Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija

10:19 PTG

Jumpa lagi....
Masih lagi sembang tentang Sarajevo, tentang suasana di sekitar Old Town yang memiliki sejarah lamanya yang tersendiri.
Selama 5 hari berada di Sarajevo, kami berkesempatan melihat suasana Baščaršija pada waktu pagi. Terima kasih Lucinda sebab dengan cara santai begini, memang kita dapat memahami tradisi dan budaya hidup sesebuah masyarakat, dan bukan hanya sekilas pandang sahaja sebab tergesa-gesa untuk pergi ke tempat lain. Itu pandangan Lucinda, yang sudah banyak kali mengumpul pengalaman melancong mengikut pakej pelancongan.
Biasanya kami turun meninggalkan bilik penginapan sekitar pukul 8 pagi. Perkara pertama yang kami fikirkan sudah tentulah mencari kedai makan untuk alas perut! Memang tidak menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal di bandar lama ini, walaupun mungkin beberapa perkara yang kami rasa sangat melucukan, umpamanya keliru dengan menu untuk sarapan pagi dan ketika memesan minuman panas, pelayan restoran mengatakan mereka tidak menyediakan minuman panas, sebaliknya mencadangkan jus buah-buahan untuk kami. Jus buah tu pula memang yang betul-betul pekat macam puri....hihihiii...!
Cerita tentang menu sarapan pagi, kalau di tempat kita sudah tentu banyak pilihan seperti nasi lemak, roti canai, mee hoon atau mee goreng, kuih-muih dan sebagainya, serta sudah semestinya sekurang-kurangnya ada dua jenis pilihan minuman seperti teh atau kopi dan atau minuman panas lain.
Di sini, hentam sajalah... baik pagi, tengahari atau malam makan sajalah menu seperti cevapcici atau burek! Haaa... cerita tentang burek, tak sempat nak makan! 
Dalam paparan kali ini Amie nak kongsikan fgambar-gambar restoran dan gerai makan yang baru dibuka pada waktu pagi. Bukan apa, nampak sangat menarik pulak gerai atau restoran yang ada di sini. Sebenarnya di Baščaršija atau di bandar lama ini terdapat lebih 4,000 buah kedai!

Sebaik sahaja keluar dari pintu besar bangunan tempat penginapan, kami terus menapak ke arah kanan. Terus terpandang Restaurant Pod Lipom, di Prote Bakovica 6. Nampaknya suasana sunyi sepi, dah bangun ke belum orang-orang di sini hihihiii.....

Bila jenguk ke bahagian dalam.... ada rupanya beberapa orang sedang minum pagi. Ambil gambar kenanganlah dulu yerk!

Walaupun suhu agak sejuk, tapi sinaran matahari pagi terasa tambah menyamankan! Ambil gambar dulu berlatar belakangkan dua keping gambar Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat.

Nampaknya dua kali Bill Clinton datang ke sini. Katanya, beliau paling suka makan Begova Čorba (Bey's Stew) sejenis hidangan Bosnian soup yang berasaskan daging dan sayur-sayuran. Klepe dan pache pun sedap, katanya lagi.


 Agaknya Bill Clinton duduk di bahagian dalam restoran ketika makan kot......

 Di sebelah Restaurant Pod Lipom ialah Dzenita Restaurant. Nampaknya restoran ini masuk juga dalam senarai ulasan tripadvisor.

Bagaimana pun, restoran ini baru mula beroperasi walaupun sudah melewati jam 8 pagi. Nampak kemas dan tersusun rapi di bahagian dalam restoran.

Di bahagian luar pula kerusi meja  kelihatan menarik dengan warna hijau pucuk pisang sebagai lapik kerusi dan meja.

Kemudian, diletakkan pula menu yang ditawarkan di hadapan pintu masuk... nampak kreatif papan menu itu!

Kami terus masuk ke lorong-lorong yang berikutnya. Kelihatan pemilik kedai makan sedang membuat persiapan sementara menanti kedatangan pelanggan. Walaupun kerusi meja kelihatan usang tetapi mereka menutup segala kekurangan itu dengan lapik meja pelbagai warna.

Sudah berlapik warna merah, ditambah lagi warna hijau. Kemudian diletakkan sepasu bunga dan menu (itu Amie perhatikan ketika Amie toleh semula ke belakang).

 Teringin nak lepak di sini!

Sudahlah suhu dingin!
Adeeehhh... kalaulah ada secawan teh panas!
Dan sekeping roti canai, atau sepiring nasi lemak, atau karipap.... haaa mulalah tu meracau!

Ehh...eehhh! Begini pulak hiasannya. Memang cukup menarik!
Sekali pandang, terasa macam dipanggil-panggil untuk menjenguk apa ada di balik langsir tu!

Di setiap lorong bazar lama ini memang ada ceritanya yang tersendiri! Tapi kali ini Amie hanya nak kongsi dan cerita tentang tempat makan-makan saja!

Kalau ada rezeki datang lagi memang tak akan lepas peluang merasai pelbagai jenis makanan di sini. Tapi apakan daya, perut pun tak dapat nak menampung segalanya dalam masa yang singkat!

Ketika ini memang suasana agak sepi, tetapi menjelang pukul 9 pagi hingga petang, orang ramai tidak berhenti berpusu-pusu keluar masuk melalui segala lorong.... Kebanyakannya pelancong dari luar negara.

 Kahva tu kopi... 

 Tak cukup gambar menu di dinding restoran...

Diletakkan juga papan menu di bahagian hadapan restoran. 

 Nampaknya matahari pagi sedikit demi sedikit mula menerobos ke kota lama ini.

 Nak duduk di sini?
Tak laaa.... 
Nak jalan-jalan dulu.

 Biarlah sang mentari terus menyinari....

Cuba perhatikan, di luar tingkap tu... dibubuhnya alas tempat duduk yang nipis untuk keselesaan pelanggan!

Pemandangan sebegini memang biasa ditemui di kafe. Ruangan yang sempit dimaksimumkan supaya banyak pelanggan boleh duduk pada satu-satu masa. Maknanya, boleh juga buat pilihan, nak duduk di kerusi atau duduk santai kat tepi tingkap tu...

 Terpikat pulak dengan hiasan di tingkap Kafa i Kolaci tu...

Memang betul-betul kreatiflah... tak mahu ada ruang yang nampak kosong!



 Pelbagai gaya  paparan menu yang ditunjukkan untuk menarik perhatian pelanggan.

 Ada juga meja yang togel tak berlapik.









 Cantikkan!




 Terjumpa Istanbul Caffe!






 Nampak di bahagian luar restoran macam biasa-biasa saja...

Tapi di bahagian dalam, suasananya sangat cantik. Makan di taman bunga! (Tak jadi masuk...sebab segan he he hee).


Nampaknya, di mana-mana pun tempat makan atau restoran memang masing-masing pemilik mempunyai inisiatif dan citarasa tersendiri untuk menjadikan tempat makan mereka kelihatan cantik untuk menarik pelanggan!

Ini gerai biasa berhampiran Sebilj Fountain tapi cuba tengok di bawah kerusi tu... ada karpet merah!

Sekian.
Cerita di suatu pagi di bandar lama, kota tua Sarajevo di Baščaršija.
Dovidenja!


Entri berkaitan:

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe