Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000

11:00 PTG

Petang 12 September 2016, kami menaiki teksi dari Airport Sarajevo ke tempat penginapan kami yang telah Lucinda tempat lebih awal melalui internet. Bayaran yang dinenakan sebanyak 30 KM. Ketika teksi berhenti di sebuah lorong, muncul seorang lelaki yang kelihatannya baru keluar dari sebuah kereta di belakang teksi kami, dan terus menegur, menyebut nama Lucinda serta memperkenalkan dirinya sebagai pemilik M'Ali Rooms.
Katanya, dia telah menghantar emel kepada Lucinda dan bertanya, adakah dia perlu mengambil kami di airport. Rupa-rupanya Lucinda tidak membuka emel daripadanya. Apa pun, syukur ke hadrat Allah kerana kami telah selamat sampai ke destinasi.

Inilah pintu masuk ke tempat penginapan kami.
Lucinda kata, inilah tempat yang paling murah dan mendapat ulasan terbaik  di antara banyak tempat penginapan di Sarajevo! Memang sesuai sangatlah untuk kami yang mengembara berdua ini. Jika anda berminat, tanya sahaja pada pak google. In shaa Allah, anda akan sentiasa selamat sepanjang berada di sini. Alamatnya di sini : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina, 71000.

Laluan masuk ke bilik. Kelihatannya agak sempit, tetapi tuan pemilik bijak menyusun atur, dengan kombinasi warna yang sesuai agar tampil lebih luas dan selesa.

Kami menginap selama 5 hari 4 malam di sini.


Kami sempat berbual-bual seketika dan tuan pemilik memberikan kami peta serta pakej perjalanan yang diingini.


Apabila kami bertanya nama pemilik M'Ali Rooms, siapakah namanya... Lucinda sangat terkejut apabila pemilik M'Ali Rooms memperkenalkan dirinya sebagai Feda. Selama ini, Lucinda menyangka Feda ialah seorang perempuan, sebab melalui pembacaannya mengenai review tempat ini, mereka menyebut layanan Feda sangat memuaskan! Masha Allah! Rupanya Feda ialah...seperti dalam gambar di atas tu! (Ketika itu Feda sedang membancuh minuman untuk kami). Amie pun sangka, mungkin namanya Ali seperti yang tertera pada nama M'Ali Rooms. Kata Feda, tempat penginapan tersebut dinamakan bersempena dengan nama anak lelakinya, Ali.


Menurut Feda, dia memberikan kami sedikit keistimewaan memandangkan kami akan menginap selama 4 malam di situ. Pada mulanya kami diberikan bilik nombor 2, yang tidak mempunyai meja dan keluasannya agak terhad. Bagaimanapun katanya, eloklah kami tinggal di bilik yang pertama seperti dalam gambar di atas.

 Rupanya bilik kami ini selain mengandungi 2 katil single, ada lagi katil bertingkat.

 Ini katil Amie, terletak di tepi tingkap.

 Kemudahan lain termasuklah set televisyen, selain WI-FI percuma.

Bilik air ini kelihatan cantik, walaupun agak kecil tetapi warnanya menyegarkan. Menurut Feda, ada waktunya akan terputus bekalan air pada pukul 12 tengah malam, tetapi air akan datang semula pada pukul 6 atau 7 pagi. Kalau nak mandi, kena tunggu selama 2 minit untuk  proses pemanasan air. Alhamdulillah, selama 4 malam di sini, air tidak pernah putus di tengah malam atau pada masa yang lain.

Ada lebihan bantal dan juga beberapa buah selimut di dalam almari. Nampaknya bilik ini boleh dihuni oleh ramai orang!

Feda juga meminjamkan kami sterika dan juga tempat menyidai pakaian. Jadi... taklah tudung Amie keronyok sepanjang berada di sini....ahaks!

 Antara barang hiasan yang terdapat di dalam bilik kami.

 Sebuah buku... penuh informasi.

 Belek-belek seketika... nak tengok apa isi di dalamnya!

Tiba-tiba terpandang sebuah tilam di atas bilik air! Tiba-tiba pula tertoleh sebatang anak tangga di sebelah almari! Oh! Bijaknya... tangga tu untuk bawa tilam turun ke bawah atau untuk naik tidur di atas bilik air? Sungguh... bijak memaksimumkan pengunaan ruang yang terhad!

Nampaknya di sana-sini boleh tidur!
Bayaran?
Harga bilik?
Penginapan kami selama 4 malam dibayar dengan sejumlah 136 EURO.  Dalam ringgit kita ketika itu ialah sebanyak RM625.60 sen. Bahagi 2 dengan Lucinda, seorang perlu bayar 78 EURO dan jika dihitung dalam kiraan wang kita, bermakna seorang daripada kami hanya perlu membayar sebanyak RM78.2 sen untuk satu malam.
Sekiranya kami menggunakan pendingin hawa, bayaran tambahan sebanyak 5 EURO dikenakan untuk satu malam. Kami ambil keputusan untuk tidak 'beraircond' sebab suhu di sini pada waktu malam memang sejuk! Malam pertama kami di sini, suhu pada waktu malam ialah 13'C. 

Menurut Feda, kami boleh gunakan apa sahaja barang yang tersedia di sini. Dan juga, minumlah apa sahaja jenis minuman sama ada sejuk atau panas!




Petang itu, pada awalnya Lucinda mengajak Amie untuk melihat-lihat kawasan sekitar, tetapi disebabkan keletihan, kami mengambil keputuisan, selepas mandi dan solat...untuk berehat sahaja! Sebenarnya terlelap hingga ke pagi! Ketika terjaga... jam menunjukkan pukul 3 pagi waktu tempatan.  Dan sudah menjelang pukul 9 pagi di tempat kita! 
Perut pula sangat berkeroncong minta diisi!

Teringat ada pelbagai jenis minuman yang disediakan. Minumlah mana yang disukai.
Kami saling berbalas mesej dengan keluarga di kampung!
Aduhai, keluarga di kampung sedang menikmati juadah di pagi raya dengan ketupat, nasi himpit, sambal kacang.. rendang!

Encik Suami pula kirim gambar Firdaus beraya di kampung!

 Kami buka televisyen. Siaran langsung solat Aidil Adha sedang dipaparkan. 

 Merdu sungguh suara mereka ketika sedang bertakbir!

Teringat kata-kata Feda kelmarin petang : Hari ini dia akan korban 3 ekor kambing!
Alhamdulillah!

Kami layan perut yang sedang menangis!
Kami keluarkan bekalan yang ada. Sebenarnya Amie tidak bawa apa-apa pun bekalan makanan! Yang ada hanyalah biskut kering dari kapal terbang KLIA_ Abu Dhabi, serta beberapa jenis makanan lain termasuklah pretzel, puding coklat, dan entah apa lagi ( lupa nama) sebab tak ambil gambar. Lucinda membawa maggi dan minuman segera serta makanan kering lain.





Pagi itu, sambil mendengar takbir raya di televisyen, kami menikmati mee segera!
Alhamdulillah... perut pun sudah beralas!

 Kemudian kami pun meneliti peta yang diberikan oleh Feda.

 Kami juga berkira-kira untuk keluar dari Sarajevo.... sudah tentunya ingin melawat ke Mostar!

Pagi itu, kami sudah bersedia untuk jalan-jalan...mencari tempat yang dinamakan Sebilj Fountain, Ghazi Husrev - Bey's Mosque, Latin Bridge, dan... dan.....

Menuruni anak tangga tempat penginapan kami. Kelihatannya banunan ini sudah dimakan usia, memandangkan reka bentuk dan bahan binaannya yang kelihatan sangat kukuh dan tahan lasak.
Ketika menuruni anak tangga... terbau aroma masakan yang sungguh menyelerakan! Bukankah pagi itu... pagi Aidil Adha? 

Feda memberikan kami 3 anak kunci! Kunci pertama, kunci bilik kami, kunci kedua, kunci pintu bersebelahan tangga masuk arah bilik kami dan kunci ketiga, kunci pintu besar bangunan tempat penginapan kami!


Kunci pintu itu!
Kami nak jalan-jalan sekitar Sarajevo!

Dobro jutro.
Sarajevo Old Town je lako pokriven pješice.


Entri berkaitan:

3 comments

  1. baru start membaca ...tak sabar nak baca yang seterusnya :)

    BalasPadam
  2. Kin Aziz,
    seronok sebab negaranya cantik dan rasa selamat.

    Cik Wan,
    silakan,

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe