ADSENSE

Isnin, 6 Jun 2016

Makan Steamboat di Puteri Nabalu

Kalau perjalanan anda dari arah Kota Kinabalu anda akan terpandang signboard di pekan Kundasang ini di sebelah kiri jalan raya...

Ini merupakan tempat persinggahan keempat terakhir sebelum kami bertolak pulang ke LD.


 Wah! Ada steamboat di kaki gunung!

  Restoran Puteri Nabalu dari hadapan War Memorial Kundasang.

 Pemandangan Gunung Kinabalu dari Restoran Puteri Nabalu.


Teringin nak rasa masakan tradisi Sabah di restoran ini, tapi anak-anak lebih berminat untuk makan steamboat. Terpaksalah kita beralih tempat duduk di meja steamboat pulak...

Memandangkan cara makan steamboat yang sudah sedia ada, dan tak perlu risau pecah perut ...ahaks! Jadi, kami pun setuju makan steamboat saja di situ. Lagipun harganya sangatlah berpatutan... hanya RM58.00 sahaja untuk 4 orang tetapi tidak termasuk minuman.

Ketika kami masuk, restoran nampak lengang. Ketika itu jam menunjukkan angka 11 pagi. Seikit demi sedikit pelanggan bertambah memenuhi ruang restoran.

 Sementara menanti hidangan tiba di meja, tinjau-tinjau dulu suasana keliling.

Kaunter dipenuhi dengan pelbagai jenis coklat. Coklat ini coklat buatan tangan. Entri seterusnya kita kongsikan tempat coklat ini dibuat.

Keluar ke serambi restoran yang terletak di bahagian belakang menghadap ke arah Gunung Kinabalu yang tidak kelihatan.

 Hilang lenyap gunung ditutup awan dan kabus tebal!

 Boleh makan di bahagian luar, tapi agak panas...

 Pesanan sudah tiba di meja makan.

Ada dua jenis sup yang disediakan termasuk sup tom yam dan sup biasa.

 Inilah antara menu steamboat yang dihidangkan.
Taklah perlu sediakan banyak ruangan kosong dalam perut untuk isi macam-macam!
Cukuplah sekadar kenyang!



 Bismillah...


 Hero kenit satu tu... Firdaus!
Memang kami jaga sebab takut tumpahkan lagi air minuman!

Semua minuman panas...teh cina! Bukan 4 gelas tapi kami minta 6 gelas sebab suka minuman tu!


 Ini jew yang sejuk... ABC!


Lain kali boleh singgah lagi di sini. Kedudukannya sangat strategik, di tepi jalan dan boleh dilihat dari jalan besar.Tempatnya bersih, luas dan selesa. Boleh cuba makanan lain pula.

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU


Tiada ulasan: