ADSENSE

Isnin, 6 Jun 2016

Melihat Gunung Kinabalu Dari Pine Resort

Cadangan awal, sebaik check out dari Sabah Tea Garden Cottage, kami akan singgah di Sungai Moroli yang terletak betul-betul di sebelah ladang teh. Kemudian meneruskan perjalanan ke Lahad Datu.  Bagaimanapun, memandangkan kelmarin kami tidak sempat singgah di pasar sayur Kundasang, jadi pagi itu kami patah balik! Tak adalah menjadi masalah sebab gunakan kereta sendiri. Lagi pun kalau dah pergi Kota Kinabalu, menjadi kewajipan kami membeli sayur-sayuran di Kundasang sebagai oleh-oleh untuk ipar-duai.
Pagi itu, walaupun cuaca nampak mendung, tanpa matahari tapi nampak cerah saja. Kami ambil kesempatan untuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu dari Pine Resort.

Tanpa kabus...
Terbayang kali terakhir, tahun lepas daki gunung... ketika ini (lebih kurang pukul 9 pagi), kami bersiap sedia di Timpohon Gate untuk memulakan pendakian. Rasanya itulah kali terakhir daki gunung setelah 3 kali menjelajah naik...dah tak larat nak bawa badan!

Ambil kesempatan menikmati panorama di sekitar Pine Resort.


Budak kecik Firdaus tu kaki ayam saja... sebab kalau pakai kasut, entah ke mana dibawa lari kakinya tu! Jenuhlah kami memanggil....penatlah Fairuz mengejar! Bajunya pun dah terlobdeh-londeh terkeluar dari seluar sebab Fairuz asyik tarik setiap kali Firdaus secara 'tiba-tiba' ingin berlari kalau ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya!



Kalau nak menginap di sini kenalah booking awal. 
Tempat penginapan ini sentiasa penuh!

 Nampak privary sangat sebab boleh parking kereta bawah rumah...
Rasa macam di rumah sendiri!

 Senibina ala kolonial tu yang menarik pandangan.


 Tumpang sekali bergambar di tangga..

 Ada rezeki in shaa Allah boleh bermalam di sini.


 Pemandangan yang indah menawan. Ada rumah burung lagi tuu.

Konon nak ambil gambar Gunung Kinabalu tapi terambil pulak gambar resort di situ he he heee... saja jew ngengada...


Gunung Kinabalu tu, yang dikatakan kejap ada kejap tak ada... kalau ada, dari sudut manapun boleh ambil gambar. Tapi kalau kabus dah tutup dia, sampai petang pun tak nampak bayang!

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

Tiada ulasan: