ADSENSE

Ahad, 5 Jun 2016

Desa Cattle Diary Farm Kundasang

Adakalanya sepanjang hari yang kita lalui dipenuhi dengan kegembiraan kerana apa yang kita mahu semuanya terlaksana dengan sempurna...

Seronok sangat dapat tangkap gambar dalam suasana terang dan bercahaya!

Kemudian dapat makan aiskrim keladi & durian yang sangat sedap!

Seterusnya mengambil gambar kenangan!

Untuk lanjut boleh klik : EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU


Namun....
Ada waktunya kita terpaksa menerima seadanya apa sahaja yang berlaku sepanjang hari yang kita lalui.
30 Mei 2016... perjalanan terbengkalai untuk sampai ke Desa Cattle Diary Farm di Mesilau itu. 
1 Jun 2016...cuba lagi. 
Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan dari jalan masuk ke Desa Cattle Diary Farm ini.

Perjalanan dari Tamparuli ke Kundasang... hujan di tengah jalan. Kabus menutup pemandangan. Bawa kereta perlahan-lahan saja... Di hadapan penuh dengan kenderaan. Berhati-hati...

Teruskan perjalanan untuk sampai ke Desa Diary Farm Mesilau... Alhamdulillah, lancar...tidak seperti 30 Mei lalu.

Keadaan di pintu masuk ...
Kabus semakin tebal! 
Gunung-ganang di sekitar dah tak nampak bayang!

 Di sana sini kabus...kabusss meliputi seluruh kawasan!


 Masih di pintu masuk sementara menunggu giliran membeli tiket.
Sesekali kabus menghilang, sesekali datang kembali menyelimuti alam!


Syukurlah ada ini.... pisang sedap yang dibeli di Koki Bandung hari kelmarinnya tu... sedap makan kuapan ni sambil menunggu kabus berlalu!

Alhamdulillah... dapat lepas masuk. Oh...tiket dah naik harga dari RM3 (semasa kita datang tahun lepas) kepada RM5...

 Kabus datang lagi.... Ini sajalah yang kami pandang dari dalam kereta!

Tempat parking kereta penuh sesak! Ada security guard yang menyusun atur letak kenderaan. Dah tak nampak keadaan persekitaran! Kami menunggu beberapa minit dalam kereta tetapi hujan tetap juga turun dengan lebatnya! 

Kita turun sebentar nak ambil payung di belakang kereta...adeeehhh! Basah kuyup! Terus lari masuk dalam kereta! 
Jadi?
Tunggu lagi beberapa minit....
Kabus... tak nampak apa-apa melainkan orang ramai lari-lari mencari tempat perlindungan.
Kenderaan...janganlah nak cerita! Penuh sesak!
Akhirnya, kami pun terpaksa ambil keputusan keluar dari ladang sebab selepas ini kami nak beli sayur, nak naik War Memorial Kundasang dan teruskan perjalanan ke Sabah Tea Cottage.

Dalam perjalanan keluar, sesekali kabus menjadi nipis...sempat tangkap gambar lembu-lembu sedang meragut rumput!

Bila sampai di pintu keluar, kita minta Encik Suami berhenti sebentar di situ. Kita nak ambil gambar dari situ saja...




 Bolehlah kongsi gambar-gambar di sini... daripada langsung tak ada gambar.


Sekurang-kurangnya ada gambar kenangan tentang suasana berkabus di Desa Cattle Diary Farm ini.

Kami pun menyusur jalan turun ke Pekan Kundasang lebih kurang sejauh 8km dari ladang lembu ini..

Nampaknya...
Ini sajalah catatan perjalanan kami untuk kali ini..

 Moga di lain waktu rezeki menyebelahi kami.

Di hadapan kami...
Belum tahu apa yang akan terjadi.... masihkah hujan berterusan? Masihkan jalan sesak seperti sebelum ini?

Cuma...
Rasa terkilan sedikit sebab tak dapat bawa anak-anak masuk ke restoran menikmati pelbagai jenis aiskrim dan waffle dan makanan lain yang sedap-sedap!

Entri berkaitan jalan-jalan RANAU-KOTA KINABALU: 

MENGINAP & SARAPAN DI TH HOTEL KOTA KINABALU
ARABIC LAMB MANDY & WESTERN FOOD DI SOUQ CAFE
MAKAN TENGAHARI DI CHICKEN RICE SHOP
MAKAN SUSHI DI SUSHI KING SURIA SABAH
MUZIUM SABAH
MAKAN STEAMBOAT DI NATURAL KITCHEN
BERMALAM & SARAPAN PAGI DI GRAND BORNEO HOTEL
SEDAPNYA MAKAN DI KOKI BANDUNG, ALAMESRA KOTA KINABALU
MAKAN DI SUSHI KING 1BORNEO KOTA KINABALU
PANTAI TANJUNG ARU
RUMAH TERBALIK TAMPARULI
CUCI MULUT DI MANGO GARDEN RESTAURANT
DESA CATTLE DIARY FARM KUNDASANG
CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (I)
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RANAU
BERMALAM DAN SARAPAN PAGI DI SABAH TEA GARDEN COTTAGE (II)
KEINDAHAN ALAM DI SANAH TEA GARDEN (III)
QUAILEY'S HILL MEMORIAL : SANDAKAN-RANAU DEATH MARCHES
MELIHAT GUNUNG KINABALU DARI PINE RESORT
ROSE GARDEN DI KUNDASANG
MAKAN STEAMBOAT DI RESTORAN PUTERI NABALU
COCOA NABALU : HOMEMADE CHOCOLATE DELIGHTS
KUNDASANG: SYURGA SAYURAN SEGAR & PELBAGAI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
SUNGAI MOROLI FISH MASSAGE DI KAMPUNG LUANTI BARU RANAU

Tiada ulasan: