ADSENSE

Isnin, 2 Mei 2016

Ayam Golek Sedap di Restoran Selera Melayu Padang, Sandakan.

Sesekali bawa anak-anak keluar daerah...
Tak jauh mana pun... kira-kira 179 km dari LD. 
Sandakan.... kami datang! Rasanya hampir 5 tahun tak berkunjung ke Sandakan.... sebab: Encik Suami kata Sandakan bandar sempit...susah nak cari parking. Memang pun, pengalaman lalu mengajar kami erti sabar... kalau dah namanya sesak, sibuk... faham-faham sajalah!
Itu cerita dulu... mana tahu sekarang sudah berubah!
Nanti kita sambung cerita tu...
Yang kita nak cerita tentang jalan-jalan cari makan kami pada malam pertama menginap di Sandakan.
Kami menginap di sebuah hotel berhampiran pasaraya GIANT.  Malam itu kami singgah makan di Restoran Selera Melayu Padang yang terletak di Bandar Utama Sandakan.

 Fairuz dan Fuad berminat pulak nak makan ayam golek!

Kami pun pesanlah seekor di antara beberapa ekor yang bergolek-golek di atas pemanggang di bahagian luar restoran. Sebenarnya perut masih kenyang sebab sebelah petangnya kami meratah ikan bakar dan kerang kukus di Jalan Sim Sim. Bab ikan bakar tu kami tak mahu ceritalah di blog... sebab dapat pengalaman yang tak berapa menyelesakan untuk di dengar. 

 Ayam golek tadi di potong menjadi dua hidangan.

 Nampak cantik jew kulit ayam tu... berkilat-kilat!

 Isinya pula lembut...berjus!
Ini kita bubuh sosnya... tapi tak bubuh sos pun rasanya sudah cukup sedap!

Cerita pasal isi ayam yang berjus...kami anak-beranak order minuman jus buah-buahan... takk ingat dah air buah apa ha ha haaa... macam air tembikai pun ada!

Pesan juga ABC buah-buahan... atasnya tak nampak buah, dalam ABC tu penuh buah... ada macam-macam buah termasuk laici, betik, tembikai... Anak-anak dan Encik Suami sangat berpuas hati dengan hidangan ayam golek nan seekor tu!

 Selain ayam golek, ada sayap ayam panggang juga...

Di bahagian luar, nama restoran ini Restoran Asam Pedas Selera Melayu Padang. Yang bestnya tu... kalau nak makan ikan boleh pilih ikan segar di situ... in shaa Allah ada rezeki boleh cuba asam pedas ikannya pula!

Sempat bertanya dengan tuan pemanggang ayam golek... yang nampak agak malu-malu. Gambar bajunya saja yang dapat kita tangkap...


Katanya ayam tu dipanggang selama satu jam.
Masa memerapnya pula... lama!
Kita seganlah nak tanya berapa jam... apa bahan resepinya he heeee...
Kita kata : Kulit ayam tu nampak cantik berkilat... rasanya garing!
Ohhh... sebab bubuh madu... katanya.

Oh...yaaa... ayam golek nan seekor ini harganya RM25. kalau nak makan separuh, harganya RM13. Kalau sampai ke Bandar Utama Sandakan (kira-kira 11 km sebelum sampai ke bandar Sandakan), bolehlah singgah di sini untuk makan-makan...
Layanannya pun mesra!
Chef di dapur pun sempat bergurau.... ambil gambar ke?
Haaa... iyaaa.... kan dapat tangkap gambar awak juga...ahaks!

Moga bisnes terus maju!


1 ulasan:

Liza berkata...

mmg tergoda tgk ayam tu Amie...