ADSENSE

Isnin, 9 Mei 2016

Selamat Hari Ibu

Kesian kita...
Terlupa tarikh Hari Ibu. Kita masuk hutan... jalan-jalan cari buaya...jalan-jalan cari gajah.
Petang Ahd, sebaik kita buka pintu...Firdaus minta peluk sambil berkata.
Mommy... baba buli (beli) kek.
Mai cini Mommy. (Mari sini Mommy)
Ditariknya tangan kita dibawa ke dapur.
Sampai depan peti sejuk, dia sendiri buka pintunya.
Tu... (dia tunjuk kotak kek dalam peti sejuk di bahagian atas)
Kek Mommy... kek ali jadi Mommy. (Kek Hari jadi Mommy).
Firdauuuusss..... 
Fuad Dan Fairus : Adik ni... tak pandai simpan rahsialah! Kita nak buat surpriose pun tak boleh...
Maaf seribu kali maaf duhai anak-anak dan Encik Suami! Petang itu kita tertidur ...sungguh-sungguh tidur! Bila kita terjaga, Encik Suami suruh cepat-cepat bersiap. Kita makan di luar... katanya. Tapi..potong kek dulu....

Terima kasih Encuk Suami.
Terima kasih semua anak Mommy!


Tiada ulasan: