ADSENSE

Ahad, 25 September 2016

Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab

Ćevapi atau  ćevapčići, dua perkataan yang sering Amie temui ketika melayari internet untuk mengenali makanan tradisional Bosnia and Herzegovina.  Ćevapi merupakan makanan tradisional negara-negara di Tenggara Eropah, terutama di Serbia, Bosnia and Herzegovina, Montenegro, Croatia, Slovenia, Republik Macedonia, Bulgaria dan Romania. Bagaimanapun dikatakan pada zaman Uthmaniyyah, makanan ini dibawa masuk ke kawasan Balkan pada abad ke-15. 
Berdasarkan pembacaan Amie bersama pak google, cevapcici ialah sejenis kebab Bosnia yang berupa sosej daging bersaiz kecil, dan dipanggang  di atas bara kayu. Sosej ini diperbuat daripada campuran daging lembu dan kambing. Ia dihidangkan bersama bawang, krim masam, Ajvar dan roti pita Bosnia yang dipanggil somun.
Pada suatu pagi, hari keempat kami berada di Bosnia, atas cadangan Feda kami mengunjungi sebuah restoran yang terletak bersebelahan dengan tempat penginapan kami. Ketika itu matahari sudah mula memancarkan cahayanya dan jam ketika itu menunjukkan lewat pukul 8 pagi. 

Nampaknya restoran yang kami singgahi belum bersedia sepenuhnya untuk menerima pesanan sarapan pagi, memandangkan pelbagai jenis makanan yang cuba kami pesan belum tersedia. Bagaimanapun terdapat pilihan makanan lain yang boleh dihidangkan. Dah namanya perut orang Asia, bendapertama yang kami cari  untuk mengalas perut sudah tentulah minuman panas. Kami meminta teh panas, tetapi menurut pelayan di situ tiada sebarang minuman panas yang disediakan! Jadi.... apa yang boleh kami minum? Pelayan tadi mencadangkan pelbagai jenis jus buah. Seperti biasa Lucinda memilih minuman berasaskan limau. Amie pula memilih jus buah pic.

 Inilah antara senarai menu yang ditawarkan.

Mulanya Amie pesan sup tarhana, tapi katanya tidak ada. Apalah yang nak dimakan untuk sarapan pagi kami? Akhirnya kami memilih cevapcici, untuk kali yang kedua selepas makan makanan tersebut di Kolobara Han dua hari sebelumnya.
Sementara menunggu hidangan sampai, kami minum dulu. Adeeeehhh... Lucinda terlebih dahulu mencicipi jus limaunya... katanya, memang betul-betul pati limau tanpa tambahan gula! 

Amie pun cuba jus pic. Telan sajalah.... memang lepas ni menggelodak perut! Tak apa... lepas makan, boleh lari balik naik ke bilik! Bukan jauh pun, hanya beberapa puluh meter sahaja dari situ. Pagi-pagi...minum jus untuk cuci pewwwuut!


Sementara menunggu sarapan pagi tiba, sambil minum jus sedikit demi sedikit, sempat merakan pemandangan di luar dan dalam restoran.


Beberapa minit kemudian, hidangan pun sampai.
Seperti sebelumnya, kami pesan saiz kecil sahaja iaitu sebanyak 5 keping sosej, dengan harga 4KM, berbanding sebelum ini berharga 5KM.

Ini dia cevapcici, roti pita Bosnia atau somun, dengan sosej atau kebab Bosnia yang tersembunyi di dalamnya serta cincangan bawang besar Holland. 

 Lucinda memesan makanan tambahan iaitu omelet atau telur dadar.

Nampaknya harga telur dadar jauh lebih mahal berbanding harga cevapcici. Kalau tak silap Amie harga sepiring omelet ini dalam 10-12KM.

Ketika kami meninggalkan Dzenita Restoran ini, keadaan di luar restoran kelihatan rapi setelah dikemas oleh pekerkja mereka.

Pada hari yang lain pula, kami sekali lagi mengunjungi sebuah gerai makan berhadaan dengan Sebilj Fountain

Dengan saiz cevapcici atau kebab Bosnia yang sama, harga di sini hanya 3KM sahaja! Tapi tak ingat apa nama gerai yang kami singgahi. Yang Amie ingat hanyalah tuan punya gerai yang mengalu-alukan kedatangan kami sebagai orang Malaysia, dan  memperkenalkan dirinya sebagai orang Iran.

Di sinilah kami menikmati seteko teh Iran atau Iranski Caj yang sangat sedap! Sangaaatt sedap... sebab dah berapa hari tak jumpa teh panas! Tapi... tehnya memang sedap! Kalau tak sedap, takkanlah habis seteko kami kerjakan!

 Di gerai ini, banyak terdapat makanan yang murah dan sedap

Ini cevapcici yang kami makan buat pertama kali di Kolobara Han! Rupanya, sekali makan cevapcici... nak makan lagi walaupun masih terasa-rasa masin-masin garamnya!

Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati

Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

Tiada ulasan: