ADSENSE

Sabtu, 4 Jun 2016

Rumah Terbalik Tamparuli ( Upside Down House)

Rasa tenang dan nyaman...
Tak kelam kabut sebab bergerak seawal pukul 9 pagi dari Kota Kinabalu.
Bolehlah singgah melawat Rumah Terbalik di Tamparuli.
Oh!
Tempat parking kereta penuh! Terpaksa parking kereta di tepi jalan. Banyak rupanya kereta di situ... Kita pun sudah membayangkan terpaksa beratur membeli tiket, dan menunggu giliran untuk masuk rumah terbalik tu!

Kita beli tiket untuk masuk rumah terbalik saja memandangkan pengunjung yang begitu ramai, dan kami bajet masa untuk singgah ke Desa Cattle Diary Farm Kundasang sekali lagi sebelum meneruskan perjalanan ke Sabah Tea Cottage.



 Lain kali bolehlah singgah sini... masuk  3D Wonders Museum pulak.


Kena tunggu giliran untuk masuk ke dalam. Kebanyakan pengunjung pada hari itu datang dari seberang Laut China Selatan... tempat tanah tumpah darahku, Semenanjung Malaysia.

Rumah Terbalik di Tamaparuli ini merupakan rumah terbalik pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records.
Apa yang istimewa sangat rumah terbalik ni?

Di bahagian luar rumah, sudah kelihatan benda-benda terbalik...
Masuk dalam rumah nanti, tak boleh ambil gambar!
Jadi bayangkan dalam sebuah rumah...semuanya dalam keadaan terbalik. Katil terbalik. Kipas angin terbalik. Mesin jahit terbalik. Dalam rumah terbalik ini dipaparkan barang dan peralatan rumah dari tradisional hinggalah ke moden. Maknanya selain kerusi meja, tudung saji dan sebagainya laaa...
Nak tahu lebih lanjut, datanglah sendiri tengok ye.
Pesanan selanjutnya....hanya boleh berjalan dan berdiri di atas karpet merah. Itu atas faktor keselamatan... mana tahu berdiri di tempat yang tak ada karpet merah...tiba-tiba jatuh periuk kuali atas kepala!

 Ini di sebelah pintu masuk... basikal terbalik.
Wokey... ketuk pintu!
Masuk rumah terbalik....lebih kurang 10 minit.
Keluar....


 Boleh ambil gambar di bahagian luar rumah seperti di taman atas tu...




 Dan jalan terus masuk ke Tamu... atau Souvenir Shop.


 Kita melanjutkan perjalanan hingga ke Mango Garden Restaurant.


Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU


Tiada ulasan: