ADSENSE

Isnin, 26 September 2016

Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!

Negara yang cantik bergunung-ganang serta memiliki sungai yang airnya kehijau-hijauan berkeluasan 51,129 km persegi dan terletak di semenanjung Balkan. Penduduknya tidak begitu padat, hanya sekitar 4 juta sahaja. Ia bersempadan dengan Croatia di bahagian utara, barat dan selatan, Serbia di sebelah timur dan Montenegro di selatannya. Pesisir lautnya hanya sekitar 20km sahaja.
Apabila kita melawat beberapa tempat seperti Lukomir Village, Neum, Skakavac Waterfall, Jajce, Travnik, Pliva Lakes, mengkagumi warna biruhijau aliran air Sungai Neretva di bawah Mostar, dan sebagainya kita tidak akan menyangka bahawa negara ini pernah melakar sejarah yang sangat pahit, tidak indah dan tidak cantik seperti bentuk fizikalnya!
Kami sangat teruja melihat keindahan bumi ini, tetapi Feda hanya tersenyum, sambil berkata: Tahukah kamu kami ada 3 menteri? Tentang itu dan ini, dan sebahagian keluhannya sudah pun Amie ketahui melalui pembacaan sebelum menjejakkan kaki ke negaranya.
dan banyak lagi.....

Pada hari terakhir kami berada di Bosnia and Herzegovina, Feda membawa kami ke atas bukit, yang dikatakan sebagai tempat tumpuan muslim Bosnia untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Dari situ, Feda menunjukkan  sebuah tapak perkuburan Islam. Katanya, di sini selain kubur penduduk tempatan, terdapat kubur mereka yang mati syahid sewaktu berlakunya Perang Bosnia 1992-1995.

Memang sedih bila kita menghayati suasana Perang Bosnia 1992-1995, pembantaian / penyembilan tanpa belas kasihan yang dilakukan ke atas umat Islam di sini. Sewaktu berjalan menyusuri Sungai Miljacka, ketika terdongak ke atas, kelihatan deretan warna putih yang juga merupakan tapak perkuburan.

Sebelum tayar kapal terbang mencecah landasan pun, sudah kelihatan kawasan perkuburan yang sangat luas dari udara.

 Ini kubur biasa, tetapi kata Feda ada beberapa kubur mangsa perang di sini.




 Ehsan : Google
Penemuan jasad pembunuhan beramai-ramai di Sebrenica.

 Ehsan : Google

Ehsan : Google

Ehsan : Google
Pengkebumian jasad-jasad yang ditemui.

 Ehsan : Google
Kesan-kesan peluru yang menembusi dinding sengaja ditkekalkan sebagai memperingati peristiwa luka negera ini.

 Ehsan : Google
Antara terowong kehidupan yang digali oleh penduduk Sarajevo dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa perang. Ketika itu bandar Sarajevo dikepung dan menyukarkan penduduk tempatan untuk meneruskan aktiviti harian. Dengan adanya terowong seperti ini mereka boleh mendapat bekalan makanan, ubata-ubatan dan kemudahan asas dari kawasan luar bandar. Keadaan di sini sebenarnya tidak menjanjikan suasana yang aman memandangkan seringkali dibedil oleh musuh, namun mereka tiada pilihan lain pada waktu itu.


...akhirnya mereka yang terlibat dalam peristiwa pembantaian Muslim Bosnia dibawa ke muka pengadilan!

Amie tertarik dengan watak seorang wanita, Zata Filipovic yang berusia lebih kurang 12 tahun ketika perang tercetus (lebih kurang usia Feda - 11 tahun ketika itu), Boleh rujuk ZLATA FILIPOVIC dan KISAH NYATA GADIS ZLATA FILIPOVIC dan juga DI SINI. Zlata lahir pada 3 Disember 1980, dan merupakan anak kepada peguam bela dan ahli kimia dari keluarga kelas pertengahan. Kedua ibu bapanya beragama Islam. Zlata bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan, dan mula menulis dalam diarinya, Mimmy dari tahun 1991-1993. Antara lain isi kandungan diarinya termasuklah peristiwa ngeri yang dilaluinya ketika dalam pengepungan di Sarajevo semasa perang.
Sedikit perkongsian yang begitu menginsafkan dari Zlata, katanya Bosnia pada awalnya sebuah negeri yang sangat aman damai. Hidup mereka begitu harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan yang berbeza. Menurutnya tidak terdapat berbezaan cara hidup yang nyata di antara Muslim dan non-Muslim. Ketika perayaan Krismas, hampir seluruh penduduk Bosnia merayakan bersama tanpa mengira agama. Para remaja terdedah kepada pesta-pesta seperti valentine daya, tahun baru, haloween dan pelbagai sebagainya.
Namun segalanya menjadi titik tolak kepada terbukanya peluang dan alasan pemimpin Kristian Serbia untuk menghapuskan Muslim Bosnia. Mereka tidak memperdulikan sikap toleransi Muslim Bosnia terhadap pelbagai kepercayaan dan agama yang dianuti. Perang besar-besaran tercetus dan proses pembantaian Muslim Bosnia berjalan seperti yang dirancang di bawah pimpinan Slobodan Milosevic yang dikatakan sebagai pemimpin fasis yang lebih zalim dari Adolf Hitler! 
Mungkin kita tidak pernah terfikir, seorang manusia sanggup menyembelih bayi-bayi yang masih kecil, mengembiri kaum-kaum lelaki kemudiannya membakar mereka hidup-hidup, merogol wanita-wanita sehingga ramai di antara mereka mengalami gangguan mental dan membunuh diri. Ia hanyalah secebis kisah duka, namun yang paling menyayat hati di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh jiran mereka sendiri yang selama ini hidup aman. Perkampungan yang sebelum ini menjadi tempat mereka bermain dan berkongsi kegembiraan menjadi neraka. Jiran mereka sendiri merogol anak-anak perempuan, isteri-isteri jiran-jiran mereka di hadapan suami-suami dan bapa-bapa mereka sendiri. Seterusnya mereka mengumpulkan jiran-jiran mereka ini dan menembak mereka secara beramai-ramai.
Menurut Zlata lagi, penduduk Muslim Bosnia yang pada mulanya tidak begitu mengambil berat tentang nilai-nilai Islam akhirnya terngadah akibat terlalu terkejut melihat rakan, jiran dan sahabat handai serta keluarga yang beragama lain yang pada mulanya sangat rapat, dan bertoleransi kini menunjukkan talam dua muka dengan menyerang dan membunuh atas alasan mereka Muslim, beragama Islam dan perlu dihapuskan sehingga ke akar umbi!
Mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku, mereka segera menyedari kesilapan dan kembali kepada identiti asal mereka sebagai penganut Islam.  Terlambat bukan erti segalanya akan tamat. Muslim Bosnia terus menginsafi bahawa : "Berpuluh-puluh tahun kami hidup berdampingan dengan saudara-saudara kami yang berlainan agama, kami sangat bertolak ansur tetapi kebaikan kami dibalas begitu pahit, mudah-mudahan ini jadi pelajaran bagi kami untuk tidak pernah meninggalkan Islam". 
Akhirnya, walaupun serba kesulitan, mereka terus bangkit mempertahankan agama dan bangsa demi satu jihad, dan mati dalam keadaan syahid.
Pesan Zlata dengan sedihnya: Semoga apa yang kami alami, tidak akan terjadi kepada umat Islam yang lain. Biarlah Bosnia menjadi hikmah kepada kita semua.
 Ehsan : Google

Entri berkaitan:

Tiada ulasan: