ADSENSE

Ahad, 15 Mei 2016

Rainforest Discovery Centre

Jom masuk hutan...
Rainforest Discovery Centre di Sandakan.

 Kita santai-santai di sini... ambil angin sambil menghadap tasik berair tenang.


Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok Sandakan merupakan satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling terkenal di Sabah. RDC adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Kabili- Sepilok. 
Kalau disebut Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, memang tak asing lagi sebab kita pun dah beberapa kali datang ke sini. Tapi kalau RDC atau Rainforest Discovery Centre itu bukannya Pusat Pemulihan Orang Utan yea... cuma jalan masuknya sama dari jalan besar. 


Selalunya kami datang dari arah simpang Sandakan, jadi bertemu Sepilok dahulu sebelum menuju ke bandar Sandakan. Kali ini kami bergerak dari arah Sandakan. Jadi, apabila berada di Batu 14 dan ternampak orang utan di atas tuuu.... maknanya dah nak sampailah tu.

 Jalan silap jalan yea... 

Wokey... dah sampai pun.
Beli tiket dulu... RM7.00 untuk dewasa.


 Rasa nak duduk sini jew sampai petang...

Kalau bawa tikar...boleh baring2 kot he he heeee....

 Jom laa...
Jalan-jalan di sekitar.

Kami hanya bersiar-siar di kawasan sekitar sahaja...


Mulanya nak masuk sini... nak jalan melalui lauan pejalan kaki kanopi sejauh 147 meter. Nak juga merasa bagaimana memandang hutan di bawah sejauh 28 meter dari atas. Encik Suami kata... nanti Firdaus tak larat jalan... he he heee kita pun batalkan hasrat kita. Faham tu.... siapa nak pikul si kecik 15 kg tu!

Pemandangan pejalan kaki kanopi dari bawah.

 Kami menuju ke suspension bridge di tengah tasik.

 Tak dapat melalui laluan pejalan kaki kanopi, dapat naik jambatan di sini pun ok laaa...

Akhirnya...
Fairuz kena pikul juga budak kecik tu... he he heee.

Bertukar pula dengan Fuad...

 Kami masuk ke bilik pameran. 
Banyaknya spesies orkid di hutan ini!






 Pelbagai spesies ular yang diawetkan.






Firdaus pun teruja dalam dewan pameran ini... suka tengok pelbagai jenis binatang di situ.

 Ini antara contoh beberapa jenis kayu hutan.

 Keluar dari dewan, kami santai kembali di pondok tepi tasik.

Lapar rupanya Firdaus... penat jalan dalam hutan ye sayang.

Sementara Firdaus dan abang-abangnya makan dan berehat di tepi tasik, kita jalan-jalan sekeliling. Nampak spesies bunga katan di sini.

 Bunganya merah menyala!

 Banyaknya!
Tapi betul ke bunga kantan?

Sepilok.... kalau nak datang ke sini eloklah sebelum pukul 10 pagi, sebab orang utan keluar pada waktu itu... boleh tengok di tempat 'makan'  mereka...

Tak payahlah singgah....
Orang terlalu ramai! Di pintu masuk saja tak putus-putus silih berganti  ambil gambar!
Panas terik pula tu....
Lagi pun hampir pukul 12 tengahari. Orang utan pun dah kembali masuk hutan! Baik kita tengok beruang di sini.... Bornean Sun Bear Conservation Centre.

Tak ada tempat letak kereta yang kosong! Semua tempat letak kereta dipenuhi dengan bas-bas pesiaran dan kenderaan pengunjung. Beginilah suasananya kalau hari Ahad! 
Hasrat nak masuk ke Bornean Sun Bear Conservation Centre juga terpaksa ditangguhkan!

Jumpa lagi....

1 ulasan:

Wani Sukarno berkata...

bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan.. seronok tenggok satu family jalan2