ADSENSE

Khamis, 19 Mei 2016

Ikan Kerapu Kukus Sedap!

Bila masuk dapur nak olah ikan, telinga kita selalu terdengar-dengar suara Fuad berpesan : Kalau masak ikan bubuh kuah lebih! Maknanya, mesti berkuah! Kuahnya pulak bukannya masakan asam rebus atau asam pedas, tapi kuah bersos! Haaa... itulah selera anak-anak kita....
Tak kisahlah, yang penting kamu semua makan ikan, dan bukannya asyik nak pilih lauk ayam setiap hari!
Kononnya nak kukus ikan, cara paling mudah untuk naikkan aroma yang digemari anak-anak sudah tentulah aroma dari renjisan minyak bijan. Laaaa...kok botol minyak bijan tak ada....rupanya dah habis! Kena cari alternatif lain pulak....! Yang penting ikan kukus mesti jadik!

Ikan kukus dah siap. Kita olah seekor ikan kerapu yang beratnya hampir 700 gram. Resepinya mudah saja. Yang penting hidangkan ketika ikan masih berwap! Mmmmm.... habis licin tinggal tulang!

Ketika ambil gambar ikan kukus, Fuad tanya... kenapa kuahnya sikit sangat? Iyo laaa... memang nampak sikit sebab kita nak tonjolkan ikannya sebagai bahan utama. Nanti bubuh kuah banyak-banyak...nampak macam berenang pulak ikan tu, tak adalah rupa ikan kukus...bertukar pulak jadi ikan rebus...he he heeeee. Ada kuahnya dalam kukusan atas dapur tu.... Dia pun cepat-cepat pergi tengok!
Oh...ya! Untuk gantikan minyak bijan yang habis tadi tu, kita buat bahan sos menggunakan minyak bawang putih. Boleh lihat cara untuk menyediakan sos ini DI SINI.

Resepinya begini ye:


Bahan:
1 ekor ikan kerapu seberat 700 gram
4 cm halia – hiris halus

Bahan untuk sos:
3 biji bawang putih – cincang
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar sos tiram Maggi
½ sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 60 ml air

Bahan hiasan:
hirisan cili / cili padi
2 batang daun ketumbar
2 keping hirisan lemon


Sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan capsicum kuning

 Cara:
1. Bersihkan ikan dan kelar-kelar sedikit. Kemudian toskan hingga kering.
2. Isikan perut ikan dengan separuh daripada hirisan halia.
3. Letakkan ikan di atas dulang pengukus dan bubuh lebihan hirisan halia di atas ikan. Renjiskan sos ikan di atasnya.
4. Jerang air di dalam periuk pengukus hingga mendidih.
5. Kukus ikan selama 7 minit.
6. Sementara itu, goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan. Padamkan api dapur.
7.  Tambahkan sos tiram dan bancuhan air tepung jagung  ke dalam minyak bawang putih tadi dan gaul sebati.


8.    Buka penutup pengukus dan tuangkan secara merata bahan sos (seperti gambar di atas tu.....). Tutup semula pengukus. Biarkan selama 3 minit.
9.    Buka sekali lagi tutup pengukus dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa.
10. Tutup periuk pengukus selama 1 minit lagi dan kemudian padamkan api dapur.
11.  Hidangkan panas Ikan Kerapu Kukus dengan taburan daun bawang, hirisan cili padi dan daun ketumbar di atasnya.
12. Jika suka, boleh renjiskan jus limau nipis atau jus lemon di atasnya.


Pada kita, memang sedaplah Ikan Kerapu Kukus ni sebab makan panas-panas dan rebut-rebut dengan anak-anak he he heee....

4 ulasan:

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Memang sedap ikan kerapu kukus ni.

Kakzakie Purvit berkata...

Macamlah tak tahu ibu kan blogger mestilah nak tunjuk yg cantik buat auntie tengok sayang:)
Nak kuah lebih ambil dalam kukusan haha...

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie..
Ikan fresh mmg sedap dibuat masak stim kan?
Kalau ikan kerapu biasa pun dah cukup sedap..apatah lagi guna kerabu bara camni..memang bergelora jiwa raga nk makan..kalau tercium aroma time dok kukus tu hahahaaa

maz berkata...

Memang sdp tu dpt dgn nsi panas..xpyah lain lain dh..sni pon bnyk jgk kerapu merah ni..