ADSENSE

Sabtu, 25 Jun 2016

Makan Dai Dai Roll di Sushi Zanmai

Kesian Encik Suami....
Satu family hantu sushi, tapi dia tidak.
Mujurlah kalau masuk Japanese Food Restaurant, ada banyak pilihan makanan lain yang boleh dipesan. Kalau tak......kena makan green soybeans atau edamame sajalah!

Pencarian utama.... Dai Dai Roll!
Nampaknya bukan kita saja yang minat ikan salmon segar, tapi Fuad dengan Anis pun sama. Makan ramai-ramai ni yang seronok...rebut-rebut siapa dapat makan banyak! Sushi ni... nampaknya nasi berinti spicy crab meat, and dibalut with salmon and atasnya tu ada shrimp roe.

Oh! Lupa...nak bagitau. Kami sekarang berada di Sushi Zanmai.

Mungkin harga di sini sedikit berbeza dengan harga di semenanjung. Biaanya harga di Sabah dan Sarawak tinggi sedikit.

Dai Dai Roll  satu set ini berharga RM18.80.
Saiznya agak besar kot...sebab kita rasa mulut kita dah cukup besar nak masukkan seketul, tapi macam tak muat pulak ha ha haaaa....

Fuad dan Anis tambah pesanan... mixed plate of sushi pulak...
Selain salmon, tuna pun ada dalam piring tu....

Selain sushi salmon dan tuna, ada tamago,(omellete)  ada nigiri (cooked prawn), ada unagi (belut) dan hujung sekali tu.... tobikko (sushi telur ikan terbang). Sepiring Hourai : RM14.80.

Kita tambah tobikko... sushi telur ikan terbang. He he hee.. bukan telur ikan salmon (ikura). Cantikkan warna tobikko..merah jingga! Ini yang Fuad suka sangat, sebab katanya telurnya rasa rangup. Memang sedap pun... ada rasa masin semulajadi. 4 ketul sushi tobikko tu RM11.60.

 Mana cukup seketul jew unagi dalam mixed plate tu... kita tambah 2 ketul lagi, RM7.80.

Tak sabar nak menikmati segala macam sushi...

Encik Suami pulak... dengan Karaage Don dia.
Katanya... di mana pun juga berada...mesti nasi yang masuk perut! Di baah karaage tu ada nasi.

Encik Suami langsung tak jamah sushi... tapi minum green tea sama dengan kami.
Kami pulak berlumba-lumba habiskan sampai terasa wasabe naik ke kepala!
Sebenarnya perut tu tak la lapar pun...sebab dah berbuka puasa di Souq Garden Cafe di TH Hotel. Cuma jalan-jalan nak jumpa Encik Wasabe jew... he he heee...

Sushi Zanmai Suria Sabah Kota Kinabalu
Termasuk GST (6%) : RM71.80

Tiada ulasan: