ADSENSE

Jumaat, 15 Julai 2016

Beraya di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Akhirnya cair juga hati ikut beraya ke Negeri Sembilan. Rancangan nak berangkat pukul 4 petang ke Concorde Inn terpaksa ditunda ke pukul 9 malam. Pukul 8.45 pagi kami bergerak dari Kampung Bukit Hijau, singgah sebentar di rumah adik bongsu (suaminya orang N9 yang nak kami pergi berayalah ni...) di Meru. Anak buah & kawannya sudah menunggu di RnR Dengkil. Pelan-pelan kami menyusur jalan melepasi plaza tol... lebuhraya lengang!
Terakhir kita berada di bumi Negeri Sembilan ialah pada tahun 1992. Kita practical teaching di Chan Hwa High School, Jalan Temiang, Seremban selama 3 bulan. Lamanya masa itu berlalu...

Terima kasih daun keladi gajah buat anak buah, Ziah kerana pinjamkan kami kereta sepanjang waktu beraya di kampung halaman....

Ini kira pertama kali kami sampai di Lenggeng, nak masuk Kampung Sungai Jai. Nak cerita pasal jalan...kita tak berapa faham sangat hihihiii... ikut jew kereta di depan tu, yang dipandu adik ipar... jumpalah Kampung Gebok dan tempat-tempat lain. Pemandangan sepanjang jalan masuk sangatlah menarik! Nampak bersih dan teratur dengan pokok-pokok yang subur merimbun di kiri kanan jalan.

 Inilah rombongan kami dari Selangor merentas jalan ke Negeri Sembilan.

Adik bongsuku, Chah dengan suaminya, Kamal dan ibu mertuanya, Puan Normah serta anak-anak.

 Alhamdulillah... moga sentiasa bertambah rezeki tuan rumah. Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah.

 Spaghentti memang kegemaran Farid! Bukan main berselera lagi anak bujang ni menikmatinya! Penuh satu pinggan!

 Lemang dan ketupat... makan dengan rendang!
Kami ambil kesempatan untuk menziarahi rumah keluarga Kamal berhampiran kampungnya.

 Ambil kesempatan juga merakam dan mencicipi kuih-muih yang dihidangkan he heee...

Walaupun biasa menemui pelbagai jenis kuih muih sebegini di tempat lain, tetapi tetap juga ada kelainan dan keunikannya yang tersendiri. Misalnya rempeyek yang di atas tu... sangat rangup! Berbeza dengan rempeyek yang biasa kita makan di tempat sendiri. Dengan rasa tak malunya, kita pun tanya resepi rempeyek itu pada tuan rumah. Setelah menyebut bahan-bahannya, baru kita perasan, santan tidak digunakan! Tapi rasanya tetap enak! Malah lebih rangup berbanding rempeyek yang menggunakan santan! Terima kasih.... (lupa nama keluarga Kamal yang bagi resepi ni.)

Entah apa yang diingat waktu tu, nama kampung pun kita terlupa!. Tapi sempatlah ambil gambar kenangan di depan rumah (tak silap Mak Long atau Kak Long Kamal). 
Rupanya ibu Kamal masak tengahari untuk kami.... aduhai! Terima kasih banyak-banyak... rasa sangat terharu sebab 'menyusahkan' laaa pulak... Jadinya, selepas menziarahi beberapa buah rumah keluarga Kaml, kami patah balik ke rumah ibu Kamal. Memandangkan halaman rumah penuh dengan kereta tetamu, kami parking kereta ikut jalan belakang. 

Ada pokok rambutan... buahnya masih hijau!
Ketika ini tak semena-mena kami pun teringat zaman kanak-kanak dulu.... kekah rambutan muda sampai hijau biru bibir dan gigi! Tak pasal-pasal kami pun capai buah rambutan tu...oh! Jenis rambutan kuning rupanya. Patutnya tak masam.  Orag beraya di dalam rumah, kami beraya dengan rambutan di kebun belakang....

 Pokok rambai pun lebat berbuah!

Nampaknya anak-anak tak ada yang berminat terhadap buah-buahan tempatan. yang hairan hanyalah kami... ibu-ibu dan bapa-bapa yang pernah mengalami zaman kanak-kanak yang sama... Buktinya, tak seorang pun di antara anak-anak kami yang bersama kami ketika itu... semuanya masuk ke dalam rumah!

 Walaupun buah jambu bol masih belum ranum, tapi kami kekah jugak!

Sama halnya dengan buah rambutan. Dulu, bagi kami jambu bol begini sudah cukup ranum! Jadinya, memang jarang sangatlah nak jumpa jambu bol warna erah atas pokok!

 Cempedak atau nangka?
Nangka kot!

 Adeeeehhh...
Ini memang betul-betul beraya di kebun orang nih!

Terima kasih buat tuan rumah yang sangat sporting! Sanggup melayan kami beraya di kebun! 
Jom minum air kelapa muda!

Lepas tu, kami pun dijamu makan tengahari dengan masakan tradisi Minang. Semuanya pedas dan berasaskan cili padi. Itulah uniknya, masih mengekalkan resepi tradisi. Sempat jugalah sembang-sembang resepi dengan ibu Kamal. Antara lauk-pauk yang dihidangkan termasuklah sambal udang, ayam masak lemak cili padi dan ikan bilis tempoyak.

Ayam masak lemak cili padi ni ibu Kamal bubuh daun pucuk ubi. Katanya kalau nak saka setengah ekor ayam, gunakan santan daripada atu biji kelapa. Kalau masak ayam seekor, kena gunakan dua biji kelapa. Masak sekali harung, masukkan semua bahan kecuali pucuk ubi... haa yang tu masuk waktu akhir sebelum tutup api dapur. Tak payah celur dulu, masuk saja katanya.... 

Yan ini pulak sambal tempoyak ikan bilis. Tak perlu ditumis. Masak sekali harung tanpa bawang putih dan bawang merah. Ingat itu ye Amie... nanti mau dicuba masak sendiri dong!

Terima kasih Puan Normah, ibu Kamal yang sudi kongsi resepinya.
In shaa Allah nanti kita nak cuba masak sendiri resepi yang diberi tu. Terima kasih daun keladi... nanti kalau ada kesempatan bertemu lagi, nak sembang lagi pasal resepi orang negeri!
Wokey....
Masa untuk berangkat pulang....

 Singgah di gerai... geram tengok cempedak yang besar-besar tu!
Sekilogram berharga RM6. Sebiji tu mencecah 3 kg.

Nangka!
Lagilah geramnya tengok ulasnya yang king size tu!

Pulasan.... 
Buah yang hampir pupus dan mula dilupakan!
Terima kasih orang Lenggeng.... jumpa lagi di lebaran akan datang!

Tiada ulasan: