ADSENSE

Ahad, 15 Mei 2016

Jom Ratah Udang Galah Goreng

Balik dari Sukau hari tu, singgah di kedai berhampiran Sungai Kinabatangan. Wah! Ada udang galah segar baru naik dari Sungai Kinabatangan.... Kita beli saiz besar dan saiz sederhana kecil.
Saja jew nak ratah isi udang galah saiz besar, jadi tak payahlah ambil masa yang lama untuk sediakan segala bahan masakannya. 3 benda jew kita perlukan untuk goreng udang galah ni :
1. Minyak masak
2. Perencah Maggi Cukup Rasa.... secukupnya.
3. Daun kari ... kalau nak tambah aroma.

Dah ada 3 benda di atas tu?
Mula-mula bersihkan udang. Kalau nak lagi bersih perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam halus. Cuci bersih. Toskan.
Kemudian taburkan perencah Maggi Cukup Rasa hingga merata.
Panaskan minyak.
Goreng udang galah bersama daun kari.
Dah masak... angkat.
Toskan minyak.

 Kalau beli udang galah saiz besar...sekilogram anggaran 7 hingga 8 ekor.


Orang kata di Sabah banyak udang galah, senang nak dapat.
Hakikatnya... susah juga nak dapat!
Tak macam dulu....
Di Lahad Datu, nak jumpa setahun sekali pun susah!
Jangankan udang galah, udang laut pun sama juga ceritanya! Apa lagi lobster!
Kebanyakannya dijual ke tempat lain... ke luar negara!

Tak apalah...
Yang sukar didapati itulah yang kita akan lebih menghargainya!

Tiada ulasan: