Sandakan Memorial Park : Tragedi Sandakan - Ranau 1945

10:23 PTG

Minta maaf...
Yang kita hidangkan di bawah tudung saji kita kali ini .... bahan sejarah!

Ada kalanya kita tidak menyedari hari-hari yang kita lalui mempunyai kesinambungan kisah dengan peristiwa masa lalu dan masa akan datang! Kita pun tak perasan ada rentetan cerita berdasarkan pengalaman mengunjungi satu-satu tempat pada masa lalu dengan masa kini.
Kebetulannya 25 April merupakan Hari Anzac... hari yang diraikan di Australia dan New Zealand,  hari untuk memperingati pahlawan yang gugur di medan perang! Tapi tarikh kita datang ke Sandakan Memorial Park (Taman Peringatan Sandakan) bukanlah pada tarikh 25 April tetapi pada 30 April. Jadi...kesan-kesan Hari Anzac itu masih terasa bila mengunjungi tugu peringatan yang ditimbuni oleh bunga-bungaan!


Pada mulanya kita tidak berapa mengambil kisah tentang latar belakang peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan taman-taman peringatan perang ini. Bermula pada tahun 1992, buat pertama kalinya kita berjalan-jalan di sekitar Kundasang dan 'termasuk' ke dalam Memorial War Kundasang disebabkan mencari tempat berteduh. Hujan yang semakin lebat dan cuaca yang sangat sejuk memaksa kami membuka pagar usang untuk melindungi diri dari terus kebasahan.

Kali pertama melangkahkan kaki...membuka sendiri pintu pagar usang ini... 
Waktu itu kita bersama Erni Chew (entah di mana Erni sekarang ini), meninjau-nijau dalam hujan lebat keadaan di dalam taman itu...lalu kami menggelarnya sebagai Secret Garden. Taman ini kelihatan menarik, ada reka bentuknya yang tersendiri tetapi pada masa itu kelihatan agak usang, sunyi sepi dan tidak terjaga. 



Keesokan harinya, kami berdua memasuki lagi taman ini, tetapi seperti kelmarin...hujan turun dengan lebatnya! 

Gambar lama.... 
Dah kabur!

Tahun 2005, 17 tahun selepas peristiwa menemui 'secret garden' di Kundasang, seorang rakan bercerita tentang sebuah kajian sejarah yang ditulis oleh salah seorang rakan pengajiannya di Universiti Negeri Semarang bagi menlengkapkan kursus Sarjana Pendidikannya. Rakan baik kita yang berasal dari Sungai Silungai, daerah Pensiangan itu, Roseneh Taringa berbesar hati berkongsi sebuah salinan tesis hasil kajian Suriyati Barantis bertajuk Tragedi Sandakan - Ranai 1945. Kata Reseneh : Mie... aku menangis bila baca tesis ini!

Mari kita bayangkan: 
Selain sejumlah 2,400 tahanan perang Pihak Berikat, terdapat seramai 3,600 lagi tahanan kerahan Indonesia yang terpaksa menjalani kehidupan penuh siksaan dengan bekerja keras, dipukul, hanya diberi makanan sekadar alas perut dan menderita pelbagai jenis penyakit berjangkit!

Kita pun membaca tesis tersebut dari kulit ke kulit.... tragis!
Suriyati merumuskan kajiannya sebagai : 
Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa Tragedi Sandakan - Ranau 1945, merupakan sebuah kisah nyata mengenai kejahatan perang yang dilakukan oleh tentera-tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua ke atas tawanan-tawanan perang Australia dan Inggeris yang dikirimkan dari Singapura ke Borneo Utara pada tahun 1942 sebagai tenaga paksa pembinaan sebuah lapangan terbang milik Jepun di Sandakan, sebelum dipindahkan secara paksa dengan cara berjalan kaki sejauh 265 km ke kem tahanan Ranau pada awal tahun 1945. Pemindahan ini akhirnya menjadi sebuah tragedi yang cukup tragis dengan tewasnya kesemua tawanan perang ini kecuali 6 orang tawanan yang berjaya melarikan diri dari pembantaian Jepun.

2006... kita bersama Encik Suami tersesat hingga ke Taman Rimba semasa mencari Taman Buaya. Terpandang Taman Peringatan Sandakan tetapi kita hanya memandang dari kejauhan... tidak tergerak hati untuk singgah! Tempat tersebut nampak sunyi dan tidak ada seorang pun berada di situ! Hati ingin ke situ... tapi pandangan mata mengatakan...jangan!

2007... ketika bercuti di Kota Kinabalu, kita pulang ke Lahad Datu dengan membawa sebuah buku berjudul Sandakan : A Conspiracy of Silence tulisan Lynette Ramsay Silver.

Sandakan : Conspiracy of Silence didedikasikan oleh penulis kepada:
For the six who came home,
and the 2428 who did not.

Catatan di atas:
Pada akhir  tahun 1941 dan awal tahun 1942 tentera Jepun bergerak ke arah selatan dengan siri kemenangan yang membawa Perang Dunia Kedua ke Asia Tenggara dan kawasan Pasifik.  Ramai daripada persomal perkhidmatan sekutu menjadi tawanan perang. Pada bulan Julai 1942  hampor 1500 tawanan perang dari Australia dibawa dengan kapal dari Singapura dan Sandakan dan dipaksa membina sebuah lapangan udara atas perintah pihak Jepun. Pada tahun 1943 lebih 770 tawanan perang British tiba, diikuti dengan 500 orang Australia lagi. Semua tawanan ini ditempatkan di Kem Tawanan Perang Sandakan.
Pada akhir tahun 1943 terdapat kira-kira 2500 tawanan perang di Sandakan. Pada bulan januari 1945 kawat pertama daripada tiga buah 'Kawat Maut' berlangsung apabila para tawanan dipaksa berkawat sejauh 260 km ke Ranau...

Dalam kajian Suriyati, berdasarkan (Peter Firkins, 1979 : 105-106) From Hell to Eternity, Kapten Hoshijima melaksanakan pemindahan terhadap 445 orang tawanan sihat iaitu 355 tawanan Australia dan 120 tawanan Inggeris sejauh 265 km ke Ranau, yang akan diketuai oleh Kapten Yamamoto. Kumpulan pemindahan tawanan pertama ini terdiri daripada 9 kumpulan kecil dan mula berlepas pada 29 Januari 1945 seramai 55 orang tawanan diketuai oleh Leftenan S. Lino. Diikuti dengan kumpulan tawanan kedua seramai 50 orang diketuai oleh Leftenan S. Hiraro....yang terakhir bergerak pada 6 Februari 1945 sebanyak 50 tawanan di bawah Kapten K. Abe.
Dan seterusnya, kumpulan pemindahan tawanan kedua..... 566 tawanan yang terdiri daripada 475 tawanan Australia dan 91 tawanan Inggeris diketuai oleh Kapten Takakua.
Kini, jumlah tawanan yang ditinggalkan di Sandakan seramai 75 orang dalam keadaan sakit juga akan  dipindahkan ke Ranau! Namun tidak seorang pun yang berjaya sampai ke Ranau kerana ditembak hidup-hidup oleh para Kempetai di Muanad dan Boto pada 27 Juli 1945 atas perintah Leftenan Moritake.

Kita belajar sejarah pulak dah.....
























 Biarlah gambar yang berbicara... menceritakan rentetan peristiwa demi peristiwa mengikut kronologinya....








Berdasarkan kajian Tragedi Sandakan - Ranau 1945 (Suriyati), semasa pemindahan tawanan tahap pertama dilakukan, musim hujan selalu melanda Sabah yang bermula sejak bulan Disember tahun sebelumnya, menyebabkan sepanjang jalan ke Ranau menjadi sukar dilalui kerana lumpur tebal disebabkan hujan yang tidak berhenti-henti. Cuaca lembab telah mempercepatkan jangkitan penyakit batuk kering ke atas sebahagian besar tawanan. Apabila Jepun mendapati tawanan-tawanan yang sakit parah mereka selalunya menangani masalah ini dengan cara memukul mereka dengan bayonet atau gagang senapang hingga mereka jatuh dan akhirnya mati di pertengahan jalan. Keith Botteril, salah seorang daripada 6 orang yang terselamat dalam tragedi tersebut mengatakan, beliau menyaksikan sendiri beberapa orang anggota kumpulannya ditembak hidup-hidup oleh tentera Jepun kerana mereka tidak dapat berjalan dsebabkan sakit parah. Pengalaman Keith Botteril ini dituylis semula oleh Don Wall dalam bukunya, Kill The Prisomers.
Bayangkan... suasana perang! Panas terik. Lapar dan dahaga. Penyakit berjangkit!















 Tugu Peringatan Sandakan.





Kisah ini bermula di Sandakan dan berakhir di Ranau.
Kita telah melawat Tugu Peringatan Sandakan dan Kundasang Memorial War... tetapi kita secara tidak sengaja terlihat sebuah lagi tugu peringatan yang sama di Ladang Teh di Nalapak pada tahun 2014! Mungkinkah ada kaitannya? In shaa Allah... ada masa kita akan sambung semula catatan perjalanan penuh bersejarah ini.

 Kunjungan kami ke Kundasang War Memorial pada tahun 2007.

2 comments

  1. assalam

    saya salah seorang pelajar sejarah boleh saya dapatkan salinan tulisan puan berkenaan dgn tragedi sandakan-ranau 1945...jika puan tidak keberatan

    jika puan sudi boleh emailkan edehazard1031@gmail.com

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum puan

    boleh saya bertanya sedikit? kalau puan sudi, boleh terus email saya
    syamim2403@gmail.com

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe