ADSENSE

Jumaat, 3 Jun 2016

Puas Hati Menginap & Sarapan di TH (Tabung Haji) Hotel, Kota Kinabalu!

Encik Suami kata... macam agak lama tak jalan-jalan ke Kota Kinabalu!
Wokey... walaupun agak letih, maklumlah selepas sama-sama menyibuk di majlis kahwin anak buah sepanjang hari Ahad hingga ke malam, awal pagi Isnin kami bertolak dari LD ke Kota Kinabalu.
Ada pun kisahnya... bila musim cuti sekolah tentulah jalan penuh sesak, hotel pun habis ditempah. Kononnya pada 30 Mei itu kami cadang nak menginap di Kundasang, tapi penuhlah pulak bila nak booking online. Terpaksalah teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dulu.Ada rezeki dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu nanti, bolehlah menginap semalaman di Kundasang atau Ranau. 
Syukur Alhamdulillah.... . dapatlah menginap satu malam di TH Hotel melalui tempahan online. Kebetulan pula Pesta Kaamatan sedang berlangsung di Kota Kinabalu... apalagi! Kenalah bersedia dengan sebarang kemungkinan! 
Dulu, pernah menginap semalam di TH Hotel (kakak ipar taja).Tapi tak sempat nak tengok apa-apa sebab sampainya pun pukul 4 pagi dan terus temankan Farid pergi ke UMS pada pukul 7 pagi untuk temuduga biasiswa My Brain Science dan sebelah petangnya pula kami terus terbang ke KL untuk terus pergi umrah. 

Kalau naik kapal terbang dari LD ke Kota Kinabalu cuma memakan masa 55 minit...kira 1 jam laaa.... Kami naik kereta, bertolak dari LD pukul 6 pagi. Sampai Kundasang pukul 11 pagi. Konon nak masuk ke Desa Cattle Diary Farm Kundasang. Malangnya...setelah lebih setengah jam di pertengahan jalan, kami putuskan untuk patah balik...terus ke Kota Kinabalu.
Kenapa?
Inilah bahananya kalau musim cuti sekolah! Kereta berpusu-pusu nak masuk! Sepanjang jalan menuju ke ladang, kereta tak dapat bergerak sebab jam! Bila buka tingkap kereta, macam-macam bau hangus dari break kereta, dari clutch.... ada beberapa buah kereta terpaksa berhenti di tepi jalan sebab enjin terlalu panas! Ini cerita kereta naik kaki gunung...eh! Gunung ke bukit... tapi menghadap Gunung Kinabalu laaa.

Satu jam jugalah kami buang masa naik dan turun (tak jadi ke Desa Cattle tu). Dari pukul 12 tengahari kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu dan tempat masa bagai dijanjikan, kami tiba di perkarangan TH Hotel, Jalan Sembulan pada pukul 2 petang! Masa  yang sangat cantik untuk check in hotel!

Encik Suami tentulah rasa seronok sebab tempat letak kereta banyak di situ! Senanglah nanti kalau nak keluar masuk ke bandar.

Selamat datang ke TH Hotel.
Layanan di kaunter sangat memuaskan!
Kami tempah 2 bilik. Satu bilik untuk kita dengan Encik Suami dan Firdaus.
Satu bilik lagi untuk si bujang Fuad & Fairuz. Dapat bilik bersebelahan seperti yang dipinta sewaktu menempah.

Jom intai bilik....

Firdaus memang macam tu...
Terus naik katil!
Dialah tukang perasminya!

 Ini bilik kami.

Ini bilik Fuad & Fairuz.
Alahai.... patutnya ada Farid di sini!
Tak apalah, lain kali kita bercuti sama ye abang Farid!

 Kemudahan yang disediakan...





 Yang seronoknya, tak payah cari sterika lagi.
Telekung, kain pelekat, sejadah pun disediakan.

 Ada doa di pintu masuk tandas, di kepala katil dan di cermin.

Malam itu...
Kami keluar makan-makan.
Masuk bilik...tidur lena sampai pagi, dikejutkan dengan suara azan dari masjid berhampiran kot!

Pukul 7 pagi, kami turun untuk sarapan pagi. 
Badan pun okey sudaaaahhh... lenguh-lenguh pun hilang setelah mengharungi perjalanan yang panjang! Fairuz & Fuad berangan nak masuk gym... tapi tertidur sampai pagi!


 Selamat pagi Firdaus!
Malam tadi tidur lena!

 Susah nak ambil gambar Firdaus ni...
Sekarang suka tutup muka!

 Selamat bersarapan...







 Kita tak lepas peluang nak cuba nasi lemak TH Hotel.

Bismillah....
Allhamdulillah.

Intai-intai restoran TH dulu...
Tapi sebelum tu, jalan-jalan dulu laaaa.

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU
KUNDASANG WAR MEMORIAL (TUGU PERINGATAN PERANG KUNDASANG)

Tiada ulasan: