ADSENSE

Ahad, 26 Jun 2016

DIA Maha Pengatur!

Assalamualaikum...
Selamat menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini. Moga kita semua akan mendapat sebesar-besar rahmat daripada-Nya. Aamiin...
Minta maaf... kalau tersesat ke dapur kita, tak ada resepi baru yang kita kongsi. Memang kita akui sepanjang bulan Ramadhan ini kita tak kongsikan sebarang resepi! In shaa Allah... bila semangat itu datang kembali, kita akan terus meriah-meriahkan dunia masakan. 
Kali ini kita saja jew nak coret-coret sikit.....
Siapa yang mampu menolak kehendak-Nya!
Kun fayakun.... Jadi! Maka jadilah!
Aidil Fitri 2016, kita nak beraya bersama keluarga di Selangor. Bonda pun dah berkali-kali tanya, balik tak tahun ni beraya? Begitu juga dengan adik-beradik dan anak buah.... Tapi kita tak pasti lagi, disebabkan tempoh cuti yang pendek, tak beranilah nak merancang lebih-lebih. Bukannya dekat... jauh juga tu walaupun bukan di luar negara sana. Bukan kita jew, orang lain pun nak balik juga. Orang lain pun nak jumpa emak bapak juga, nak beraya bersama keluarga! Perjalanan udara dari LD -KKIA dan KKIA - KLIA pun memakan masa juga. Namanya naik kapal terbang, macam sekejap jew tapi nak tunggu, nak itu ini semua perkara, penat juga kita dibuatnya! Lepas tu sambung perjalanan ke kampung jalan darat pula. Kiranya, satu hari itu untuk perjalanan sajalah. Satu hari perjalanan balik ke kampung dan satu hari perjalanan balik ke LD. Bermakna 2 hari habis masa dalam perjalanan. 

Begitu begini, akhirnya kami sekeluarga dapat tempat duduk pada hari Isnin, 4 Julai 2016. Tidak ada kekosongan pada 1, 2 dan 3 Julai dari LD. Baliknya pula, 10 Jun penuh, 9 Jun juga penuh.... yang ada selepas buka sekolah. Mahu atau tidak terpaksalah balik hari Jumaat 8 Julai 2016. Tak apalah... katanya Bonda. Yang penting dapat balik beraya walaupun tak lama. Tolak itu ini, cuma 3 hari sempat beraya di kampung...eh! Salah tu...rasanya 5 Julai belum raya lagi tu.....

Sesungguhnya DIA Maha Pengatur... apa yang berlaku dan bakal berlaku ada hikmah di sebaliknya. Tiba-tiba Fuad dapat panggilan lapor diri di Kolej Matrikulasi Labuan pada 23 Jun lepas! Cutinya pada 2 Julai hingga 10 Julai 2016. Kalau ikut jalan laut dan darat Fuad akan sampai ke LD pada 3 Julai. Syukur Alhamdulillah.... 4 Julai 2016 Fuad boleh terbang bersama kami bali kampung. Dan 9 Julai Fuad akan kembali ke Labuan, bertolak dari LD dan sampai sana pada 10 Julai.  Subahanallah! Cantiknya hikmah di sebalik semua ini! Tak perlulah mengatur lagi tarikh (yang sememangnya tak ada kekosongan) untuk terbang balik beraya! 

Esok, 27 Jun 2016...
In shaa Allah Farid akan mendarat di LD. Syukur sekali lagi ya Allah... Farid sudah menyelesaikan tugasnya menduduki peperiksaan untuk semester 4, dan bercuti selama 2 bulan.
Kena terima hakikat... anak-anak sudah menjejak usia dewasa dan sudah sepatutnya hidup berdikari. Apa pun.... segalanya adalah kurnia dan rezeki dari-Mu ya Allah. Sesungguhnya yang baik itu datang dari-Nya, dan yang kurang sempurna itu datangnya dari hamba-Mu ini.... Astaghfirullahalaaziimmm.....

Tiada ulasan: