ADSENSE

Rabu, 29 Jun 2016

Buffet Ramadhan Termurah & Sedap di Lahad Datu : Restoran Saujana Putra

Alhamdulillah...
Dengan izin-Nya dan izin Encik Suami, petang tadi kita dapat berbuka puasa dengan rakan-rakan di Restoran Saujana Putra. Terima kasih buat Mimie, Bell dan rakan-rakan lain yang mencadangkan tempat berbuka puasa yang paling murah (setakat ini), di Lahad Datu!
Restoran yang mempunyai keluasan ruang makan yang agak besar ini terletak bersebelahan dengan Bakery Shop di Singapoint. Klik RESTORAN SAUJANA PUTRA
Surau yang luas juga disediakan di tingkat satu untuk kemudahan pelanggan bersolat. 

Tak sempat nak kira... entah berapa orang rakan yang berbuka puasa bersama....hiks! Depan sekali tu... Azinni. Kami tiba sebelum pukul 6 petang. Cuaca mendung, dan beberapa minit sebelum berbuka puasa, hujan turun dengan lebatnya! Mujur juga kami duduk di bahagian dalam, jadi taklah berlarian seperti mereka yang duduk di bahagian luar restoran mencari tempat teduh!

Antara rakan yang jarang 'berpisah' kalau ada apa-apa aktivti terutama makan-makan... hi hiiii... selain kami (kita dan Kam), muka Nano dengan Si Bell wajib ada.... ahaks!

James & Shamsir. Tu di belakang diorang tu.. ruangan makan berpenghawa dingin. Kami tak mahu di situ...santai-santai di luar lagi best! Dekat dengan tempat makanan, boleh ambil dengan mudah dan cepat... he he heee.

Terima kasih Kam, sudi ambil kita di rumah, dan hantar kembali... Jasamu akan sentiasa dikenang. Terima kasih daun keladi gajah :). Yeaaa... ada si kecik ikut berbuka puasa lorr...

 Ini dia...si comel Firah ikut ibunya, Dar berbuka puasa.

 Pyan dan Yus pun dah sampai. Jill dengan wife & babynya belum sampai lagi...

Muka Jus tersembunyi pulak di belakang Kam, selamat berbuka puasa Akmi, Fatin & Mimie...

Nampak murah sangatkan harga yang ditawarkan di sini... serendah RM15 untuk dewasa dan RM7.50 untuk kanak-kanak. Menunya pula macam-macam, dari yang panas sampailah yang sejuk. Kita tak sempat nak tangkap gambar sebab ramai sangat pelanggan di situ. Ada dua jenis sup termasuk sup kaki ayam dan sup udang. Bubur kacang hijau pun ada. Minuman sejuk dan panas disediakan. Pelbagai pencuci mulut termasuk kurma, tembikai dan kuih-muih tempatan. Mee goreng, nasi dan pelbagai lauk.... tak sempat nak hitung berapa banyak! Ikan bakar, sambal, ulam,  ikan masak lemak cili padi, ikan masak apa entah lagi... Ayam pun pelbagai jenis juga cara masakannya. Pendek kata..... tak rugi makan di sini, cuma sedia perut sajalah!

Bismillah...

Ini antara sajian yang kita ambil.... termasuk kerabu rumpai laut dan isi ikan  masak sos. Kerabu rumpai laut tu sedap! Kita tambah 2 kali! Kita tak ambil nasi, jadi ada sedikit ruang perut untuk isi lauk-pauk.

 Ada beberapa jenis ikan bakar. Kita ambil ikan pari.  
Lepas tu... kita pergi solat Maghrib dan turun semula... sambung sikit lagi.... ahaks!

 Hirup sup udang.

 Dan sup kaki ayam.

 Juga ikan alu-alu...

 Sempat tangkap menu pilihan Kam... sebab dia duduk sebelah kita.... hiks!

 Ini ... entah siapa punya.... Bell kot!

Wah! Adik bongsu kita... Ramlee pun ada!
Di belakang tu, nampak macam ada kek!

 Oh! Rupanya sambut birthday sama-sama... Yus : 20 Jun, Bell 23 Jun!

 James : 28 Jun kelmarin, hari ini birthday Kam : 29 Jun.

 Selamat ulang tahun buat kawan-kawan terbaik di dunia!

 Moga gembira selalu dan sentiasa senyum menghadapi hidup ini!

 Allah rahmati kamu!
Allah rahmati kamu.
Allah rahmati kamu Yus, Bell, James & Kam.
Allah rahmati  kamu.

Restoran pun beransur lengang sebab waktu Isya' hampir menjelang tiba. Masing-masing bergegas untuk menuju ke masjid berhampiran... 
Jom terawih kita!

Tiada ulasan: