ADSENSE

Sabtu, 25 Jun 2016

Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Kinabalu

Jom jalan-jalan sekitar pasar Kota Kinabalu..... di depan Hotel Le Meridien tu...


 Lebih kurang pukul 4 petang, kita ronda-ronda di sini.



 Lauk-pauk dah siap masak pun banyak dijual di sini!



 Peniaga di gerai makanan mula bersiap sedia dengan jualan makanan laut.

Boleh tempah makanan laut yang segar untuk dimasak dan dihidang sebagai juadah berbuka puasa di sini.







Memang teringin nak makan seafood di sini, tapi tiba-tiba teringat menu berbuka puasa yang dah ditempah di hotel. Terpaksalah batalkan keinginan... tak apalah! 


 Rumpai laut yang menggugat selera! Sedap betul makan dengan ikan bakar!

Umai pun ada!






 Lobster ni dah masak... tinggal nak ratah jew!




 Ikan ayam-ayam pun ada juga!

Seperti biasa... makanan tradisi masyarakat Bajau... ikan bakar, putu, tompek kilau...
Mudah-mudahan suatu hari Encik Suami akan berkata : Jom kita tengok Fuad di Labuan! Pada masa itulah kita tak akan lepaskan peluang makan di sini!

Tiada ulasan: