ADSENSE

Sabtu, 24 September 2016

Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci

Jangan lepaskan peluang mencicipi masakan di tempat yang kita lawati. Alhamdulillah, di sini memang banyak restoran yang menghidangkan makanan halal. Apa pun sudah tentulah rasa masakan mereka agal berbeza dengan masakan yang kita masak dan nikmati sehari-hari. Bagi yang berminat untuk mencuba, eloklah ambil peluang ini. 
Kami sempat singgah di Kolobara Han, yang terletak di Saraci ketika kami berjalan-jalan pada waktu petang di sekitar bandar lama.

Para pengusaha kedai makan di sini nampaknya begitu kreatif dalam menata hias premis perniagaan mereka. Amie sentiasa melihat pemandangan yang berbeza di setiap kedai atau restoran makan samada yang kami singgahi atau sekadar lalu lalang sahaja. Kali ini kami singgah makan di Kolobara Han, sebuah restoran yang terletak di Saraci. Kami tidak menyedari ada dua jalan atau pintu masuk ke restoran ini.  Kami masuk ikut pintu yang kami temui ketika berjalan-jalan melalui lorong bazar di bandar lama. Apa yang menariknya di sini ialah selain suasananya yang begitu santai, hiasan dalamannya mengajak kita untuk berlama-lama di situ....
Rasa macam nak melunjurkan kaki yang penat berjalan, rasa nak baring-baring pun ada....hiks!

Ketika itu waktu hampir menjelang petang. Perut memang lapar, tapi tak tahu nak makan apa! Minta pelayan terangkan masakan di sini, he he heee.... masalah bahasa timbul kembali! Tapi, tak apalah... asalkan boleh berkomunikasi, itu sudah cukup bagus!

Amie pesan ćevapčiće, sejenis masakan tradisi Bosnia. Alhamdulillah, dengan perkataan dan bahasa isyarat pelayan restoran dapat menjellaskan kepada kami bahawa terdapat dua jenis saiz ćevapčiće. Saiz besar mengandungi 10 sosej daging berharga 10KM manakala saiz kecil mengandungi 5 sosej daging berharga 5KM. Amie pilih saiz kecil.


 Lucinda pula memilih salad tuna atau salata sa tunjevinom.

Minuman pun ada macam-macam jenis. Amie pesan segelas juice of elder, campuran bunga elder dengan lemon.


Tak pastilah pulak makanan yang kami pesan itu sesuai untuk makan tengahari atau malam, atau makan-makan begitu saja. yang penting, ada alas perut sebelum kembali ke tempat penginapan.


Lucinda dengan salad tuna, yang katanya sungguh sedap! Memang hidangan ini nampak menyihatkan dengan hirisan tomato yang segar, buah zaitun, hirisan timun, ikan tuna hirisan lemon dan juga taburan herba sebagai penambah aroma untuk membangkitkan selera.

Rasanya? Ramai kawan-kawan tanya, sedap atau tidak? Sedap atau sebaliknya itu ikut selera masing-masing, sebab rasa itu subjektif sifatnya. Apa yang dapat Amie simpulkan di sini ialah, cara penyediaan dan bahan yang digunakan lebih kepada corak pemakanan sihat! Kalau di tempat kita, barangkali pelbagai bahan perasa dicampur, tetapi di sini cukuplah sekadar garam untuk rasa, lada hitam dan juga jus lemon. 

Ini dia ćevapčiće yang Amie pesan, dan ćevapčiće ini dikenali juga sebagai kebab Bosnia. Ia diperbuat daripada campuran daging kambing dan lembu dan dhihidangkan dengan bawang besar cincang dan juga roti pita. Nak tahu macamana cara nak makan ćevapčiće? Ha ha haaa... hentam sajalah, asalkan boleh masuk perut! Rasanya? Tidak terdapat sebarang perasa atau rempah yang kuat. Hanya sekadar rasa masin dari garam pada sosej tersebut, dan bila dimakan bersama bawang barulah timbul rasanya! Mungkin itulah rasa sebenar ćevapčiće. Mungkin sosej bersama bawang itu dimasukkan dalam kantung roti, tapi Amie makan cubit-cubit roti, cecah bawang dan ambil sedikit sosej....ahaks!


Sebenarnya restoran ini mempunyai pintu masuk di bahagian lain. Bahagian ini terus menghala ke tempat makan yang lebih menyerupai taman, duduk santai-santai di bawah pokok. Patutlah sewaktu kami bayar harga makanan, terpandang orang ramai makan di bahagian belakang restoran! Cantik pulak pemandangannya...
Tak apalah, kami pun terlebih santai makan berdua di ruang dalam yang dipenuhi pelbagai hiasan dalaman!

Pemandangan yang biasa kami temui... mangsa perang yang kehilangan atau cedera kakinya. Petang itu kami terus pulang ke tempat penginapan, dan masih terasa masin-masin sosej Bosnia atau ćevapčiće terlekat di bibir....

Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati

Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

Tiada ulasan: