik tolak kepada peperangan dengan terbunuhnya lebih 300,000 nyawa dan 60% daripadanya adalah etnik Bosniak yang beragama Islam.
Tapi apa kaitannya dengan kunci tersebut?
Barangkali ada jawapan lain....
Entahlah!

Pada 19 Mei 1993, sepasang kekasih yang merupakan penuntut Universiti Sarajevo cuba meninggalkan bandar Sarajevo yang sedang dikepung oleh tentera JNA. Pasangan kekasih yang bernama Admira Ismic dan Bosko Brkic ini merancang untuk terbang ke Belgrade dan berkahwin di sana. Kedua-duanya berusia 25 tahun, Admira beragama Islam dari etnik Bosniak manakala pasangannya Bosko dari etnik Serb dan beragama Kristian.
Ketika mereka melintasi Jambatan Vrbanja, Bosko telah ditembak oleh penembak curi dari Serb, dan terus meninggal dunia. Beberapa saat kemudian, Admira pula ditembak hingga cedera parah tetapi sempat merangkak menghampiri kekasihnya, dan memeluknya sebelum menghembuskan nafas akhirnya 10 minit kemudian. Dikatakan juga jasad kedua-duanya berada di situ selama 7 hari sebelum disempurnakan pengkebumian mereka.


Ehsan : Google
Suada and Olga bridge.
(Pinjam gambar dari Encik Google... tak sempat tangkap gambar di situ).

Ehsan : Google 

This is the original bridge where Sarajevo's "Romeo and Juliet" were killed by sniper fire. A memorial wreath can be seen at the railing. It was later rebuilt and renamed the Suada and Olga bridge in their memory.
Sumber : WIKIPEDIA





Univerzitet u Sarajevu.
Ini Universiti of Sarajevo.


Barangkali ini pintu masuk universiti tersebut.

 Antara bangunan lama yang terdapat di sepanjang jalan di tebing sungai.




Dah penat menyusur tebing sungai, beralihlah pula ke jalan raya. Banyak tram yang lalu lalang di sini. Jalan di kawasan ini agak sempit tetapi para pemandu samada pemadu kenderaan awam atau persendirian sangat berhemah!



Istimewanya di sini, jalan raya dikongsi bersama. Ada landasan untuk laluan tram, dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk laluan kenderaan lain.

 Bas, antara kenderaan yang menggunakan laluan tram.


Oh! Perut sudah terasa sangat pedih!
Lapar!
Entah berapa kilometer kami berjalan! Suhu yang pada mulanya sejuk di waktu pagi mulai beransur panas. Matahari pun mula menyinar di langit biru.

Pagi tadi, tak dapat tangkap gambar pemandangan di sekitar sebab kabus menghalang pandangan. Sekarang boleh nampak dengan agak jelas pemandangan di atas bukit.

Nampaknya, cukuplah dulu perkongsian buat kali ini.
Kita jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

HVALA!

Entri berkaitan:

Tiada ulasan: