ADSENSE

Jumaat, 3 Jun 2016

Muzium Sabah

30 Mei 2016:
Pagi : Tak dapat masuk ke Desa Cattle Diary Farm Kundasang.
Petang : Pergi ke Tanjung Aru tapi sedang diubahsuai. Tak dapat tengok apa-apa dah di situ kecuali tempat makan di Anjung Perdana. Habis tempat tu kena bongkar. Harap lain kali bila datang sini semuanya sudah okey...
Nak ke mana lagi?
Ke pasar? 
Hujan turun tak berhenti. Lalu jew depan pasar buah, depan pasar Philipine. Nak singgah makan pun rasa tak selesa... dengan hujannya, dengan tak ada tempat parkingnya!
Nak ke Penampang? Encik Suami malas nak ke situ...pengalaman lalu, terpaksa parking berkilometer jauhnya sebab penuh sesak dengan sambutan Pesta Menuai @ Pesta Kaamatan @ Tadau Kaamatan. 
31 Mei 2016.
Lepas sarapan pagi, kami ke Muzium Sabah.

Anak-anak suka datang sini sebab nak tengok rangka ikan paus. yang besar  dan panjang tu. Tak boleh kongsi gambar di sini sebab etika masuk muzium tak dibenarkan ambil gambar. Kita tengok sajalah gambar-gambar di luar muzium. Kita pun suka masuk Muzium Sabah walaupun dah berkali-kali masuk sini dengan anak-anak. Cuma yang tak bestnya kali ini tak boleh masuk ke terowong masa, sebab sedang ditambahbaik. Dari situ kita boleh melihat dan menyusuri perjalanan sejarah masa lalu negeri Sabah hingga ke hari ini.

Ini Lokimotif No 7 Sir Rakph Hone.
Lokomitif ini dibeli pada tahun 1912 oleh North Borneo Railways. Digunakan sebagai keretapi penumpang pada 1912 antara Jesselton dan Papar. Perkhidmatannya terhenti semasa Perang Dunia Kedua kerana rosak teruk.  Kemudian dibaikpulih pada 1952.  Dijadikan sebagai keretapi barang pada 1958-1968 dengan menggunakan kuasa wap. 


 Besarnya bakul anyaman ni...


Bagi yang berminat untuk mengetahui sejarah negeri Sabah dengan lebih lanjut, bolehlah dapatkan info dari sini. Banyak tempat kita dah sampai. Hanya beberapa tempat lagi belum jejakkan kaki seperti Tugu Antenom di Tenom,... alamak! Sebut yang jauh...sedangkan yang di LD pun belum tengok... Tapak Arkeologi Mansuli Lahad Datu!


Nampaknya...banyak lagi tempat kena pergi ni.

 Keluar dari muzium, kita tengok kenderaan lama pulak...


Semuanya ada nilai sejarahnya yang tersendiri. Cuma... kita tak larat nak terangkan satu persatu di sini. Datanglah ke sini ye untuk lebih lanjut.





 Nak ke mana tu?

 Owhh..! Naik jambatan gantung! Kapasiti untuk sekali jalan hanya 10 orang saja tau...


 Dah selamat menyeberang tasik!

 Tak larat nak masuk hutan!

 Kita tengok rumah-rumah tradisi masyarakat Sabah.



 Ini rumah orang Cina Hakka.





 Gerobok dulu-dulu...

Ini replika perahu lepa pasil dari Semporna. Biasanya perahu ini berukuran lebih 46 meter panjang, 

 Jom masuk ke rumah orang Melayu Brunei... tapi ikut pintu belakang.



 Haaiii....
Assalamualaikum.



 Kita masuk rumah tradisonal  masyarakat Bajau Kota Belud pulak...





 Wokey... turun tangga.
Kita ke bahagian seterusnya....

Ini rumah tradisional masyarakat Lotud.

 Mengimbau nostagia lalu.. mesin getah!

Kita kan anak penoreh getah.... tentulah ada kenangan mengusik jiwa bila terlihat mesin getah ni he he heeee...

Ini tempat memproses gula tebu atau 'tandasan' yang pernah digunakan oleh masyarakat Iranun. Alat ini berfungsi dengan bantuan seekor kerbau untuk memutar  dan dua tenaga manusia untuk memasukkan potongan tebu semasa proses memerah. Tak dapat bayangkan macamana kerbau tu buat kerja...
Agaknya gambar di bawah ini boleh memberikan penjelasan...

Air tebu (air gelaga) yang telah diperah akan dimasak selama 4 jam dalam kawah di atas tu.... sehingga menjadi liat! Gula tebu inilah yang digunakan untuk membuat kuih-muih tradisional dan juga perasa minuman.

 Jom tengok rumah tradisional masyarakat Bisaya pula.

Ini tempat memproses sagu. Sagu yang dibuat ambuyat kot... Maaf kalau saya tersilap yea..


 Kita ke rumah panjang masyarakat Murut pulak..


 Wah! Encik Suami ajar Firdaus menari lansaran! Firdaus tak tahu tu...ayahandanya sebenarnya bekas jurulatih tarian!

Ini tajau.
Kita pernah ke Kampung Silungai daerah Pensiangan nun jauh di hutan belantara pada tahun 2005. Kita melihat sendiri kehidupan tradisi masyarakat Murut di situ. Dari situlah kita mengenali pelbagai jenis tajau. Tajau saiz besar digunakan untuk menyimpan mayat. Hantaran perkahwinan juga turut disertakan dengan tajau selain barang-barang lain.

Selain tempat khas untuk tarian lansaran, seingat kitalah, sewaktu berada di Pensiangan dulu tu.... ada balai tempat minum air tapai. Biasanya akan diadakan pesta atau keramaian di tempat tersebut pada waktu malam. Oh..ya! Tajau juga digunakan untuk membuat tapai. 

Hiasan di atas ini mengingatkan kita akan sejenis batang pokok yang berkayu lembut. Kayu ini diraut dengan pisau lalu membentuk ukiran kerinting seperti di atas. Terima kasih Rosneh Taringa dan keluarganya yang sudi melayan kita sepanjang berada di rumah panjang di Kampung Silungai.

 Ini rumah bambu Dusun Tambunan...gambar dari belakang rumah.

 Berehat sebentar... melepas lelah.


Ini Sulap Bangkawan. Sulap... kalau tak silap kita, menurut Rosneh dalam bahasa Murut bermaksud pondok.


 Tak larat dah nak naik bukit...
Ini rumah panjang kaum Rungus.

 Nostalgia... bila melihat lampu gasolin!


 Wokey...rupanya kami masuk dari pintu belakang, keluar ikut sini... hihihiii...

Tiket harga RM2 saja tapi boleh digunakan selama  sehari.
1. Kompleks Muzium Sabah, Kota Kinabalu.
2. Rumah Agnes Keith, Sandakan...oh! Jauhnya...kalau sempat ke sampai sana pada hari yang sama?
Boleh klik di sini : AGNES KEITH HOUSE & ENGLISH TEA HOUSE
3. Muzium Agob Batu Tulug, Kinabatangan. Boleh klik di sini : AGOB BATU TULUG



Menghilangkan dahaga di Zureen's Cafe...

 Keluar dari cafe, kapal terbang pun lalu atas kepala...

Wokey...
Harap dapat tambah info.

Jumpa lagi!


Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

Tiada ulasan: