Agnes Keith House & English Tea House

10:23 PTG

Ini cerita 2 minggu lepas.
Ambil kesempatan jalan-jalan ke Sandakan sempena cuti Hari Pekerja pada 1 Mei (cutinya kan esok...Isnin 2 Mei). Jadi cuti yang teramat pendek itu kami manfaatkan bersama family tengok-tengok mana yang patut, mana yang belum sempat dijengok...sebab selama ini hanya lalu-lalang memandang dari kejauhan apabila melalui jalan-jalan tersebut.
Sebenarnya, kami singgah dulu di Memorial Park (Taman Peringatan Sandakan di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba yang terletak di Batu 7, Sandakan), tapi kita nak buat entri tentang rumah Agnes. Kata kawan-kawan yang pernah berkunjung ke rumah ini, akan terasa seram apabila berada di bilik kerja (menulis) Agnes. Nantilah kita tunggu sama-sama. Nak juga merasai dan mengalami 'keseramannya' itu sebagai kenang-kenangan lawatan ke rumah yang mempunyai reka bentuk kolonial British ini!

Sebenarnya kita ada koleksi tiga buah buku hasil tulisan bekas penghuni rumah ini. Walaupun rumah kerajaan ini pernah didiami oleh beberapa orang pegawai kolonial British silih berganti, tetapi kenapa pula nama Agnes Keith yang dipilih sebagai 'ratu' rumah yang dikatakan bersejarah ini?

Salah sebuah karya penulis wanita yang berasal dari Amerika Syarikat ini berjudul Land Below The Wind yang terus digunapakai gelaran kepada Sabah Negeri di Bawah Bayu hingga ke hari ini! Beliau menggarap karyanya di dalam bilik bacaannya ..... (tak sabar nak tengok bilik bacaannya tu). Antara lain yang ditulis dalam buku tersebut ialah mengenai kehidupan masyarakat pribumi Sabah serta keunikan dan keindahan alam semulajadi di negeri Sabah. Land Below The Wind ditulis pada tahun 1939.

Selain Land Below The Wind, Agnes juga menghasilkan buku Three Came Home pada tahun 1946 dan White Man Returns pada tahun 1951. Wanita berkelulusan dari University of California ini tiba di Sandakan pada 1934 mengikut suaminya Hanry George Keith yang bekerja sebagai Konservasi Hutan sejak 1925. Sebagai penghargaan kepada usaha beliau memperkenalkan negeri Sabah melalui hasil penulisannya, Land Below The Wind, kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah membaikpulih rumah yang hampir 'musnah' ini. Nama beliau 'dinobatkan' sebagai 'duta' yang memperkenalkan Sabah ke dunia luar. Jadi namanya diabadikan di sini:  Agnes Keith House.
Buat pertama kalinya, Muzium Sabah mengadakan pameran mengenai Agnes Keith House pada 29 Oktober 2003.

Malas pulak nak tulis panjang lebar tentang pameran yang dimaksudkan....sebab pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar ketika masuk ke dalam rumah tersebut. He he hee... kalau ada gambar senang sikit...sebab gambar boleh memberi seribu makna!


Kena melalui pondok kecil ini sebelum berjalan masuk menuruni bukit untuk sampai ke rumah Agnes.

Petang itu...
Walaupun hampir pukul 5 petang, tapi agak ramai juga pelawat yang datang.
Di dalam rumah tu...
Ada pelbagai perabut lama yang dipamerkan dalam setiap bilik. Misalnya kerusi meja di ruang tamu, meja makan serta peralatan seperti pinggan mangkuk dan sudu tersedia di atasnya. Sebuah peti sejuk lama terletak berhampiran tangga. Naik ke tingkat atas... banyak gambar lama di dinding. Nampaklah mesin taip lama di atas meja. Sempat melihat hasil tulisan Agnes... kita terjemahkan begini : setiap malam saya terlihat hantu datang... (lupa-lupa ingat : hantu tinggi ka atau hantu panjang!) Itu sajalah yang sempat kita baca. Nak baca lebih-lebih nanti takut rasa 'seram' pulak! Tapi ketika itu tak rasa seram sebab ramai pelawat berada di bilik yang sama.

Tak dapat ambil gambar dalam rumah, tangkap sajalah gambar di luar rumah. Ini tangga di bahagian belakang rumah.

Rumah kecil seperti bangsal yang terletak di lereng bukit ini dikatakan rumah yang dihuni oleh pembantu rumah beliau.

Ambil gambar dalam suasana suram...remang-remang petang! Tengok tu.... lampu jalan pun dah hidup!

Rumah ini sebenarnya cantik, tapi bahagian tamannya itu nampak kurang mendapat 'perhatian'. Pokok-pokok bunganya pun nampak segan hidup mati tak mahu jew... Kita bayangkan kalau rumah pegawai British tentulah tamannya pun subur dan cantik...terjaga! Sedap mata memandang sebab orang putih memang sukakan kesenian dan keindahan.


Pada pandangan mata kitalah...
Nampak gersang.
Suram dan muram!
Berbeza dengan bahagian dalam rumah yang tersusun, kemas dan bersih!

Hmmmmm... 
Mungkin dengan penambahbaikan, harga tiket masuk akan dinaikkan pula he heee... sekarang harganya RM2.00 sahaja. 

Jooommm.. kita ke bahagian lain pula. Tempat yang disebut-sebut oleh ramai pengunjung yang banyak memuji kecantikan dan keindahannya! 

Kononnya nak minum petang di English Tea House & Restaurant tapi bila kami sampai, tutuplah pulak! Tak ada rezekilah nak menghirup secawan teh panas dengan seketul scone yang katanya sangat sedap tu!

Ada keramaian rupanya petang itu...
Bila kita turun bukit, kelihatan beberapa buah kereta berhias menuju ke sini.... majlis kahwin tu!
Kita pun balik ke hotel.
Esok pagi datang lagi.
Sayangnya restoran dibuka pada pukul 10.00 pagi. 
Kami sampai pukul 9.00 pagi.

 Ambil gambar di sini...

 ...di sini...

 ... dan di sini.

Ada rezeki bolehlah singgah di sini.
Kali ini rezeki jauh....

 Ya... 2 minggu yang lalu kita jengok rumah  Agnes. Hari ini kita belek-belek buku tulisannya.

Tertulis dalam setiap buku itu...
Nama kita...
Tarikh : 20 Mac 2009
Tempat : Muzium Sabah.

Tak sengaja ... kita borong ketiga-tiga buku tulisan Agnes Keith. Setelah menyimpan bukunya hampir 7 tahun, baru berkesempatan melihat sendiri tempat duduknya, bilik bacaannya ketika beliau berkarya pada abad lepas!

6 comments

  1. wah Amie banyak jenjalan
    cantk pemandangan nya
    tapi kat rumah Agnes Keith tu nmpak mcm seram sikit hee
    nasib Mie pergi ramai oklah tu

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Mie. Baca coretan Amie, buat Ita terasa nak ke sana jugak. Nak tengok tempat dia menulis..sebab kita pun penulis..hehehe..

    BalasPadam
  3. Kak Noor,
    tak dapat pergi tanah omputih... jenguk rumah bekas tempat omputih pun jadilaaa ha ha haaa...

    Ruzita,
    waalaikumussalam... memang banyak boleh dapat ilham menulis di situ... rumah atas bukit, mengadap laut pula tu...

    BalasPadam
  4. Salam. Di mana boleh beli buku2 tersebut. Boleh whatsapp 0178358007

    BalasPadam
  5. Mana nak dapat buku tue? Sekarang saya ada di sandakan.

    BalasPadam
  6. Saya beli di Muzium Sabah, Kota Kinabalu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe