ADSENSE

Jumaat, 23 September 2016

Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna

Feda ada menyebut tentang Tukije di Balgaj. Tukije ialah rumah sufi yang terletak di antara mata air dari Sungai Buna. Dalam perjalanan kembali dari Mostar (kira-kira 12 km jaraknya), kami singgah di tempat tersebut. Suhu di kawasan tersebut agak panas, lebih kurang sama dengan suhu di Mostar. Melihat keindahan air Sungai Buna terus membuatkan kami asyik dengan pemandangan di sekitarnya. 


 Atas jambatan, menyeberang ke sebelah untuk sampai ke restoran.

Sebelum menyeberang jambatan, jumpa ini dulu.... Freda tunjukkan rumah sufi, Tekija di bahagian dalam. Jika anda berminat dan mempunyai masa bolehlah melawat Blagaj Tekija yang dibina sekitar tahun 1520, unsur menghayati seni bina Uthmaniyah dan Mediterranean.

 Tapi mata kita terus memandang ke arah sini. Sudah pukul 1 tengahari.... sudah sangat lapar! 

Walaupun perut dah berkeroncong tapi mata tak lepas memandang sana sini. Mengambil gambar suasana di kiri dan kanan jambatan!

 Pemandangan di sebelah kiri menuju ke Restoran Vrelo. Ada air terjun di hujung sanun!

Ambil gambar sebelah kanan pulak. Deretan kerusi meja memnuhi bahagian tebing sungai. Ada lagi jambatan di sebelah sanun.

 Tangkap lagi gambar sebelah kiri...haiisshh!

Sebelah kanan pulak... haa yang ini ambil gambar dekat sikit ke dasar sungai. Kata Lucinda, air sungai berwarna hijau disebabkan ada lumut tumbuh di batu. Amie kata, pakar betul Lucinda memahami mata pelajaran Geografi...hihihiii...sebab dulu Amie hanya suka belajar Geografi Kawasan dan kurang tumpukan bahagian Geografi Fizikal. Ketawa saja Lucinda... katanya, bukan sebab itu. Sebabnya ialah dia pernah tinggal di tepi sungai dan melihat sendiri warna air sungai kelihatan hijau sebab dasar sungai yang berbatu ditumbuhi lumut! Ha... nampak tak batuan di dasar Sungai Buna itu ditumbuhi lumut?

Kami disambut dengan pelayan wanita yang sangat manis! Katanya kami boleh memilih mana-mana sahaja tempat duduk di sepanjang tebing sungai termasuk di bahagian atas yang terletak berhampiran air terjun. Wah! Seronoknya makan tengahari sambil menikmati keindahan Sungai Buna yang menghijau dan mendengar deruan air terjun yang keluar dari batu gunung!

Sayangnya tempat tersebut sudah ditempah pelanggan lain. Kami pun kembali semula ke tempat duduk berhampiran jambatan di tepi sungai.

Teringat perbualan dengan Feda di awal perjalanan... nak makan kambing atau nak makan ikan? Kambing.... ikan, kambing... ikan! Kalau nak makan ikan, di sinilah tempatnya. Oh! Makan ikanlah! Dah banyak kali makan daging (cevapcici), sepanjang berada di Sarajevo.

Kami memesan Plate (Calamari) for two persons.  Mari belajar bahasa mereka di sini : Plate Calamari disebut Plata Calamari. Dalam hidangan ini kata pelayan restoran, mengandungi pelbagai jenis makanan termasuk ikan trout yang masih segar, diambil hidup dari sungai. Bila lagi nak merasa ikan trout Lucinda? Dari jauh kita datang, eloklah lupakan dulu ikan kembung he he heee....  ada tak ikan kembung di Bosnia? Adeeehhh tiba-tiba jadi rindu nak makan nasi dengan asam pedas ikan kembung! Tapi, buat masa ini eloklah  bayangkan macamana rupa hidangan ikan trout, sejenis ikan yang hidup di dalam air yang sejuk dan bersih dan hanya didapati di kawasan sungai di gunung yang tidak tercemar.

 Kami juga memesan Mjesana Salata. Salad oh! Salad!

Seperti biasa minuman kegemaran Lucinda sudah semestinya berasakan limau! Kali ini Lucinda dengan sebotol orandzada berharga 4KM. (2 EURO) atau atau RM9.80 mata wang kita pada hari itu. Hanya segelas sahaja orandzana bila dituang ke dalam gelas yang disediakan. Amie pula sepanjang berada di negara ini lebih suka mencari air mineral. Memang dihidangkan air mineral atau mineralna tapi rasanya agak berbeza dengan air mineral yang kita minum. Sebotol kecil sama saiz dengan orandzana berharga 2.5KM atau RM6.90.

Hidangan Plata Calamari sudah tiba di meja. Terlebih dahulu sebakul kecil roti disediakan untuk kami. Inilah makanan asas di sini, roti! 

Dalam Plata Calamari juga dibubuh sedikit nasi! Mungkin dalam sesudu atau dua sudu besar. Bolehlah untuk lepas rindu!

Ini dia keseluruhan hidangan yang kami pesan. Dua ekor ikan trout panggang dengan bijan dan kacang badam, kalamari, sotong sumbat, sotong goreng, chard, salted potatoes, rice, French fries dan tatar souce. Salad yang dipesan... nampaknya tak berusik! Perut tak muat! Chard itu mungkin sayur bayam... ada sedikit sayur bayam direbus sampai lembut tersembunyi di celah kentang rebus dengan kentang goreng di dalam gambar itu! Plata Calamari berharga 55KM manakala Mjesana Salata pula 3KM. 

Pertama kali makan ikan trout!
Jika anda berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan ini. Kami perlu mebayar sebanyak 64.50KM untuk hidangan tengahari kami atau dalam EURO sebanyak 33.86 EURO. Boleh bayar dalam matawang KM atau EURO. Tapi RM tak boleh pakai ye....ahaks!

 Jam hampir menunjukkan angka 2 petang. Masa untuk berangkat pulang.

 Ambil gambar lagi buat kenang-kenangan!

 Di tebing Sungai Buna, di bahagian luar terdapat deretan gerai menjual kraftangan.

Boleh tawar menawar di sini. Nampaknya penjual di sini sudah biasa dengan kedatangan orang-orang kita. Harga yang ditawarkan agak rendah sedikit berbanding harga di Mostar dan Sarajevo. 

Perjalanan diteruskan. Hanya sempat mengambil gambar pohon-pohon angur dari dalam kereta. Jika dilihat dari dekat, ketika itu buah-buah anggur kelihatan bergantungan di celah-celah daun!

Di kiri kanan jalan terdapat jejeran pohon pic, epal, pohon delima dengan buahnya yang lebat dan juga sesekali terlihat gerombolan biri-biri.

 Tak berani nak kata pokok apa... mungkin pokok tin!

Selamat tinggal Blagaj-Buna!
Tapi sebelum itu, ada kenangan ketika dalam perjalanan pulang. Amie rasa tidak selesa ketika duduk, seolah-olah ada sesuatu yang melekat di belakang pakaian. Bila Amie lihat, rupanya baju Amie dipenuhi dengan chewing gum! Adeeeehhh! Memang nak menangis ketika itu...bukan sebab baju Amie yang dipenuhi chewing gum tetapi tempat duduk ...kereta Feda yang berwarna hitam dari baldu itu rosak sama! Feda menghentikan keretanya dan mencari kain di bonet kereta untuk lapik tempat duduk Amie. Amie mohon ampun dan maaf berkali-kali, tapi kata Feda jangan risau...itu bukan salah Amie. Mungkin ada seseorang yang nakal atau Amie 'terduduk' di atas kerusi (ketika makan) yang memang terlekat chewing ghum di situ! Pada ketika itu kami teringat ketika makan, Amie tertoleh melihat seorang budak perempuan yang berdiri di belakang Amie sambil ketawa!
Entahlah!
Lucinda berikan tips untuk hilangkan chewing gum. Katanya, gosok bahagian yang terkena chewing gum itu dengan ketulan ais. Biarkan chewing gum mengeras dan kemudian tarik!
Sewaktu Feda menghantar kami ke airport dua hari kemudian, Feda menunjukkan tempat duduk yang terkena chewing gum itu.
Lihat, katanya.
Bersih bukan?
Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku!
Jangan risau lagi. Itu bukan salah kamu!
Feda turut berterima kasih kepada Lucinda kerana kongsi tips tanggalkan chewing gum!

Entri berkaitan:
Bosnia and Herzegovina (1) : Lahad Datu - Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Belgrade - Sarajevo
Bosnia and Herzegovina (2) : M'Ali Rooms, Prote Bakovica 2, Sarajevo City Center, Sarajevo, Bosnia Herzegovina 71000
Bosnia and Herzegovina (3) : Menyusuri Sungai Miljacka
Bosnia and Herzegovina (4) : Jatuh Cinta di Caffe Slastičarna Saraj!
Bosnia and Herzegovina (5) : Sepetang di Baščaršija (Sarajevo Old Town)
Bosnia and Herzegovina (6) : Minum Kopi Bosnia (Bosanska Kahva)
Bosnia and Herzegovina (7) : Konjička Stara Ćuprija (Jambatan Konjic)
Bosnia and Herzegovina (8) : Jablanica Most
Bosnia and Herzegovina (9) : Mostar ( Stari Most)
Bosnia and Herzegovina (10) : Blagaj - Buna - Makan Tengahari di Tepi Sungai Buna
Bosnia and Herzegovina (11) : Singgah Makan di Kolobara Han, Saraci
Bosnia and Herzegovina (12) : Jalan-Jalan Cari Makan Ćevapi ( ćevapčići ) / Bosnian Kebab
Bosnia and Herzegovina (13) : Negeri Yang Pernah Terkoyak!
Bosnia and Herzegovina (14) : Jom Makan Nasi dan Minum Teh Parsi di Sarajevo!
Bosnia and Herzegovina (15) : Makan Malam di Nanina Kuhinja
Bosnia and Herzegovina (16) : Suatu Pagi di Baščaršija
Bosnia and Herzegovina (17) : Oleh-Oleh Bosnia
Bosnia and Herzegovina (18) : Masjid & Kenangan Mencuit Hati
Bosnia and Herzegovina (19) : Selamat Tinggal Negara Bosnia Yang Cantik!

Tiada ulasan: