Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia

2:06 PTG

Sesetengah orang mesti nak beli sesuatu sebagai kenang-kenangan ketika pulang dari melancong, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Secara jujurnya, Amie tidaklah mempunyai bajet tertentu untuk membeli oleh-oleh, cukuplah sekadar melihat-lihat negara orang dan ambil seberapa banyak iktibar serta pengajaran selain mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan untuk kita apabila membandingkan negara orang dengan negara kita sendiri. 
Apa pun tidak ada salahnya membeli sesuatu yang kita suka... ha ha haaaaa tak mahulah nanti bila dah sampai kampung laman, tiba-tiba rasa terkilan sebab terlalu berkira sangat untuk membeli sesuatu. Memang tidak dapat dinafikan, dengan jatuhnya nilai mata wang kita, rasa tak berapa seronok dan shopping.... fridge magnet misalnya berharga 1 EURO atau 2KM setiap satu. Memang nampak murah, hanya sekadar RM4.60 sen, kira bolehlah untuk diri sendiri. Namun begitu ada pilihan lain untuk kita bawa oleh-oleh dari sini untuk keluarga dan teman-teman. Apa kata kita ke Butik Badem di Abadžiluk 12, berhampiran dengan Sebilj.

Kalau dah melangkah kaki masuk ke sini, jangan harap nak keluar dalam masa yang singkat! Rasa macam tak cukup mata melihat segala macam kekacang, manisan dan entah apa lagi tak faham makna perkataan yang tertulis!

Bau rempah pun ada! Nama-nama kekacang tu dah tak boleh ingat sebab terlalu banyak jenisnya! Ada kacang kuda juga tu.... Masuklah dalam ye, jangan segan-segan. Bagi ucapan salam.... Assalamualaikum, atau senyum kat pelayan kedai di situ.... in shaa Allah akan disapa dengan mesra. Cuma, kalau ikutkan hati... memang nak terkam semua.... tapi bila teringat EURO ho hohoooo.....

Jadi, jangan lepaskan peluang bawa EURO atau KM banyak-banyak untuk beli pelbagai jenis.... ada chocolate, ada prun, ada macam-macam kacang salut, entah macamana lagi nak sebut! Ada juga buah-buahan kering, dan pelbagai manisan Turki.

Semuanya dibungkus dengan rapi, kemas dan tersusun dalam kotak! Memang sesuai untuk dijadikan hadiah atau buah tangan! Cantik!

Berhadapan dengan Butik Badem, ada Sweet Shop pula! Rasanya kedai ini sama, sebab ketika Amie beli rahat lokum di sini, pekedai tadi keluar mengambil (sebab tak cukup) rahat lokum dari Butik Badem.

Nak cerita sikit tentang rahat lokum nih... yang pada mulanya kami makan sewaktu minum kopi Bosnia di Sebilj. Asal perkataan lokum dari Bahasa Arab iaitu al-halkum. Dalam dunia Arab, hidangan Turki dipanggil Rahat al-ḥulqūm (راحة الحلقوم) yang bermaksud "Tekak Comfort". Ada macam-macam jenis dan perisa rahat lokum. Bahan asasnya menggunakan gel kanji dan gula, kemudian ditambah dengan pelbagai bahan lain termasuk cincangan kacang pistachio, kacang hazel atau walnut. Ada juga yang masih mengekalkan rasa tradisional seperti perisa air mawar, warna kuning, hijau dan oren. Gula-gula atau rahat lokum ini kemudiannya disalut dengan pelbagai jenis serbuk seperti gula aising, sernuk kelapa kering atau krim serbuk tartar. Untuk rasa yang lebih kuat, ada yang dicampur dengan kayu manis dan juga pudina.
Amie tanya, mana yang paling sedap dan paling banyak orang beli.

Ditunjukkan yang di atas tu.... 1 kg berharga 10KM atau 5 EURO, lebih kurang RM23. Rahat lokum ini berisi kacang.

Yang warna merah jambu di belakang itu berperisa air mawar. Rasanya agak manis, berharga 6KM untuk 1 kg. Kalau nak beli, eloklah minta rasa dulu, sebab lain tekak lain seleranya. Walaupun pelayan kata yang merah jambu itu paling sedap dan paling banyak dibeli orang, tapi bila Amie makan yang bersalut serbuk kelapa, itu pulak yang Amie rasa sedap sebab tak berapa manis, dan lebih kenyal!
Ada juga rahat lokum yang dijual secara bercampur-campur pelbagai rasa dalam sebuah bekas.


 Dan banyak lagi laa....


 Macam-macam  manisan ado!

Keesokan paginya, sebelum kami berangkat ke airport, kami singgah lagi. Pelayan kedai menegur kami, katanya dia nampak kami datang kelmarin! Oh! Ha ha haa.... bolehnya dia ingat muka kami! Kami datang nak cari rahat lokum yang kurang manis, yang bersalut serbuk kelapa, yang warna coklat, oren, hijau, putih. Senang saja, pilihlah bungkusan Mix Rahat Lokuma yang di dalamnya ada pelbagai rasa seperti orasi, pistaciji, brusnica, smokva badem, vocni, menta, kapucino... ha ha haaaaa faham tak... tak faham kan....hiks!  Kalau badem tu tahulah kan.... badam!

 Sempat melihat-lihat desserts untuk kali terakhir!


 Pendek kata, banyaklah juga pilihan untuk dibeli sebagai oleh-oleh. Ada lukisan...

Fridge magnet yang cantik-cantik!

 Mug yang comel-comel!

 Haiissshhh! Semuanya menyakitkan mata memandang!



Yang ni semua.... memang tak berani tanya atau tengok harga!  Ha ha haa... aku hanyalah insan marhaen.... hiks!


Terbeli sesuatu dari sini... rasa seronok sangat! Bila sampai rumah, rupanya barangan buatan Iran! Ingatkan tulen dari Bosnia!

Jangan lupa, barangan buatan China pun banyak dijual di bandar lama ini.  Amie terbeli juga dua benda.... bila sampai bilik, buatan India pulak! Kwang.....kwang... kwang!

Oleh-oleh teristimewa yang Amie bawa pulang sudah tentulah sebuah buku resepi Bosnian Cuisine dan juga sebuah buku tentang negara Bosnia and Herzegovina!

Harap semut Bosnia tak ikut!

Cuma satu benda sajalah yang tak dapat... dua kali keliling tempat ni, tetap tertutup rapat! Tak apalah, agaknya D & P Perfumum ni nak suruh Amie datang ke sini lagi!

Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati

Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!


0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe