ADSENSE

Rabu, 13 Julai 2016

Bermalam di Concorde Inn KLIA

Bila balik beraya di kampung, macam-macam perkara perlu difikirkan. Tambahan pula tempoh masa yang sangat singkat, tolak 2 hari perjalanan pergi dan balik, hanya 3 hari sahaja sempat bersama keluarga. Pada masa itulah kalau boleh nak penuhi setiap saat dengan perkara-perkara yang sering diangan-angankan. Pada mulanya, kami bercadang untuk bertolak dari rumah Bonda pada pukul 4 petang... menuju ke Concorde Inn di Sepang. Bukan apa, kami akan terbang pulang keesokan paginya, jadi tidak perlu mencari risiko untuk bertolak di waktu dinihari dari kampung (terbayang mata yang masih terpisat-pisat!) dan segala macam (perkara yang sering terjadi setiap kali balik kampung...hiks). Akhirnya terpaksa lari dari perancangan. Seharian kami beraya di Negeri Sembilan! Menjelang pukul 5 petang, dalam perjalanan pulang menuju ke kampung, kami singgah sebentar di Concorde Inn. 

Dah booking awal secara online untuk menginap di sini. Syukurlah dapat hotel yang dekat dengan airport.
Terima kasih Din, adik ipar kita yang sudi sama-sama memandu tunjuk arah ke sini.
Pertama kali sampai di Concorde Inn, pemandangan di situ nampak santai-santai sahaja.
Yang lucunya, Din kata.... ingatkan hotel tu satu bangunan tinggi!

 Selepas check ini, kami masuk sebentar... jengok bilik.

 Inilah tempat penginapan kami pada malamnya.

Kemudahan yang disediakan kelihatannya serba lengkap.

Yang seronoknya, tak perlu naik lif untuk sampai ke bilik sebab semua bilik berada di bawah.

Ada perkhimatan bas percuma ke KLIA. Bas besar di atas tu ulang-alik ke KLIA2. Kami akan naik bas kecil, sebab kami akan ke KLIA.

Cuba tengok di atas bumbung tu.... 
He he hee.. teringat zaman kanak-kanak dulu... pasang benda tu untuk dapat siaran televisyen!
Oh! Rasa nostalgia pulak...

 Pemandangan di luar hotel yang sempat dirakam pada petang itu.

 Wokeh... kami balik dulu ke kampung, nak ambil beg.

Waktu itu, Bonda dikunjungi tetamu... maklumlah baru masuk hari raya kedua! Terpaksa kami mohon diri.... Moga Bonda sentiasa sihat dan gembira.
Lebih kurang 1 jam setengah pemanduan, kami tiba di Concorde Inn.

 Tu diaaaa.... Firdaus dah masuk bilik!
Tak sampai berapa minit, Firdaus dan Fairuz tidur!
Sungguh-sungguh tidur tu sebab keletihan beraya, ke sana ke mari siang dan malam!

Kami sampai di hotel hampir pukul 11 malam. 
Kononnya kalau bertolak pukul 4 petang, bolehlah makan dengan anak-anak di sini... memang terliur tengok promosi di atas tu... Apa nak buat, rezeki tak sempat singgah!

 Tiba-tiba Farid kata perutnya lapar. Aiikkk... dah pukul 11 malam tu.
Dia order dari bilik wantan goreng dan spring rolls. 

Satu lagi... terkejut juga kita bila tengok pelayan hotel hantar double dekker spices club sandwich tu..... Suka sangatlah Farid makan! Kira last supper laaa tu.

 Sandwich tu datang bersama dessertnya sekali, apple pie serta segelas jus oren.

Sarapan pagi bermula dari pukul 5 pagi. Kejutkan anak-anak dari pukul 5 pagi, tak ada seorang pun yang bergerak! Akhirnya kita dengan Encik Suami sahaja yang bersarapan.







Pelbagai jenis hidangan disediakan di sini. Sarapan pagi kami untuk dua orang memang termasuk dalam harga penginapan. Untuk per kepala, sesiapa yang nak sarapan di sini bayaran dikenakan sebanyak RM35.


Tak sempat nak ambil banyak gambar di sini, sebab kita nak segera berkemas, kejutkan anak-anak dan bertolak ke KLIA.


 Sempat tangkap gambar di lobby hotel... luas!



 Mungkin kalau sampai awal petang, anak-anak boleh mandi-manda di sini.

Concorde Inn ini sesuai sangat dijadikan tempat persinggahan samada sebelum berlepas atau setelah tiba di KLIA. Hotel ini bertaraf 3 bintang. Persekitarannya tenang dan bersih.


Ada paparan jadual ketibaan dan perlepasan di sini... memudahkan mereka yang transit di sini untuk mengikuti perkembangan di KLIA.

Kami naik bas ke KLIA...
Perkhidmatan bas setiap 1/2 jam sekali. 

 Inilah bas yang kami naiki.

Dak siap check in, temankan anak-anak sarapan pagi di Food Garden KLIA sebelum terbang ke Kota Kinabalu.



Tiada ulasan: