ADSENSE

Selasa, 28 Jun 2016

Makan Nabeyaki Udon di Sushi King

Entri yang tertinggal...

Banyak menu yang tawarkan di Sushi King selain sushi. Kali ini kita cuba  Nabeyaki Udon pula. Udon ni... sejenis mi Jepun yang lebar dan tebal.

Rasa kuahnya manis-manis masin. Atasnya dipenuhi dengan pelbagai jenis aksesori termasuk udang goreng. Semangkuk berharga RM14.90.

 Ini Tori Karaage Don... Fuad punya. RM13.90.

 Anis pilih Tako Wakame. RM7.90.

 Sementara menunggu hidangan tiba, kami makan dulu beberapa jenis sushi.
Ambil sepiring Chuka Kurage (Jellyfish).

Kami order Kani Tobikko (crabstick mayonnaise with flying fish roe) sebab sushi dah tak ada atas conveyor... Pelanggan pun dah tak ramai. Dah dekat pukul 8.30 malam puuunnn...

 Ini Encik Suami punya...edamame.

 Berlumba dengan Fuad... siapa banyak bubuh wasabe!
Elok-elok aaa... kang tercabut kepala tu dek penangan Encik Wasabe!

Tak lama kemudian, sushi-sushi mula bergerak di atas conveyor...
Rembat lagi...

 Bila kami dah habis makan-makan, pesanan Encik Suami tak juga sampai. 
Kita pun tak ingat apa yang dipesannya...

Kesian dia... sepanjang waktu kami makan, hanya edamame ini sajalah yang dikunyahnya sampai habis!
Akhirnya Encik Suami panggil pelayan restoran, dan tanya mana pesanannya. Kata pelayan tu... pesanan hanya 3 jenis, bukannya 4! Dikeluarkannya kertas catatan pesanan makanan, dan ternyata di situ dia tandakan 3 jenis pesanan sahaja. Oh... dah salah fahamlah antara kami dengan pelayan restoran tu! Pelayan tu kata, masih boleh order kalau mahu, tapi Encik Suami kata... tak perlu tunggu lebih lama sebab dah nak balik hotel.Jadi, kami pun bayar di kaunter. Pelayan tadi minta maaf dan kami diberi diskaun sebanyak 10% sebagai tanda minta maafnya. Entah salah kami atau salah pelayan tadi... tak tahulah!

Encik Suami kata... dia terliur tengok kita hirup kuah Nabeyaki Udon tu...sebab dia memang suka mee! Tak apalah... lain kali kita boleh datang lagi...

Tiada ulasan: